UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan

Pembubaran DUN Sabah itu telah mendapat perakuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Astro Awani
Tun Juhar Mahiruddin telah memperakukan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Musa Aman tampil bukti dapat sokongan 33 ADUN

Thu Jul 30 2020

Tan Sri Musa Aman tampil dengan foto bersama 32 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memberi sokongan kepada beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.

ADUN Sungai Sibuga itu memuat naik foto menunjukkan setiap mereka memegang kertas yang memaparkan nombor 1 hingga 33.

BERITA LANJUT DI SINI

Warta Kerajaan Negeri Sabah pembubaran DUN

Thu Jul 30 2020

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Haji Safar Untong hari ini menyiarkan Warta Kerajaan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai 2020.

Warta itu memaklumkan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin mempunyai peruntukan untuk membubarkan DUN Sabah ke-15 mengikut Fasal (2) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah.

BERITA LANJUT DI SINI

Jeffrey kecewa rombongan Musa tidak dibenar bertemu TYT

Thu Jul 30 2020

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan melahirkan kekecewaan selepas kegagalan rombongan mereka menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah petang ini.

Menurut Jefrey, pihaknya dimaklumkan bahawa Tun Juhar Mahiruddin tidak membenarkan mereka untuk bertemu tanpa sebarang penjelasan sah.

BERITA LANJUT DI SINI

Rombongan Musa Aman 'disekat' di luar pintu Istana Negeri

Thu Jul 30 2020

Setakat ini, rundingan masih dilakukan antara kedua-dua pihak sama ada terdapat kebenaran untuk Musa dan rombongannya memasuki Istana Negeri.

BERITA LANJUT DI SINI

Musa Aman tolak keputusan bubar DUN kerana bahayakan nyawa rakyat Sabah

Thu Jul 30 2020

Tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan seterusnya mengadakan pilihan raya negeri mengejut, tegas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Dalam satu sidang media hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu berkata, beliau sudah mempunyai 33 akuan bersumpah (SD) ADUN yang menyokong beliau, seterusnya mempunyai majoriti mudah untuk bentuk kerajaan baharu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

10 perkara anda perlu tahu dari sidang akhbar Shafie Apdal

Thu Jul 30 2020

Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan selepas Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin diperaku Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada pagi Khamis.

Perkara itu dimaklumkan oleh Mohd Shafie dalam sidang media pada Khamis.

INI PERKARA UTAMA YANG ANDA HARUS TAHU

PH sifatkan tindakan Musa tidak bermoral

Thu Jul 30 2020

Pakatan Harapan (PH) sifatkan tindakan Musa Aman dalam rancangan menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Shafie Apdal sebagai tidak bermoral.

Sehubungan itu, PH gesa rakyat Sabah agar terus memberi sokongan pada Shafie dalam menghadapi pilihan raya negeri.

BERITA LANJUT DI SINI

Sidang media Shafie Apdal

Thu Jul 30 2020

Menanti sidang media Musa Aman

Thu Jul 30 2020

Belum ada sebarang intipati diterima setakat ini berhubung sidang media pihak Tan Sri Musa Aman meskipun seteru politiknya sudah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebentar tadi.

Menurut sumber, sidang media yang akan diadakan di kediaman Musa sebentar lagi ini akan menyentuh mengenai senario semasa pergolakan politik di Sabah.

Setakat ini, kira-kira 15 pengamal media telah berkumpul di dalam bilik sidang akhbar untuk menanti perkhabaran terkini.

BERITA LANJUT DI SINI

DUN Sabah bubar: SPR tunggu pemakluman rasmi

Thu Jul 30 2020

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima pemakluman rasmi daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

BERITA LANJUT DI SINI

Menanti sidang media Musa Aman

Thu Jul 30 2020

Belum ada sebarang intipati diterima setakat ini berhubung sidang media pihak Tan Sri Musa Aman meskipun seteru politiknya sudah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebentar tadi.

BERITA LANJUT DI SINI

Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan

Thu Jul 30 2020

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Dalam satu sidang media khas pada Khamis, Mohd Shafie menjelaskan, pembubaran DUN Sabah itu telah mendapat perakuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

BERITA LANJUT DI SINI

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sabah dibubarkan

Thu Jul 30 2020

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan bahawa Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah telah meluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sabah dibubarkan.

Ia selepas beliau mempersembahkan surat pembubaran dewan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada jam 9.00 malam tadi.

"Pagi tadi saya bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin memperakukan untuk membubar DUN. Walaupun Dewan Undangan Negeri dibubarkan, saya masih 'care-taker' dalam tempoh 60 hari. Sampai waktu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mari kita undi. Pilihan kena tepat sama ada pilih si musa Aman, Bung Moktar, Hajiji atau Shafie Apdal," katanya dalam sidang media pada Khamis.

DUN Sabah akan bubar dalam masa 60 hari

Thu Jul 30 2020

"Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin memperakukan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah dalam jangka masa 60 hari" - Shafie Apdal

Saya ada 45 ADUN sokong saya - Shafie Apdal

Thu Jul 30 2020

"Saya ada 45 ADUN sokong saya dalam Akuan Bersumpah (SD)," Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan dia mempunyai 45 ADUN yang menyokongnya dalam Akuan Bersumpah.


Sidang media Shafie Apdal bermula

Thu Jul 30 2020

Difahamkan sidang media oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman dalam tempoh terdekat.#Malaysia2020 #PolitikSabah #HapusCOVID19 https://t.co/y5uKMGLK3t

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 30, 2020

Shafie Apdal adakan taklimat tertutup

Thu Jul 30 2020

Taklimat tertutup yang diadakan sejak 10.46 pagi tadi turut membincangkan isu tukar dan bubar - sumber @501Awani #PolitikSabah #Malaysia2020 #HapusCOVID19 pic.twitter.com/xcXHuqf5rA

— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 30, 2020

Shafie Apdal tiba di PPNS

Thu Jul 30 2020

@501Awani YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di PPNS pada jam 10.40 pagi bagi sesi taklimat bersama wakil-wakil rakyat sabah sebelum sidang media #PolitikSabah #Malaysia2020 #HapusCOVID19 pic.twitter.com/FU24NFsXAQ

— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 30, 2020

Sidang media Shafie Apdal dijangka sebelum 11 pagi

Thu Jul 30 2020

@501Awani Saya kini berada di PPNS bagi sidang media oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dijadual berlangsung sebelum jam 11 pagi. pic.twitter.com/hKecRymSsI

— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 30, 2020

Perkembangan terkini politik Sabah bersama wakil Astro AWANI di Sabah

Thu Jul 30 2020

Perkembangan terkini politik Sabah bersama wakil Astro AWANI, Syah Hairizal#Malaysia2020 #PolitikSabah #HapusCOVID19 pic.twitter.com/YCe3pm9Oku

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 30, 2020

Perkembangan terkini politik Sabah bersama wakil Astro AWANI

Thu Jul 30 2020

Perkembangan terkini politik Sabah bersama wakil Astro AWANI, Syah Hairizal#Malaysia2020 #PolitikSabah #HapusCOVID19 pic.twitter.com/YCe3pm9Oku

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 30, 2020

Kereta Shafie dilihat keluar dari Istana Negeri

Thu Jul 30 2020

Sekitar jam 9 pagi, kereta Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal dilihat keluar dari Istana Negeri

Rombongan Shafie Apdal di Istana Negeri

Thu Jul 30 2020


Keadaan kekal tenang pada pagi ini meskipun terdapat desas-desus mengatakan gabungan parti Tan Sri Musa Aman dijangka mengadap ke Istana Negeri di sini bagi mengadap sumpah.

Sekitar jam 8.15 pagi, beberapa kereta, dipercayai membawa rombongan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengadap TYT Tun Juhar Mahiruddin.

Berita lanjut di sini.

Rombongan Shafie Apdal dilihat masuk ke Istana Negeri

Thu Jul 30 2020

Baru sebentar tadi, rombongan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengadap TYT Sabah, namun tiada maklumat dan intipati diterima sebab kunjungan itu dilakukan.@501Awani #sabahbergolak pic.twitter.com/1EBgRpp5qm

— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) July 30, 2020

Pengamal media sudah mula berkumpul

Thu Jul 30 2020

Pengamal media sedang berkumpul di perkarangan Jalan Istana, Kota Kinabalu untuk membawakan perkembangan terkini senario semasa politik Sabah.@501Awani #sabahbergolak pic.twitter.com/diov8C0OhW

— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) July 29, 2020

Jangkaan hari ini

Wed Jul 29 2020

Ikuti perkembangan terkini politik Sabah bersama wakil Astro AWANI di negeri di bawah bayu itu.#Malaysia2020 #PolitikSabah #HapusCOVID19 https://t.co/HR2VDPIcdd

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 30, 2020

Shafie Apdal kekal Ketua Menteri Sabah, miliki majoriti

Wed Jul 29 2020

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah selepas masih mendapat majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketika ditemui pemberita di kediaman rasminya, Mohd Shafie berkata segala kemelut politik yang berlaku hari ini (Rabu) dan intipati mesyuarat tertutup malam ini akan diumumkan esok (Khamis).

BACA DI SINI

Polemik politik Sabah tidak gugat kestabilan PH

Wed Jul 29 2020

Pakatan Harapan (PH) yakin kemelut politik yang sedang berlaku di Sabah tidak memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap gabungan blok pembangkang itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ini kerana rakyat sudah ‘lali’ dengan ‘sepak terajang’ politik selain percaya rencah percaturan pemimpin atasan tidak semestinya mewakili aspirasi rakyat.

BERITA PENUH DI SINI

Polis kawal laluan pintu masuk Istana Negeri

Wed Jul 29 2020

Polis mula mengadakan sekatan dan kawalan laluan pintu masuk utama ke Istana Negeri di sini malam ini susulan perkembangan politik semasa di negeri ini.

Pemerhatian Bernama mendapati suasana di pintu masuk istana juga dalam keadaan terkawal dan pengamal media sudah mula berkumpul di situ.

BACA DI SINI

Ada wajah-wajah yang 'mengejutkan' hadir ke rumah Musa Aman

Wed Jul 29 2020

Sabah berdepan pilihan raya mengejut?

Wed Jul 29 2020

Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah akan dibubar pada Khamis?

Itu kata Senator Adrian Lasimbang dalam satu pautan di Twitter malam tadi bahawa Sabah bakal berdepan pilihan raya (snap election) dalam masa terdekat.

Kesahihan kenyataan Lasimbang masih menjadi tanda tanya pemerhati politik negeri Sabah.

Perkembangan terkini #PolitikSabah setakat 11 malam

Wed Jul 29 2020

Musa Aman dakwa dapat sokongan majoriti bentuk Kerajaan Sabah baharu

Wed Jul 29 2020

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendedahkan mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baharu di negeri itu

Dalam sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya pada Rabu, Musa berkata, pihaknya akan membentuk gabungan baharu yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

BERITA LANJUT DI SINI

Ada wajah-wajah yang 'mengejutkan' hadir ke rumah Musa Aman

Wed Jul 29 2020
#Musa Aman#pembubaran DUN#pilihan raya mengejut#politik#Politik Sabah#Sabah#Shafie Apdal#Tun Juhar Mahiruddin#Yang Dipertua Negeri Sabah
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.