Jamuan malam
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri jamuan malam bersama kira-kira 3,000 perwakilan UMNO dan badan bukan kerajaan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016.
Jamuan yang diadakan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra, turut dihadiri kedua-dua Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas timbalan presiden, dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta anggota Majlis Tertinggi.
Tegak bulu roma, menitis air mata
Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura, Ismail Mohamed Yaacob, mengakui beliau menitiskan air mata ketika mendengar ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu perjuangan Melayu dipertahankan.
Sementara itu, Lathifa Marina Al Anshor dari Partai NasDem, Indonesia terpegun dengan semangat anggota UMNO sepanjang perhimpunan hari ini.
"Tegak bulu roma saya ketika mendengar ucapan bertenaga Najib terutama ketika beliau menyeru anggota UMNO untuk kekal bersatu," katanya.
Untuk artikel penuh, SILA BACA DI SINI.
Dengar rintihan golongan muda - Perwakilan UMNO
Kerajaan perlu lebih prihatin terhadap masalah dan rintihan golongan muda jika mahu menarik lebih ramai pengundi muda memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Wakil UMNO Melaka Mustafa Musa berkata masalah yang sering dihadapi golongan muda seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, isu perumahan dan pendidikan hendaklah segera diatasi oleh kerajaan BN.
"Bagaimana anak muda mahu menyokong BN kalau kehidupan mereka tersepit dan terhimpit," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini hari ini.
BACA: Dengar rintihan golongan muda - Perwakilan UMNO
Pemuda sedia galas TN50
Pergerakan Pemuda UMNO bersedia menggalas tugas dan memikul amanah dalam menggerakkan wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) fasa awal dalam kalangan orang muda.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata meskipun tanggungjawab itu merupakan tugas berat yang diberikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga perdana menteri kepada beliau dan Pemuda UMNO, ia akan dilaksanakan sebaiknya.
"Terima kasih kepada presiden kerana menyebut peranan Pemuda dan peranan saya dalam ucapan beliau... kali pertama disebut dalam ucapan dasar.
BACA: Pemuda UMNO sedia galas tanggungjawab gerakkan TN50
Soal taat dan setia
Prinsip wala' atau ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin dan institusi kepemimpinan UMNO telah dinilai sebagai perkara penting untuk mencapai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Seruan mengenai kepentingan prinsip ini oleh Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kali keduanya dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO pada hari ini, selepas menyatakan perkara sama pada tahun lepas, mulai meninggalkan kesan kepada para anggota UMNO.
BACA: Prinsip wala' dalam UMNO penting untuk kemenangan BN pada PRU14
'Tun Mahathir tak sayang kita lagi' - Perwakilan UMNO Kedah
"DAP belum berubah, begitu juga perhimpunan kuning. Yang berubah ialah Tun Dr Mahathir," ujar Perwakilan UMNO Pendang yang juga Pencadang Usul Ucapan Dasar Presiden, Datuk Othman Abdul pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, .
Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata, Bekas Perdana Menteri itu sanggup bersekongkol dengan Lim Kit Siang yang dahulunya didakwa sebagai rasis.
"Tun (Mahathir) tak sayang kita lagi. Dia sanggup (berbaik) dengan Lim Kit Siang yang dia kata rasis. Dia kata (baju) kuning itulah perosak tapi dia sendiri sudah pakai baju kuning," katanya.
Untuk artikel penuh, SILA BACA DI SINI.
Buang Mahathirphobia dalam UMNO
Di dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), fobia itu bermaksud ketakutan yang amat sangat akan sesuatu.
Sementara Wikipedia menyatakan fobia boleh menghalang kehidupan orang yang menghidapnya.
Dalam konteks ini, nama bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad disebut sebanyak lima kali di dalam ucapan dasar Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Menyebut lima kali nama bekas perdana menteri itu tidak sekalipun menandakan Najib gentar atau goyang terhadap tindak-tanduk Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
Untuk membaca artikel analisis penuh, SILA KLIK DI SINI.
Felda bukan lagi benteng pertahanan Melayu
Pengundi Felda yang sentiasa berada di belakang kerajaan pada PRU yang lepas berkemungkinan besar akan menunjukkan undi protes jika hal-hal yang berbangkit tidak diambil tindakan segera menjelang PRU ke-14.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, kawasan Felda hari ini berdepan dengan cabaran getir dengan pelbagai isu semasa yang gagal ditangani dengan baik.
Katanya pada PRU ke-13 sebanyak 48 Parlimen dalam kawasan FELDA menang sementara enam lagi tewas.
BACA: Felda bukan lagi benteng pertahanan Melayu - Shahaniza
Pilihan raya awal: Komponen BN sahut gendang perang UMNO
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bermula hari ini kesemua parti komponen harus bersiap sedia dalam pelbagai aspek bagi memastikan BN terus meraih kepercayaan rakyat dan kekal menerajui negara.
Sementara itu, Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas berkata walaupun tarikh pilihan raya umum masih belum diketahui, namun parti komponen perlu memulakan persiapan mulai sekarang kerana ia boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.
BACA: Parti komponen BN sahut gendang perang UMNO hadapi PRU
PRU14 penentuan pilihan - Najib
Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah penentuan sama ada keindukan kerajaan pimpinan Umno dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.
BACA: PRU14 penentuan pilihan antara kerajaan pimpinan UMNO atau DAP - Najib
Najib anggap Dr Mahathir derhaka
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dahulunya seorang negarawan terbilang, telah menderhaka kepada UMNO, bangsa dan negara.
Dalam nada kecewa, Najib, yang juga Perdana Menteri, berkata bekas Presiden UMNO itu sudah berpaling tadah terhadap parti keramat yang diterajuinya selama puluhan tahun.
BACA: Najib anggap Mahathir derhaka kepada UMNO, Bangsa dan Negara
UMNO akan lakukan jihad - Najib
UMNO akan melakukan jihad untuk menumpukan 100 peratus kudrat dan keringat demi memajukan ekonomi serta pembangunan yang menjaga 31 juta rakyat negara ini, kata presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak
Najib berkata, UMNO juga tidak akan membuang masa untuk melayan segelintir pengkhianat bangsa yang hanya mahu melihat kegagalan negara di mata dunia.
BACA: Jihad UMNO untuk rakyat Malaysia - Najib
Najib akhiri ucapan dengan laungan "Hidup UMNO!", "Hidup Barisan!", "Hidup Malaysia!"
@501Awani @NajibRazak mengakhiri Ucapan Dasar Presiden dgn laungan "Hidup UMNO! Hidup Barisan! Hidup Malaysia!" pic.twitter.com/ZUbIeweZsR
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Ayuh kita ubat luka itu - Najib
@501Awani Ucapan Dasar Presiden: @NajibRazak- Ayuh, kita ubat luka itu dan jgn simbah minyak pada api permusuhan sesama sendiri lagi.
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Jangan politikkan RUU355 - Najib
@501Awani Ucapan Dasar Presiden: @NajibRazak- Jangan politikkan RUU355 kerana ia satu usul persendirian yg nanti diambil alih kerajaan.
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Jangan ambil mudah soal pilihan keindukan kepimpinan - Najib
@501Awani Ucapan Dasar Presiden: @NajibRazak- Jangan ambil mudah soal pilihan keindukan kepimpinan krn saya khuatir ada yg masih leka.
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
UMNO bertahan sehingga kini kerana amalan wala' - Najib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan UMNO mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip wala' dan kesetiaan dalam tradisi parti.
Ujar beliau prinsip wala' UMNO membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai'ah yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan di dalam konteks UMNO iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah Perdana
Menteri.
"Wala' yang diberikan bukanlah sekadar kepada jasad, tubuh atau individu, akan tetapi, wala' sebenarnya merangkumi institusi kepresidenan atau keperdana-menterian, yang disandang oleh seseorang," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Najib berkata, selama lebih tujuh dekad UMNO berjaya bertahan walaupun menghadapi pelbagai rintangan serta sering kali cuba dijebak ke dalam kancah perpecahan dan berpuak-puak.
Katanya, ia merupakan perlambangan hebat parti terbesar orang Melayu itu menjunjung adat dan budaya Timur serta bersendikan landasan syarak,
dalam menyatakan sokongan dan dukungan terhadap seorang presiden atau perdana menteri selama ini.
DS Najib: Tindakan Tun Mahathir satu penderhakaan kepada UMNO, bangsa dan tanahairnya
@501Awani Ucapan Dasar Presiden: @NajibRazak berkata tindakan Tun M satu kemuncak penderhakaan pd UMNO, bangsa dan tanah airnya.
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Datuk Seri Najib kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir yang berpaling tadah
@501Awani Ucapan Dasar Presiden: @NajibRazak secara peribadi kecewa atas tindakan Tun Mahathir yang berpaling tadah terhadap parti.
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Datuk Seri Najib rakam penghargaan kepada Datuk Seri Zahid yang lafazkan kesetiaan kepada beliau
@501Awani Ucapan Dasar Presiden: @NajibRazak terima kasih kepada @Zahid_Hamidi kerana zahirkan kesetiaan.
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
DS Najib: Kerajaan tumpu 100% kudrat untuk kemajuan negara
@501Awani Ucapan Dasar Presiden: @NajibRazak berkata kerajaan akan pilih untuk tumpu 100% kudrat diri utk kemajuan Malaysia
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Datuk Seri Najib akan terus berjiwa besar dan matang berdepan berbagai tuduhan
@501Awani Ucapan Dasar Presiden: @NajibRazak akan terus berpendirian utk berjiwa besar dan jadi pemimpin matang dalam berdepan tuduhan.
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Datuk Seri Najib yakin UMNO bahagian Pagoh dan Semporna akan terus setia
@501Awani Ucapan Dasar Presiden: @NajibRazak yakin UMNO Bhgn Pagoh,Semporna akan tetap berdiri teguh, setia dukung pimpinan parti,kerajaan.
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mula menyampaikan ucapan dasar bertajuk "UMNO Penggerak Transformasi Nasional" pada Perhimpunan Agung UMNO 2016
@501Awani 10:22 am: Presiden UMNO, DS @NajibRazak mula menyampaikan Ucapan Dasar Presiden #PAU2016 pic.twitter.com/S2yPlYPfK6
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Tun Abdullah turut hadir dihari perasmian PAU02016
@501Awani 10:20 am: Bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut hadir pada #PAU2016 pic.twitter.com/jOz7FlXRKY
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Lagu UMNO dinyanyikan sebelum ucapan dasar
@501Awani 10:12 am: Lagu Bersatu Bersetia Berkhidmat dan lagu rasmi Barisan Nasional dinyanyikan. #Pau2016 pic.twitter.com/0YxL3mqZcR
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Doa dibaca sebelum ucapan dasar Presiden
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membacakan doa memohon restu dari Allah sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar.
Ku Nan bentang laporan tahunan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan laporan tahunan parti sebelum ucapan dasar presiden.
Perasmian mesyuarat agung oleh presiden parti
Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan majlis perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
BACA: Najib rasmi Perhimpunan Agung UMNO 2016
Perwakilan UMNO memasuki Dewan Merdeka
@501Awani 9:15 am: Perwakilan melalui bhgn pemeriksaan sebelum memasuki Dewan Merdeka utk mendengar Ucapan Dasar Presiden. pic.twitter.com/tVk71glib1
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Datuk Seri Najib ke Dewan Merdeka untuk sampaikan ucapan dasar
@501Awani 9:10 am: Selesai perbarisan. Ds @NajibRazak akan ke Dewan Merdeka utk menyampaikan Ucapan Dasar Presiden. pic.twitter.com/1AtwyxjTQD
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Presiden UMNO menaikkan bendera Sang Saka Bangsa
@501Awani 9:08 am: Presiden UMNO,DS @NajibRazak menaikkan bendera Sang Saka Bangsa sambil lagu Bersatu Bersetia Berkhidmat dinyanyikan pic.twitter.com/0SPgHy6b1O
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Presiden UMNO memeriksa barisan
@501Awani 9:05 am: Presiden UMNO, DS @NajibRazak sedang memeriksa perbarisan wanita, pemuda dan puteri UMNO. pic.twitter.com/mZwgKAZ5vY
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Datuk Seri Najib tiba
@501Awani 9:00 am: DS @NajibRazak tiba untuk memeriksa barisan Perhimpunan Agung UMNO 2016. pic.twitter.com/qSP0HyWFLH
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Lagu Melayu Bersatu
@501Awani 8:45 am Lagu Melayu Bersatu sedang dinyanyikan. pic.twitter.com/EcKgoY8Bgm
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Perbarisan Perhimpunan Agung UMNO 2016
@501Awani 8:40 am: Perbarisan Perhimpunan Agung UMNO 2016 dimulakan dengan lagu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. pic.twitter.com/xgtNawkYfJ
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Perwakilan Wanita bersedia
@501Awani 8:25 perwakilan wanita bersedia untuk memulakan perbarisan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016. pic.twitter.com/zs834YCPqV
— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) December 1, 2016
Ahli MT dibenar buat ucapan penggulungan
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO kini dibenarkan untuk membuat ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2016.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan demikian selepas mesyuarat MT UMNO Khas di Menara Dato Onn di PWTC semalam.
Jelas beliau, ia merupakan tradisi asal yang dilakukan parti berbanding tahun sebelum ini.
BACA: Ahli MT dibenar buat ucapan penggulungan - Annuar Musa
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016
Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan bermula sebentar lagi dengan upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa yang akan disempurnakan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lebih 3,200 perwakilan dijangka menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di mana perhimpunan tiga sayap parti, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri telah berakhir pada Rabu.
Datuk Seri Najib juga dijadualkan akan menyampaikan ucapan dasar presiden sebaik sahaja tamat acara menaikkan bendera yang merupakan simbolik perasmian Perhimpunan Agung UMNO.