Jeffrey kecewa keputusan mahkamah
Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan melahirkan sedikit kekecewaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak semakan kehakiman mencabar Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan DUN Sabah.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan itu, bagaimanapun pihaknya melalui peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad sudah memfailkan rayuan berhubung perkara itu.
BACA BERITA PENUH
Sabah Memilih: Bukti perlembagaan negeri dipertahankan - Shafie Apdal
Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak cabaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) menunjukkan perlembagaan dan intitusi Yang Dipertua Negeri Sabah dipertahankan.
Sambil menyambut baik keputusan itu, Ketua Menteri sementara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu turut menepis andaian bahawa beliau mempunyai kuasa 'mutlak' membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu.
BACA BERITA PENUH
33 ADUN kemuka rayuan
Tiga puluh tiga ADUN kemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim mendapati Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sudah hilang majoriti sebagai Ketua Menteri Sabah.
Kesimpulan dibuat beliau selepas merujuk kepada Artikel 7 (1) Akta Perlembagaan Negeri Sabah.
BACA BERITA PENUH
Sidang media peguam Musa Aman
Sidang media peguam
Mahkamah tolak semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak semakan kehakiman gabungan TS @MusaHjAman mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membubarkan pada 30 Julai lalu. #SabahMemilih @501Awani
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 21, 2020
Mahkamah tolak kes cabar pembubaran DUN
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak kes cabaran pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN), hari ini.
Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat keputusan berkenaan di bilik bicara mahkamah persekutuan rayuan sebentar tadi.
BACA BERITA PENUH
Media tunggu perkembangan
Pengamal media masih setia menanti perkembangan terkini di perkarangan aras tiga Mahkamah Kota Kinabalu selepas prosiding bermula kira-kira sejam yang lalu.@501Awani#SabahMemilih#HapusCOVID19 pic.twitter.com/ET9EGOOK9E
— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) August 21, 2020
Jefrey Kitingan tiba
Presiden STAR dan juga ADUN Tambunan, Datuk Dr Jefrey Kitingan tiba di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu kira-kira jam 9.57 pagi tadi untuk menyaksikan prosiding kes semakan kehakiman cabaran pembubaran DUN. @501Awani#SabahMemilih#HapusCOVID19 pic.twitter.com/pVZm25ScCx
— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) August 21, 2020
Mahkamah sampaikan keputusan
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mula menyampaikan keputusan mengenai pembubaran DUN Sabah.
Wakil rakyat optimis
Kalangan wakil-wakil rakyat yang memberikan sokongan kepada permohonan semakan yang dibawa oleh Tan Sri Musa Aman optimis mahkamah bakal membenarkan proses tersebut difailkan. @501Awani #sabahmemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/g4PPj2Zngu
— Syah Hairizal (@syahhairizal) August 21, 2020
SOP COVID-19 dipatuhi
Wakil Rakyat yang menyokong TS @MusaHjAman membuat imbasan Kod QR masuk ke ruang mahkamah. #SabahMemilih @501Awani pic.twitter.com/1PNfxOWiy6
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 21, 2020
ADUN kem Musa Aman tiba
Beberapa ADUN yang menyokong TS @MusaHjAman tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi mengetahui keputusan semakan kehakiman pada jam 9 pagi #SabahMemilih @501Awani pic.twitter.com/A2i5Z5UijT
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 21, 2020
Tiada maklumat Musa Aman akan hadir
Tengku Fuad memberitahu, beliau tidak mendapat apa-apa maklumat sama ada Tan Sri Musa Aman @MusaHjAman hadir bagi mendengar semakan kehakiman hari ini. #SabahMemilih @501Awani pic.twitter.com/GT9laqo4De
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 21, 2020
Peguam Musa Aman tiba
Peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad bersut hitam yang mewakili Tan Sri @TSMusaHassan dan 32 ADUN tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 8.45 pagi.#SabahMemilih @501Awani pic.twitter.com/Vn90BkwC1A
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 21, 2020
Peguam Besar Negeri Sabah tiba
Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh yang mewakili Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan kerajaan negeri Sabah tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 8.15 pagi. #SabahMemilih @501Awani pic.twitter.com/zXCI5Aa3P3
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 21, 2020
Semakan kehakiman pagi ini
Semakan kehakiman TS Musa Aman @MusaHjAman dan 32 ADUN berhubung pembubaran DUN Sabah dibuat hari ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim. #SabahMemilih @501Awani pic.twitter.com/Uf4LEMr6wY
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 21, 2020
Mahkamah mungkin dengar semakan kehakiman jika kebenaran diberi pagi ini
Mahkamah Tinggi di sini kemungkinan akan terus mendengar semakan kehakiman mengenai keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini seandainya kebenaran diberikan kepada bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman.
Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim akan memutuskan permohonan Musa dan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN pada 30 Julai lalu.
BACA BERITA PENUH
Keputusan kehakiman pada 21 Ogos
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan 21 Ogos depan keputusan sama ada menolak atau menerima kes cabaran pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN), pada 30 Julai lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat penetapan berkenaan pada Jumaat ini selepas mendengar prosiding selama empat jam di bilik bicara Mahkamah Persekutuan Rayuan sebentar tadi.
BACA BERITA PENUH
Penyokong Tan Sri Musa Aman
Penyokong Tan Sri Musa aman yang hadir bersama-sama dengan 50 yang lain dari DUN Sukau, kinabatangan @501Awani #sabahmemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/8g1mkvbMUL
— Syah Hairizal (@syahhairizal) August 17, 2020
Penyokong kedua belah pihak
Antara penyokong-penyokong dari kedua-dua belah pihak berkumpul di luar kawasan mahkamah. @501Awani pic.twitter.com/5ynCAUiz5s
— Syah Hairizal (@syahhairizal) August 17, 2020
50 ahli Parti Warisan hadir
Dianggarkan 50 ahli Parti Warisan hadir memberi sokongan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. @501Awani #sabahmemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/fyqvOFfl1A
— Syah Hairizal (@syahhairizal) August 17, 2020
Prosiding mahkamah bermula
Prosiding mahkamah bermula jam 9.08 pagi.
Lebih 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang menyokong gabungan Tan Sri Musa Aman hadir di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Isnin.
Kesemua mereka hadir pada 9.10 pagi bagi mendengar permohonan semakan kehakiman berhubung pembuburan DUN Sabah.
BACA BERITA PENUH
25 wakil rakyat kem Musa Aman hadir
Difahamkan seramai 25 wakil rakyat daripada Gabungan Tan Sri Musa Aman, hadir ke mahkamah bagi mendengar sesi mahkamah pagi ini.@501Awani#SabahMemilih#HapusCOVID19 pic.twitter.com/6x0UIMBE6Y
— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) August 17, 2020
Ketibaan beberapa lagi pemimpin
Dtk Saddi Abd Rahman (Sukau), Dtk Bolkiah Ismail (Pitas), Dtk Abidin Madingkir (Paginatan), Dtk Osman Jamal (Balung), Dtk Jahid Jahim (Tamparuli), Dtk Muis Picho (Sebatik) & Dtk Hamisa Samat (Tg Batu) tiba di mahkamah.@501Awani#SabahMemilih#HapusCOVID19 pic.twitter.com/zxs4YllT5v
— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) August 17, 2020
Lagi pemimpin Sabah yang hadir
Datuk Masiubg Banah (Kuamut), Rahman Kangkawang (Labuk), Dtk Isnin Aliasnih (Klias), Dtk Arifin Arif (Membakut) turut hadir ke mahkamah.@501Awani#SabahMemilih#HapusCOVID19 pic.twitter.com/zoS04oNePZ
— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) August 17, 2020
Musa Aman tidak hadir?
Difahamkan Tan Sri Musa Aman, bekas ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor, Ahli Parlimen Keningau Dr Jeffrey Kitingan dan belas ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar tidak hadir di mahkamah Kota Kinabalu. @501Awani #SabahMemilih pic.twitter.com/PMdkCooKDe
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 17, 2020
Pematuhan SOP
— Syah Hairizal (@syahhairizal) August 17, 2020
SOP COVID-19 di mahkamah
Barisan ADUN yang menyokong Tan Sri Aman beratur untuk melakukan imbasan kod QR dan suhu sebelum dibenarkan memasuki Mahkamah Kota Kinabalu. Antaranya bekas ADUN Klias Datuk Isnin Aliasnih. @501Awani #SabahMemilih pic.twitter.com/kTcvwuKaRi
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 17, 2020
ADUN sokong Musa Aman tiba
Ketibaan ADUN yang menyokong Tan Sri Musa Aman di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. @501Awani #SabahMemilih pic.twitter.com/Bdc4FI7piU
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 17, 2020
Peguam kedua-dua pihak tiba
Kedua-dua pihak peguam bagi kes pendengaran lanjut cabaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) telah tiba di Mahkamah Kota Kinabalu, pagi ini.
Peguam mewakili Gabungan Tan Sri Musa Aman, Tengku Fuad Tengku Ahmad tiba di kompleks mahkamah, jam 8.40 pagi manakala pihak Peguam Besar Negeri Sabah, sudah berada di lokasi seawal jam 8.22 pagi.
Bagaimanapun, sesi mahkamah yang dijadualkan berlangsung di Bilik Bicara Mahkamah Tinggi itu belum bermula setakat ini.
Sesi pendengaran berkenaan dijangka akan dihadiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Leonard Chin.
Antara wakil rakyat dijangka hadir
Antara wakil rakyat yang dijangka hadir ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar, ADUN Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif dan ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury - Pegawai Khas Tan Sri Musa Aman @501Awani #SabahMemilih
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 17, 2020
Pematuhan SOP keselamatan
Pematuhan SOP keselamatan termasuk mengimbas kod QR sebelum memasuki Mahkamah Kota Kinabalu. @501Awani #SabahMemilih pic.twitter.com/SNAOHvSlXy
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 17, 2020
Peguam Besar Negeri Sabah tiba di mahkamah
Difahamkan pihak Peguam Besar Negeri Sabah, sudah berada di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu, namun sesi mahkamah belum lagi bermula setakat ini.@501Awani#SabahMemilih#HapusCOVID19 pic.twitter.com/Qww8Qprd26
— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) August 17, 2020
Hampir 25 wakil rakyat dijangka hadir
Dijangka hampir 25 wakil rakyat yang menyokong TS Musa Aman akan hadir menyaksikan pendengaran permohonan kes semakan yang dibawa pada hari ini di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. @501Awani #sabahmemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/kh6URUaHa2
— Syah Hairizal (@syahhairizal) August 17, 2020
Suasana di tingkat 3 mahkamah
Para petugas mahkamah, media dan anggota keselamatan berada di tingkat 3 berhampiran Bilik Bicara Mahkamah Tinggi 3, sebelum memulakan sesi mahkamah pada pagi ini.@501Awani#SabahMemilih#HapusCOVID19 pic.twitter.com/XCOlaxgUlr
— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) August 17, 2020
Peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad tiba
Peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 8.40 pagi.
Beliau mewakili bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mahkamah.
Dalam permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman, Musa dan ADUN yang menyokongnya meminta perintah mahkamah untuk membatalkan nasihat Mohd Shafie kepada Juhar agar membubarkan DUN.
Peguam tiba di mahkamah
Peguam pihak Gabungan Tan Sri Musa Aman, Tengku Fuad Tengku Ahmad tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 8.40 pagi tadi.@501Awani#SabahMemilih#HapusCOVID19 pic.twitter.com/vOFGTDdgan
— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) August 17, 2020
Musa Aman tiba di pekarangan mahkamah
Peguam Tan Sri Musa Aman, Tengku Fuad Tengku Ahmad tiba di pekarangan Komplek Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 8.40 pagi. @501Awani #SabahMemilih pic.twitter.com/u3FeBcQ1OO
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 17, 2020
Video ketibaan peguam Tan Sri Musa Aman
Peguam Tan Sri Musa Aman, Tengku Fuad Tengku Ahmad tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 8.40 pagi. @501Awani #SabahMemilih pic.twitter.com/VIdmwpuItR
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 17, 2020
Pengamal media menanti perkembangan
Pengamal media menanti perkembangan di luar perkarangan mahkamah Kota Kinabalu untuk mengekori rapat kes pendengaran cabaran pembubaran DUN, pada pagi ini.@501Awani#SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/znA15L2QKk
— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) August 17, 2020
Anggota polis berkawal
Anggota polis sedang berkawal di luar Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu seawal jam 7.30 pagi tadi untuk memastikan tahap keselamatan terkawal.@501Awani#SabahMemilih#HapusCOVID19 pic.twitter.com/1IeXDfizPm
— Ruzaini Zulkepli AWANI (@RuzainiZulkepli) August 17, 2020
Pemeriksaan pasukan keselamatan
Pasukan keselamatan memeriksa setiap kenderaan yang memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. @501Awani #SabahMemilih pic.twitter.com/vIqx4MocKq
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) August 16, 2020
Kemelut politik Sabah jadi tumpuan hari ini
KEMELUT politik di Sabah bakal menjadi tumpuan hari ini.
Ini kerana dua peristiwa penting akan berlangsung, kedua-duanya berkaitan pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
Pada sebelah pagi, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan menentukan sama ada keputusan Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.
Pada sebelah petang pula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh PRN.
BACA BERITA PENUH
Kecenderungan mengundi di PRN Sabah tidak sehangat PRU 2018
Pemerhati politik menjangkakan peratus pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan menurun berbanding sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, khususnya di kalangan anak muda.
Presiden Majlis Belia Sabah Farid Sainuri berkata, ia juga akan dipengaruhi faktor kira-kira 18 peratus pengundi di luar Sabah akan menghadapi sedikit kesulitan untuk melaksanakan tanggungjawab, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara.
BACA BERITA PENUH
SPR digesa semak semula keputusan undi pos untuk PRN Sabah
Sekumpulan anak muda Sabah yang menggerakkan kempen Undi Sabah menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyemak semula keputusan berkaitan kemudahan undi pos kepada pengundi yang berada di luar negeri bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Sekretariat Undi Sabah berkata kemudahan undi pos dapat mengurangkan pergerakan merentas negeri ketika negara diancam pandemik COVID-19 selain menjimatkan kos para pengundi.
Keputusan kes esok
Keputusan kes cabar pembubaran DUN Sabah diketahui pada Isnin#NormaBaharu #PolitikSabah #HapusCOVID19 pic.twitter.com/somiIyjHoB
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 17, 2020
Kronologi kes cabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah oleh Musa Aman
ESOK, 17 Ogos 2020 dilihat satu tarikh penting dalam diari politik Sabah.
Ia susulan penetapan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk mendengar hujah berhubung tindakan gabungan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, tarikh hari ini juga merupakan mesyuarat khas diadakan Suruhanjaya Pilihan Raya di Negeri di Bawah Bayu ini bagi menentukan tarikh penting pilihan raya negeri (PRN).
BACA BERITA PENUH
Sabah Memilih: Pembubaran DUN sudah digazet - Shafie Apdal
'Surat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sudah pun digazet Kerajaan Negeri.'
Itu jawapan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal apabila ditanya berkaitan dengan dakwaan surat pembubaran DUN adalah salah.
BACA BERITA PENUH
Sabah Memilih: Siapkan Pan Borneo segera demi kelangsungan hidup rakyat
Projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 5,324 kilometer yang merentasi dua negeri Sabah dan Sarawak diharap dapat disiapkan lebih awal dari tempoh baharu yang diumumkan bulan lalu.
Bagi penduduk di daerah Papar yang menjadi salah satu jajaran lebuh raya tersebut, mereka berharap ia dapat disiapkan secepat mungkin demi kelangsungan hidup penduduk sekitar.
BACA BERITA PENUH
Sabah Memilih: Berat hati saya bubarkan DUN, tetapi saya terpaksa - Shafie Apdal
“Berat hati saya untuk membubarkan DUN (Dewan Undangan Negeri) Sabah, tetapi apakan daya demi rakyat dan saya harap rakyat akan buat pilihan yang tepat nanti,”.
Demikian penjelasan Ketua Menteri Sabah sementara (caretaker), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merujuk kepada tindakannya membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu.
BACA BERITA PENUH