UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] MY2020: Muhyiddin PM-8

Ikuti perkembangan berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-8.

Astro Awani
Ikuti perkembangan berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-8.

"Saya tidak akan letak jawatan" - Adly Zahari

Mon Mar 02 2020

Politik di negeri Melaka belum reda meskipun Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob menolak cadangan bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri dijalankan.

Krisis politik di negeri itu terus dilihat tegang apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Katil itu mengadakan perhimpunan dihadapan Kompleks Seri Negeri pada malam Isnin.

Baca berita penuh DI SINI.

Kini masa untuk bina semula parti - Nurul Izzah

Mon Mar 02 2020

"Malaysia baru sahaja melepasi fasa pergolakan politik terlalu sengit yang menyaksikan perbalahan serta serangan tidak rasional menyalahkan antara satu sama lain.

Hentikanlah. Benar, kemarahan dan kejutan yang kita hadapi bersama sudah tentu tidak akan reda dengan serta-merta. Namun, kita harus bertindak wajar dengan mengutamakan golongan yang terpenting."

Baca teks penuh DI SINI.



Teks penuh ucapan Perdana Menteri: Rayuan kepada rakyat Malaysia

Mon Mar 02 2020

"Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah melalui pilihanraya. Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat. Ini adalah satu amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen di Malaysia."

Baca ucapan penuh DI SINI.

TYT Melaka tolak cadangan Ketua Menteri bubarkan DUN

Mon Mar 02 2020

Keputusan itu dibuat selepas Tun Mohd Khalil mendapati Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN di negeri itu.

Baca berita penuh DI SINI.

Warisan nafi berlaku perubahan dalam kerajaan Sabah

Mon Mar 02 2020

Parti Warisan Sabah (Warisan) menyangkal dakwaan bahawa terdapat perubahan kerajaan di Sabah akibat impak di peringkat persekutuan.

Menerusi satu kenyataan pada Isnin, Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan merupakan permainan pembangkang.

Baca berita penuh DI SINI.

Sokongan GPS kepada Muhyiddin bukan untuk lobi jawatan Kabinet

Sun Mar 01 2020

Sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bukan untuk menyertai Kabinet Persekutuan.

Tegas Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof, tiada syarat ditetapkan gabungan itu dalam memberi sokongan kepada Muhyiddin.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Anwar kesal penyokong hilang pertimbangan

Sun Mar 01 2020

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekesalannya terhadap kekecohan yang berlaku di luar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi di mana Naib Presiden Tian Chua diserang segelintir penyokong parti.


KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Serangan terhadap Tian Chua cermin budaya gengster - Azmin

Sun Mar 01 2020

Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Ahad menyifatkan serangan terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua semata-mata kerana perbezaan pandangan dan pendapat mencerminkan bagaimana parti itu telah diseludupi budaya gengsterisme dan keganasan.

Mohamed Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata semua pihak seharusnya menolak budaya gengsterisme dan keganasan dalam politik, sebaliknya perlu berusaha menyuburkan semangat berdebat secara rasional serta berunding untuk menyelesaikan masalah.

KLIIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

PM terima panggilan telefon ucapan tahniah dari Jokowi

Sun Mar 01 2020

Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin terima panggilan telefon ucapan tahniah daripada Presiden Indonesia Joko Widodo

Saya sedia dipecat - Mukhriz

Sun Mar 01 2020

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau bersedia berdepan sebarang risiko termasuk dipecat dari parti.

Beliau berkata, tindakan pemecatan itu berkemungkinan turut membabitkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KLIIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Surat desak Speaker adakan sidang Dewan Rakyat Khas dihantar esok

Sun Mar 01 2020

Satu surat bagi mendesak Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengadakan sidang Dewan Rakyat khas akan dihantar esok.

Ketua Whip Pakatan Harapan (PH) Datuk Johari Abdul berkata surat itu akan dihantar oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

KLIIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Sidang media khas Presiden Pas

Sun Mar 01 2020

Sesi perbicaraan beberapa pemimpin UMNO bukan isu besar bagi Pas

Sun Mar 01 2020

Sesi perbicaraan yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO bukan menjadi hal yang lebih penting berbanding usaha menyelamatkan negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada Ahad.

KLIIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Jokowi ucap tahniah

Sun Mar 01 2020

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan turut mendoakan pelaksanaan tugas yang beramanah dan sukses, serta hubungan baik kedua-dua negara terus diberkati Tuhan.

Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KLIIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Abang Johari ke KL, jumpa PM dan pemimpin GPS

Sun Mar 01 2020

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadualkan ke Kuala Lumpur pada Ahad bagi menghadiri mesyuarat tertutup bersama pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Abang Johari dilihat menaiki pesawat peribadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (Hangar Hornbill Skyways) pada jam 3.30 petang ini.

KLIIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Tian Chua ditampar, disimbah air dan diherdik 'pengkhianat'

Sun Mar 01 2020

Lima jam selepas pelantikan Perdana Menteri kelapan, satu insiden tidak dijangka berlaku membabitkan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Menerusi rakaman video berdurasi lebih satu minit yang sedang tukar ketika ini itu, Tian Chua dilihat diserbu sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti tersebut dalam insiden kekecohan di hadapan ibu pejabat di Petaling Jaya.

KLIIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kerajaan baharu Perak ikut acuan Putrajaya - Ahmad Faizal

Sun Mar 01 2020

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan Kerajaan Negeri akan terbentuk mengikut acuan di Putrajaya sekarang.

Ketika ditemui pemberita di hadapan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau akan membincangkan bentuk kerjasama dengan ahli dewan undangan negeri lain di bawah Perikatan Nasional.

KLIIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

'Saya tidak pernah isi borang sertai PKR' - Richard Riot

Sun Mar 01 2020

Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem mengesahkan beliau tidak punyai keinginan untuk memohon menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan masih kekal sebagai ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Richard yang juga Timbalan SUPP menegaskan, beliau juga tidak memohon sekali gus mengisi borang permohonan menyertai PKR.

KLIIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

PH mohon sidang Parlimen 9 Mac diteruskan

Sun Mar 01 2020

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang bermesyuarat hari ini memohon agar sidang pertama bagi penggal ketiga Parlimen pada 9 Mac ini diteruskan seperti yang dijadualkan.

Menerusi kenyataan, Majlis Presiden PH menyatakan keputusan itu dibuat dengan sokongan 112 Ahli Parlimen.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Cabaran Muhyiddin sebagai PM ke-8

Sun Mar 01 2020

Setiausaha Agung Bersatu mungkin digantikan

Sun Mar 01 2020

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya berkemungkinan akan digantikan kerana didakwa melanggar peraturan dan perlembagaan parti.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, ia berkaitan kenyataan mengelirukan berhubung status jawatan Pengerusi yang didakwa masih dipegang oleh Tun Dr Mahathir Moahamad.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Perjuangan kami selama seminggu berjaya - Azmin

Sun Mar 01 2020

Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggambarkan perjuangan selama satu minggu untuk membentuk sebuah kerajaan baru telah berjaya.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, beliau mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bertungkus-lumus mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Perjalanan politik Muhyiddin Yassin

Sun Mar 01 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu, 29 Februari 2020, secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekali gus mengakhiri kemelut politik yang berlangsung hampir seminggu.

Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Tun Mahathir meninggalkan bangunan Yayasan Al Bukhary

Sun Mar 01 2020

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan bangunan Yayasan Al Bukhary. Penyokong PH melaungkan “Hidup Tun!” ketika Dr Mahathir meninggalkan bangunan tersebut. #Malaysia2020 @501Awani pic.twitter.com/DGj3G2x4Z8

— Irwan Muhammad Zain (@irwanmz) March 1, 2020

VIDEO: Istiadat mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri

Sun Mar 01 2020

'Episod awan hitam telah berlalu' - Ahmad Zahid

Sun Mar 01 2020

Muhyiddin angkat sumpah perdana menteri kelapan

Sun Mar 01 2020

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di Kuala Lumpur kira-kira jam 10.33 pagi.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Feb lepas.


Perkembangan situasi di rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sun Mar 01 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara

Sun Mar 01 2020

#TERKINI #Malaysia2020 9.50
pagi: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara melalui Pintu 1 @501Awani pic.twitter.com/VhkkIstMl4

— Harits Asyraf Hasnan (@AsyrafAWANI) March 1, 2020

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memasuki Istana Negara

Sun Mar 01 2020

#Malaysia2020 Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dilihat memasuki Istana Negara pada pukul 9.45 pagi @501Awani pic.twitter.com/F5duZINS6S

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) March 1, 2020

Tun Mahathir dakwa keluhuran undang-undang tidak lagi dihormati

Sun Mar 01 2020

Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan satu sidang media di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur, sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara pagi ini.

Antara lain, beliau mendakwa, keluhuran undang-undang tidak lagi diamalkan di negara ini apabila Pakatan Harapan yang mendapat majoriti dinafikan haknya.

Tegas beliau, pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri menjadikan pihak yang kalah dalam pilihan raya umum yang lalu dapat membentuk kerajaan manakala yang menang tidak menjadi kerajaan.

Beliau turut mengakui Yang di-Pertuan Agong tidak mahu bertemu beliau lagi, menyebabkan beliau tidak boleh mengemukakan bukti yang beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi calon PM ke-8.

Dr Mahathir juga mendakwa, Muhyiddin telah mengkhianatinya manakala bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempunyai agendanya sendiri yang menyebabkan kerajaan PH tumbang.




Ketua Polis KL Datuk Seri Mazlan Lazim memasuki Istana Negara

Sun Mar 01 2020

Ketua Polis KL, Datuk Seri Mazlan Lazim memasuki Istana Negara pada pukul 9.26 pagi @501Awani pic.twitter.com/q8rX1bxR3I

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) March 1, 2020

Sidang media khas Tun Dr Mahathir

Sun Mar 01 2020

Sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur

Sun Mar 01 2020

Hasni mula tugas sebagai Menteri Besar Johor

Sun Mar 01 2020

Datuk Hasni Mohammad memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor hari ini.

Beliau tiba di pejabat pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, pada jam 8.30 pagi.


Pemuda UMNO mahu nama Ahli Parlimen sokong Perikatan Nasional didedah

Sun Mar 01 2020

Perikatan Nasional patut menyenaraikan nama Ahli Parlimen yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan kepada pihak umum.

Menurut Penasihat Strategik kepada Ketua Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan, ini akan merungkaikan segala kecelaruan berhubung sokongan kepada calon Perdana Menteri.

Baca berita penuh di sini.

UMNO Terengganu nasihatkan Tun M tarik diri

Sun Mar 01 2020

Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berjiwa besar dan menarik diri daripada merebut jawatan Perdana Menteri kelapan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berpendapat, jika keadaan terus bercelaru, ia akan memalukan negara dan perkara itu perlu diselesaikan segera.

Berita penuh di sini.

Secara moralnya, jawatan PM8 milik PH, kata Fahmi

Sat Feb 29 2020

Pakatan Harapan percaya pihaknya memiliki kelebihan moral untuk mengekalkan kedudukan Perdana Menteri dalam kerajaan, kata Ketua Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Menurutnya, PH telah mendapat mandat dari rakyat berdasarkan keputusan PRU14 yang lalu.

Berita penuh di sini.

PH ada nilai moral yang tinggi - Fahmi

Sat Feb 29 2020

Temu bual bersama Wan Agyl

Sat Feb 29 2020

Sri Aman, Bukit Gantang nafi sokong Tun Mahathir

Sat Feb 29 2020

Senarai 114 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong dan menandatangani Akuan Berkanun (SD) untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8 didakwa tidak tepat, oleh sekurang-kurangnya dua daripada nama yang telah disenaraikan, iaitu Ahli Parlimen Sri Aman dan Bukit Gantang.

Ikuti berita penuh DI SINI.


Tun M dedah senarai nama 114 ahli Parlimen

Sat Feb 29 2020

Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan akan persembahkan surat rasmi berkaitan Akuan Berkanun (SD) yang disokong oleh 114 ahli Parlimen berkaitan sokongan menjadi Perdana Menteri kelapan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut perdana menteri ketujuh itu dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau dan lima lagi ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ikuti berita penuh DI SINI.

Jangan anjur perhimpunan haram

Sat Feb 29 2020

GPS perjelas kedudukan parti selepas pelantikan Muhyiddin

Sat Feb 29 2020

Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah parti yang mesra dengan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-8.

Sokongan GPS kepada Muhyiddin adalah demi kepentingan negara dan menyelamatkan Malaysia daripada kemelut politik yang berlarutan sejak Ahad lalu.

GPS bukan ahli komponen Perikatan Nasional sebaliknya hanya sebuah parti yang bersifat mesra kepada gabungan itu,

Ikuti berita penuh DI SINI.

Proses pelantikan PM belum selesai - Husam

Sat Feb 29 2020

Harap Muhyiddin tidak pinggirkan Sarawak - James Masing

Sat Feb 29 2020

Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing berharap dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 mampu membawa Sarawak kedepan dari segi perjuangan hak negeri itu.

Menurut beliau, selepas segala kemelut politik yang melanda negara sejak Ahad lepas, negara dapat ditadbir dengan baik seperti yang sepatutnya.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Jangan sertai perhimpunan bantah pelantikan Perdana Menteri - Polis

Sat Feb 29 2020

Polis hari ini memberi amaran kepada individu atau pihak yang berhasrat menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata tindakan tegas menanti mereka yang terlibat menganjur atau menyertai sebarang perhimpunan haram.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Malaysia2020: Muhyiddin lakukan sujud syukur

Sat Feb 29 2020

[TERKINI] Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik PM-8

Sat Feb 29 2020

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Sokongan untuk Tun Mahathir jauh lebih tinggi berbanding pencabar - Anwar

Sat Feb 29 2020

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah sokongan Ahli Parlimen kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8 adalah lebih tinggi berbanding pencabarnya.

Ketika ditemui media di perkarangan sebuah hotel di sini, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia termasuk 95 orang di bawah Pakatan Harapan (PH), termasuk beberapa lagi ahli parlimen lain yang menyokong Dr Mahathir.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

'Kemelut ini kerana perbuatan khianat' - Saifuddin

Sat Feb 29 2020

Kemelut politik yang melanda negara hari ini disebabkan perbuatan khianat terhadap mandat yang diberikan oleh rakyat, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau menjelaskan pimpinan Pakatan Harapan berusaha untuk meredakan kemelut politik ini dengan segera.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Warisan konsisten sokong Tun M sebagai PM

Sat Feb 29 2020

Parti Warisan Sabah konsisten dengan pendirian parti sebelum ini iaitu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana Menteri.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua dalam satu kenyataan petang Sabtu.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kehadiran Fadillah sebagai "pemerhati" GPS - Abang Jo

Sat Feb 29 2020

Teka-teki keberadaan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof di rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu adalah untuk memahami situasi semasa ketika ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika ditanya oleh media di Belaga, Sarawak hari ini.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Muncul di rumah Muhyiddin: Fadillah 'kunci mulut'

Sat Feb 29 2020

Kemunculan Datuk Seri Fadillah Yusof di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menimbulkan tanda tanya.

Ia apabila Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu enggan memberi respon tujuan beliau ke situ.

“Saya tidak akan komen,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Anwar serah surat menyatakan perubahan pendirian PH

Sat Feb 29 2020

Hadir ke Istana Negara tengahari tadi bagi menyerahkan surat menyatakan perubahan pendirian Pakatan Harapan terkait calon PM dengan mengusulkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM mewakili PH. pic.twitter.com/A5vV02lp45

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) February 29, 2020

Tok Pa dan Mas Ermieyati tiba di rumah Muhyiddin

Sat Feb 29 2020

Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin tiba di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara.

Zuraida Kamaruddin tiba di rumah Muhyiddin

Sat Feb 29 2020

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin tiba di kediaman Muhyiddin

Salahuddin jangka Bersatu akan kembali ke PH

Sat Feb 29 2020

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub percaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kembali ke Pakatan Harapan (PH).

Bercakap kepada media di luar sebuah hotel di sini, Salahuddin berkata perkara tersebut adalah satu kemungkinan kerana gabungan itu telah menamakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Reaksi Anwar Ibrahim pasca mesyuarat PH

Sat Feb 29 2020

Kuasa mutlak BERSATU di tangan Tun Mahathir

Sat Feb 29 2020

erdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak untuk memimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata ia seiring dengan Fasal 16.2 Perlembagaan Bersatu.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Ronald Kiandee tiba di kediaman Muhyiddin

Sat Feb 29 2020

Ahli Parlimen Beluran Dr Ronald Kiandee tiba di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar Ibrahim tiba semula ke Hotel Eastin

Sat Feb 29 2020

Anwar Ibrahim tiba semula ke Hotel Eastin disambut laungan reformasi oleh penyokong.

Kenderaan bawa Anwar Ibrahim meninggalkan Istana

Sat Feb 29 2020

Kenderaan yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan Istana Negara.

Kepentingan negara lebih penting dari agenda peribadi- Anwar

Sat Feb 29 2020

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau lebih mengutamakan kepentingan negara berbanding agenda peribadi.

Katanya, pemimpin Pakatan Harapan (PH) memilih meleraikan kemelut politik mutakhir ini dan berundur setapak demi negara.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Anwar Ibrahim tiba di Istana

Sat Feb 29 2020

Kenderaan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara.

Muhyiddin wakili Perikatan Nasional: GPS, STAR juga bersama?

Sat Feb 29 2020

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau membawa suara gabungan baru yang dibentuk bersama UMNO dan Pas.

Beliau yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri kelapan mengesahkan mengetuai Perikatan Nasional ke Istana Negara bagi mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Tun Mahathir bukan lagi Pengerusi Bersatu - Muhyiddin

Sat Feb 29 2020

Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa 24 Februari 2020, demikian ditegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, menurut Fasal 16.9 perlembagaan parti, jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Muhyiddin wakili Perikatan Nasional: GPS, STAR juga bersama?

Sat Feb 29 2020

Anwar sahkan bertemu Dr Mahathir semalam

Sat Feb 29 2020

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat.

Dipercayai ini menjadi pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin berkenaan selepas kerajaan PH tumbang dan Dr Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri sekaligus mencetuskan krisis politik.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Saya sedia jadi PM kelapan - Tun Dr Mahathir

Sat Feb 29 2020

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut berkata, beliau tidak pernah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong mana-mana individu lain sebagai calon Perdana Menteri kelapan (PM8).

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Muhyiddin meninggalkan Istana bersama beberapa pemimpin

Sat Feb 29 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti Muafakat Nasional meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2 selepas pertemuan 40 minit dengan Yang di-Pertuan Agong.

Wakil pemimpin parti tiba di Istana Negara

Sat Feb 29 2020

Beberapa wakil pemimpin parti politik tiba di Istana Negara pada pukul 10 pagi ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini.

Mendahului ialah Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

PH kini sokong Tun M PM-8

Sat Feb 29 2020

Pakatan Harapan (PH) hari ini menamakan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang menolak sebarang usaha menubuhkan kerajaan melalui ‘pintu belakang.’

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Saya tidak akan bekerjasama dengan perasuah - Syed Saddiq

Sat Feb 29 2020

Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan yang terpalit dengan rasuah.

Dalam kepincangan politik negara yang menyaksikan setiap parti membuat pendirian masing-masing, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, integriti dan maruah perlu diutamakan, bukan kepentingan parti.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

GPS tidak akan beri sokongan kepada pakatan yang ada DAP - James Masing

Fri Feb 28 2020

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan menyertai pakatan yang ada Parti Tindakan Demokratik (DAP).”

Itu antara perkara utama yang akan dipertimbangkan oleh pimpinan tertinggi GPS dalam memilih Perdana Menteri baharu.

Perkara itu didedahkan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing ketika dihubungi secara langsung menerusi program Consider This di Astro AWANI pada Jumaat malam.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Muhyiddin dahului Anwar sebagai PM-8

Fri Feb 28 2020

Muhyiddin dahului Anwar sebagai PM-8

Fri Feb 28 2020

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mendahului kiraan sokongan ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Sokongan itu diterjemah melalui sokongan sejumlah 97 ahli Parlimen daripada enam parti.

Ia merangkumi Bersatu (36), UMNO (39), Pas (18), MCA (2), MIC (1) dan PBRS (1) menjadikan keseluruhan 97 ahli Parlimen menyokong beliau.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

57 Ahli Parlimen UMNO dan Pas setuju calon Muhyiddin jadi PM

Fri Feb 28 2020

Keputusan siapa PM-8 hampir muktamad - Penganalisis

Fri Feb 28 2020

BN, Pas sokong Muhyiddin sebagai PM-8

Fri Feb 28 2020

Kesemua 57 ahli Parlimen UMNO dan Pas di bawah Muafakat Nasional bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Ke-8.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Anwar ada sokongan majoriti jadi PM - PH

Fri Feb 28 2020

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang, menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik menjadi Perdana Menteri ke-lapan.

Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, parti itu berkata, mereka percaya Presiden PKR itu mendapat pencalonan terbesar dari kalangan ahli Parlimen berdasarkan sesi temubual bersama Agong selama dua hari berturut-turut.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Keputusan siapa Perdana Menteri ke-8 hampir muktamad - Peguam

Fri Feb 28 2020

Keputusan pihak Istana Negara untuk menyelesaikan kemelut pelantikan Perdana Menteri ke-8 hampir muktamad.

Peguambela dan peguamcara, Datuk Salehuddin Saidin berkata, ini selepas pihak Istana Negara mengambil ketetapan untuk berhubung dengan ketua-ketua pemimpin parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi mengemukakan pencalonan nama bakal Perdana Menteri.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Mesyuarat pimpinan tertinggi GPS di KL pada Ahad

Fri Feb 28 2020

Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengadakan mesyuarat tertutup pada Ahad di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing kesemua mereka termasuk 18 Ahli Parlimen GPS dipanggil bagi menyatakan kesepakatan mereka dalam memilih Perdana Menteri baharu.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Malaysia2020: Yang di-Pertuan Agong belum peroleh keyakinan

Fri Feb 28 2020

Bersatu calonkan Muhyiddin Yassin sebagai PM Ke-8

Fri Feb 28 2020

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Malaysia Ke-8.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dalam satu kenyataan media memaklumkan keputusan itu dicapai oleh 36 ahli-ahli Dewan Rakyat Bersatu yang bermesyuarat hari ini.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

YDP Agong akan adakan pertemuan dengan ketua-ketua pimpinan parti politik - Istana Negara

Fri Feb 28 2020

Pihak Istana Negara akan menghubungi Ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat, bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke-8.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan pada Jumaat berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah masih belum memperoleh keyakinan mengenai ada seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Malaysia2020: Jangan bimbang, jalani aktiviti harian seperti biasa

Fri Feb 28 2020

Jangan risau, keselamatan negara terkawal - KPN

Fri Feb 28 2020

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan negara dalam keadaan terkawal ketika kemelut politik masih belum menunjukkan tanda reda.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata rakyat tidak perlu khuatir dengan dakwaan segelintir pihak kononnya ada pihak luar yang mahu mencampuri urusan negara.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

PH adakan mesyuarat petang ini

Fri Feb 28 2020

Pakatan Harapan (PH) mengadakan satu mesyuarat di sebuah hotel di sini petang ini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar dilihat tiba pada 3.13 petang untuk menyertai mesyuarat itu.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 2 Mac

Fri Feb 28 2020

Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini memaklumkan tiada Mesyuarat Khas akan diadakan pada Isnin, 2 Mac ini seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis.

Menurut Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, ia berikutan Surat Pemanggilan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Tun Dr Mahathir dan dikemukakan kepadanya tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 11(3).

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Raja-Raja Melayu berangkat meninggalkan Istana Negara

Fri Feb 28 2020

Raja-Raja Melayu berangkat meninggalkan Istana Negara, didahului dengan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul 1 petang tadi.

Media tidak dimaklum namun dipercayai Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang bermula pada pukul 11.30 pagi tadi sudah selesai.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

"Peguam Negara, tolonglah..." - Rais Yatim

Fri Feb 28 2020

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas perlu memberi nasihat yang betul kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan bagi menentukan Perdana Menteri.

Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim berkata, hal itu kerana kuasa melantik Perdana Menteri terletak pada tangan Seri Paduka.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

'Serah balik mandat pada rakyat!' - Pas gesa bubar Parlimen selesai kecelaruan politik

Fri Feb 28 2020

Pas senada dengan UMNO ingin Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara ketika ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pilihan raya raya umum (PRU) juga perlu dilakukan dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Tun M tiba untuk bertemu Ahli Parlimen Bersatu

Fri Feb 28 2020

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja diharap rungkai kemelut politik negara

Fri Feb 28 2020

Kemelut politik yang melanda negara nampaknya belum menemui noktah.

Episod demi episod yang berlaku saban hari sejak Ahad lepas, dilihat seperti akan berpanjangan.

Hari ini Majlis Raja-Raja dijadual mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, sebelum solat Jumaat.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Ini proses pemilihan oleh ahli Dewan Rakyat yang akan berlaku 2 Mac ini

Thu Feb 27 2020

Dalam kemelut politik yang masih belum reda ketika ini, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tiada majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan.

Katanya, walaupun selepas sesi temu bual bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diadakan selama dua hari, masih tiada calon pilihan majoriti yang mampu diangkat sebagai Perdana Menteri seterusnya.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Malaysia2020: Proses pemilihan oleh ahli Dewan Rakyat

Thu Feb 27 2020

Tiada kuasa bentuk kabinet interim - Tun Mahathir

Thu Feb 27 2020

Kabinet interim tidak boleh dibentuk kerana Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

"Buat masa ini saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk Kabinet," katanya dalam sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di sini, pada Khamis.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Dr Mahathir sahkan kembali jadi Pengerusi Bersatu

Thu Feb 27 2020

'Jika semua orang pilih Muhyiddin, saya ok' - Tun Mahathir

Thu Feb 27 2020

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bahawa kemungkinan Bersatu telah mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baharu.

Menurut Perdana Menteri Interim itu, beliau tiada masalah jika Presiden Bersatu itu dipilih menjadi Perdana Menteri baharu sekiranya Muhyiddin mendapat sokongan majoriti.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Tun M akui tiada majoriti bentuk kerajaan

Thu Feb 27 2020

Tiada majoriti bentuk kerajaan, serah pada Dewan Rakyat - Tun M

Thu Feb 27 2020

Kecelaruan politik negara yang masuk hari kelima belum terungkai dengan tanda tanya siapa bakal Perdana Menteri kelapan untuk membentuk kerajaan masih belum terjawab.

Namun, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui tiada pihak yang memperolehi majoriti untuk membentuk satu kerajaan ketika ini.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Pemimpin PH tolak idea kerajaan tanpa parti

Thu Feb 27 2020

BEBERAPA ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) menyatakan dengan jelas mereka menolak cadangan kerajaan tanpa parti yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Biarpun menganggap cadangan kerajaan tanpa parti itu baik namun ahli parlimen PH berpendapat yang perlu dipertahan dan dikekalkan adalah kerajaan PH yang mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Anwar ke perjumpaan PKR di Petaling Jaya

Thu Feb 27 2020

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat keluar daripada kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur sekitar 12 tengah hari dipercayai menuju ke Hotel Eastin, Petaling Jaya untuk mengadakan perjumpaan bersama Ahli Parlimen PKR.

Perkara itu disahkan isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut meninggalkan kediaman itu setengah jam kemudian bagi menghadiri perjumpaan yang sama.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Dr Mahathir terima semula jawatan Pengerusi BERSATU - Marzuki

Thu Feb 27 2020

Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Raja-raja Melayu bersidang di Istana Negara esok

Thu Feb 27 2020

Majlis Raja-raja Melayu dijadualkan akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, sebelum solat Jumaat esok.

Perkara ini disahkan kepada Astro AWANI oleh sumber dalaman Istana Selangor.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Umno nafi calonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Thu Feb 27 2020

Umno hari ini menafikan laporan kononnya parti itu dan Pas telah bersetuju menamakan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan hari ini berkata, laporan yang disiarkan sebuah akhbar berhubung perkara itu adalah tidak benar.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Perdana Menteri Interim akan umum pakej rangsangan ekonomi esok

Wed Feb 26 2020

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang begitu dinanti-nantikan, yang dijadual diumumkan pada Khamis, akan menjadi acara rasmi pertama bagi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim.

Pakej rangsangan itu akan diumumkan di Putrajaya pada 4 petang Khamis.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

PH setuju calonkan saya sebagai Perdana Menteri - Anwar

Wed Feb 26 2020

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan kesemua Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri bagi Kerajaan Pakatan Harapan.

Tegas Anwar lagi, Pakatan Harapan tidak pernah bersetuju bagi menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

[SIDANG MEDIA] Akuan Bersumpah (SD) tidak lagi relevan - Anwar

Wed Feb 26 2020
#lapor langsung#Malaysia 2020#Perdana Menteri#TUN DR MAHATHIR
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.