UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2016 (Hari Pertama)

Laporan perjalanan acara Perhimpunan Agung tiha sayap UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur (29 Nov - 3 Dis 2016)

Astro Awani
Perhimpunan Agung UMNO 2016

UMNO dicemburui...

Tue Nov 29 2016

Perasaan cemburu pelbagai pihak terhadap UMNO menjadi antara cabaran utama parti Melayu itu dalam menjamin keharmonian dengan bangsa lain berkekalan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perasaan cemburu itu bukan hanya oleh pihak luar tetapi turut melibatkan pihak dalam negara.

Jelasnya, pihak berkenaan juga sentiasa mencipta pelbagai jalan cerita untuk menghancurkan pemimpin UMNO selain persepsi negatif kepada parti.

BACA: UMNO dicemburui kerana usaha kekal keharmonian kaum - TPM Ahmad Zahid

Tekun mendengar

Tue Nov 29 2016

DS @HishammuddinH2O, TS @ShahrizatJalil & YB @Khairykj mendengar intipati ucapan YAB DS @Zahid_Hamidi. #PAU2016 pic.twitter.com/AQIpULERTZ

— H2O Comms (@H2OComms) November 29, 2016

Peringatan buat sayap-sayap UMNO

Tue Nov 29 2016

Pergerakan Sayap2 UMNO perlu mencari titik pertemuan & penyatuan pemikiran terhadap semua permasalahan sejagat. #PAU2016 pic.twitter.com/z80LRT1uYz

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) November 29, 2016

Senjata terbaik bendung ekstremisme, radikalisme

Tue Nov 29 2016

Pendekatan Deradikalisasi. Adalah senjata terbaik bg membendung kegiatan ektremisme & radikalisme yg mengugat keamanan negara. #PAU2016 pic.twitter.com/H2kS1ceB26

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) November 29, 2016

Ucapan perasmian persidangan sayap parti

Tue Nov 29 2016

Ucapan perasmian serentak Persidangan Sayap @WanitaUMNOMsia, @PPUMOnline & @PuteriUMNOMy oleh YAB DS @Zahid_Hamidi. @Khairykj #PAU2016 pic.twitter.com/ksDz7mAnEM

— Ibdilillah Ishak (@ibdil) November 29, 2016

Kepimpinan tertinggi UMNO lihat model projek KL PWTC

Tue Nov 29 2016

DS @NajibRazak, DS @Zahid_Hamidi, DS @HishammuddinH2O & kepimpinan tertinggi #UMNO melihat model projek KL PWTC. #PAU2016 pic.twitter.com/kFORo9vrqe

— H2O Comms (@H2OComms) November 29, 2016

Ilustrasi KL PWTC

Tue Nov 29 2016
Ilustrasi KL PWTC

KL PWTC mercu tanda baharu ibu negara

Tue Nov 29 2016

Ibu kota Kuala Lumpur akan dihiasi satu lagi mercu tanda ikonik apabila kompleks Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC) yang baharu, siap dibina dalam tempoh empat tahun akan datang.

PWTC KL, akan dijelmakan dengan bangunan baharu pejabat dan hotel bertaraf enam bintang di menara setinggi 70 tingkat, yang dilengkapi Dewan Putrade, pembangunan semula Dewan Tun Razak 1 dan 2 menjadi sebuah dewan baharu yang luas dan bertaraf dunia, serta projek menaik taraf bangunan sedia ada iaitu Menara Dato Onn, Dewan Merdeka, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail.

Menara 70 tingkat yang akan dibangunkan di atas tapak Hentian Putra itu dengan keluasan lantai 111,484 meter persegi, berhadapan PWTC, akan menjadi ibu pejabat UMNO yang baharu.

Upacara pecah tanah bangunan baharu itu disempurnakan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, pada satu majlis pengumuman pembangunan semula PWTC, di tingkat atas bangunan Hentian Putra, di sini, hari ini.

BACA: Kompleks KL PWTC bakal jadi mercu tanda baharu ibu negara

Reaksi amanat Presiden UMNO

Tue Nov 29 2016

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyampaikan taklimat kepada perwakilan parti yang diadakan secara tertutup pada petang hari pertama Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Antara intipati yang dinyatakan oleh beliau adalah mengenai usaha memperkukuh kebersatuan anggota parti dan keperluan bagi UMNO untuk berkhidmat sepenuh hati demi rakyat.

Rata-rata barisan kepimpinan parti memberi reaksi mereka tentang amanat tersebut.

Sila ikuti reaksi mereka di pautan di bawah ini.

BACA: Presiden UMNO minta jentera sedia berdepan cabaran, kata barisan kepimpinan

Barisan pemimpin parti

Tue Nov 29 2016
Barisan pemimpin parti

Presiden UMNO sampaikan taklimat

Tue Nov 29 2016

#PAU2016 membuka tirainya pada hari ini. YAB Presiden sedang menyampaikan Taklimat Presiden kepada hadirin #UMNO#WalkTheTalk pic.twitter.com/xzFpEB9jzt

— Azalina Othman Said (@YBAOS63) November 29, 2016

Suasana Majlis Taklimat Presiden UMNO

Tue Nov 29 2016

Majlis Taklimat Presiden UMNO @NajibRazak di Dewan Merdeka, PWTC. @Khairykj @Zahid_Hamidi @TengkuAdnanReal @umnoonline pic.twitter.com/q7wyRnhgWx

— PPUM Online (@PPUMOnline) November 29, 2016

Sesi Taklimat Presiden UMNO

Tue Nov 29 2016

Ketibaan Naib Presiden #UMNO, DS @HishammuddinH2O ke sesi Taklimat Presiden YAB DS @NajibRazak sempena Perhimpunan Agung tahun ini. #PAU2016 pic.twitter.com/uACtCny62r

— H2O Comms (@H2OComms) November 29, 2016

Pelancaran buku 'Gendang Perang PRU'

Tue Nov 29 2016

Buku Gendang Perang PRU : Strategi Kukuhkan Parti dilancarkan sbg penambah semangat utk anggota parti hadapi PRU14. @501Awani pic.twitter.com/sui1o6luxT

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) November 29, 2016

Strategi kukuh demi kemenangan parti

Tue Nov 29 2016

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan beberapa strategi kukuh yang perlu digerakkan jentera UMNO demi menjamin kemenangan parti pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Strategi itu terkandung dalam karya naib presiden UMNO itu yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden yang bertajuk 'Gendang Perang PRU-Strategi Kukuhkan Parti'.

Buku setebal 101 muka surat itu yang dihasilkan bersandar pengalaman dan pengamatan peribadi Ahmad Zahid terhadap senario yang berlaku dalam UMNO, memaparkan 10 masalah utama yang membelenggu anggota dan parti serta langkah menanganinya.

Permasalahan itu disusun di bawah 10 tajuk utama iaitu Kuasa Rakyat, Serentak Sederap, Kesatuan Kelip-kelip, Politik Sate, Berkongsi Tanggungjawab, Turun Padang, Cah Keting, Hipster, Semangat Burung Helang dan Budaya Selesa.

BACA: Zahid garis ramuan kejayaan UMNO dalam buku 'Gendang Perang PRU'

Sebar gelombang jihad kebenaran

Tue Nov 29 2016

Jentera penerangan UMNO bertanggungjawab menggerakkan gelombang jihad kebenaran bagi memerangi sentimen politik kebencian yang disebarkan pihak tertentu terhadap parti itu.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata ketua penerangan di setiap cawangan, bahagian mahupun negeri perlu berada pada saf hadapan untuk menegakkan kebenaran dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

"Kita perlu wujudkan gelombang ini secara gerakan besar-besaran bagi memerangi politik fitnah, kebencian dan berpecah-belah yang cuba dilancarkan pihak musuh.

BACA: Jentera penerangan UMNO jadi saf hadapan sebar gelombang jihad kebenaran

PERSPEKTIF: Kuatkan UMNO seperti helang dan kelip-kelip

Tue Nov 29 2016

Kekuatan UMNO sejak 1946 sehingga tahun ini ada pasang surutnya.

Jangan dinafi parti Melayu ini tidak pernah menghadapi sebarang pergolakan atau cabaran yang menjadikan jatuh bangun persepsi masyarakat terhadap parti ini.

BACA: Perspektif: Kuatkan UMNO seperti helang dan kelip-kelip

Selamat datang, media

Tue Nov 29 2016
Selamat datang, media

Perhimpunan Agung UMNO 2016 sudah bermula

Tue Nov 29 2016

Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari.

Majlis perasmian serentak ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dijadual berlangsung pada 8 malam dan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO.

BACA:Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula

Wanita perlu menentang perkara yang boleh binasakan parti

Tue Nov 29 2016

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu Pergerakan Wanita UMNO bersifat lebih proaktif serta dominan dan bukan sekadar menjadi pengikut dan pelaksana dasar parti semata-mata.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata sayap parti itu, sebagai tulang belakang parti, Wanita perlu bertindak lebih ke hadapan dalam mengusul dan merencanakan dasar-dasar tersebut.

"Wanita perlu menjadi suara yang lantang memberikan pendapat dan menentang sebarang perkara yang boleh membinasakan parti.

BACA: Wanita UMNO perlu proaktif sebagai pencadang kepada dasar - Hishammuddin

Jaga tata susila semasa bahaskan usul

Tue Nov 29 2016

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan memberi kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Beliau pada masa sama, mengingatkan perwakilan agar menjaga tata susila dan adab semasa membahaskan usul dan ucapan dasar presiden.

"Perwakilan terutama jurucakap, mereka tahu garis panduan, tata etika, dan ketatasusilaan untuk melontar pandangan sepanjang perbahasan," katanya semasa ditemui media selepas merasmikan Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan buku Gendang Perang PRU: Strategi Kukuhkan Parti di sini hari ini.

BACA: Jaga tata susila semasa bahaskan usul, ucapan dasar presiden - TPM Zahid

Pelihara kepentingan rakyat, kukuhkan perpaduan

Tue Nov 29 2016

Anggota UMNO diingatkan supaya sentiasa memelihara kepentingan rakyat dan mengukuhkan perpaduan dalam parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peringatan itu sentiasa disebutkan dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO saban tahun dan beliau yakin melalui pegangan itu, UMNO mempunyai motivasi kuat untuk terus memimpin negara ke arah kejayaan.

"Insya-Allah, perjuangan murni UMNO ini akan terus dirahmati Allah SWT!," kata Perdana Menteri dalam catatan Facebooknya hari ini.

BACA: Anggota UMNO diingat pelihara kepentingan rakyat, kukuhkan perpaduan - Najib

UMNO perlu punyai motivasi berjuang sebagai parti memimpin negara 

Tue Nov 29 2016

UMNO mesti dilihat seperti sebuah parti yang mempunyai motivasi yang kuat untuk terus berjuang sebagai parti yang memimpin negara, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika menggariskan kepentingan dan fokus menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 itu, Najib yang juga Perdana Menteri berkata rakyat akan menilai parti dari sudut kebersamaan dan penyatuan dan pada masa sama, terus prihatin kepada nasib mereka khasnya golongan Melayu, Islam dan Bumiputera.

BACA: UMNO perlu punyai motivasi berjuang sebagai parti memimpin negara - PM Najib

'Jangan pandang rendah pihak lawan' - Najib

Tue Nov 29 2016

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota parti itu supaya tidak memandang rendah parti lawan terutama yang dipimpin bekas pemimpin kanan UMNO.

Najib yang juga perdana menteri berkata walaupun penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin berkenaan tidak menampakkan satu gelombang sokongan yang ketara, namun UMNO perlu berusaha sedaya upaya mengekalkan kuasa yang ada padanya.

BACA: Jangan pandang rendah pihak lawan - PM Najib

"Untuk rakyat dan negara"

Tue Nov 29 2016
Untuk rakyat dan negara

Kerja keras dan kesetiaan Wanita

Mon Nov 28 2016

UMNO amat menghargai taat setia dan kerja keras Pergerakan Wanita UMNO yang disifatkan antara faktor yang membolehkan parti itu kekal menerajui kepimpinan negara.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berkata, Wanita telah menunjukkan kesungguhan dan bekerja keras dalam memenangi hati rakyat dan telah bersama-sama parti mendepani pelbagai cabaran sepanjang perjalanan parti.

"Kita telah berdepan dengan pelbagai cabaran, melalui onak duri yang rencam dan ujian silih berganti namun atas permuafakatan dan penyatuan yang kukuh dan teguh, kita dapat mengatasi setiap halangan dari dalam mahupun dari luar parti kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan presiden yang dimuatkan dalam Buletin Jalinan Rakyat Wanita UMNO yang diedarkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016.

BACA: Kesetiaan, kerja keras Wanita antara faktor kelangsungan UMNO - Presiden

Medan penting untuk pacu UMNO menuju PRU14

Mon Nov 28 2016

Perhimpunan Agung UMNO 2016, yang membuka tirainya hari ini, menjadi platform terpenting parti politik terbesar Melayu tersebut dalam memperkukuh solidariti dan mencatur strategi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Diperkatakan sebagai perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang, pertemuan tahunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kali ini dinantikan banyak pihak yang mahu melihat apakah hala tuju UMNO dalam arena politik tempatan.

Dijangkakan seramai 5,732 perwakilan akan menghadirinya.

BACA: Perhimpunan Agung 2016 medan penting pacu UMNO hadapi PRU14

Kesatuan anggota parti jadi sandaran

Mon Nov 28 2016

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin parti itu tidak akan tergugat walaupun kini berdepan pelbagai ujian, termasuk serangan daripada bekas pemimpin yang berpaling tadah.

Hishammuddin berkata kesatuan anggota UMNO yang dididik berpegang kepada prinsip meletakkan keutamaan parti melebihi kepentingan individu, menjadi sandaran dan tonggak parti dalam mengharungi cabaran sejak ditubuhkan 70 tahun lepas.

"Kerana itu kita dapat berhadapan dengan perhimpunan kali ini dalam keadaan rumah tangga kita masih lagi dapat kita pertahankan.

"Menjadi harapan saya kita keluar daripada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, orang akan dapat melihat UMNO sebagai satu wajah, satu parti, satu institusi dan kita masih berada dalam satu saf yang mantap," katanya dalam temubual khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, baru-baru ini.

BACA: UMNO tidak goyah, kesatuan anggota parti jadi sandaran - Hishammuddin

##PAU2016##UMNO2016#pau2016#Perhimpunan Agung UMNO#umno2016
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.