PAU2016 labuh tirai: UMNO pulih, Presiden palu gendang PRU-14
Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) melabuhkan tirainya hari ini dengan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota parti memberikan fokus pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi dan bukannya pemilihan parti.
Beliau yang juga perdana menteri berkata dapat 'menghidu' terdapat anggota parti yang lebih berminat kepada pemilihan UMNO.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Ucapan penggulungan Presiden UMNO
Umno sudah pulih
Presiden UMNO palu gendang ajak anggota UMNO fokus PRU14
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak membunyikan semboyan untuk anggota UMNO memberikan fokus pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) susulan masalah dalaman UMNO sudah diselesaikan.
Beliau meminta tumpuan dan fokus hala tuju diberikan untuk menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang bergaya, dan bukannya pada pemilihan parti.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Isu berkaitan Felda akan diatasi
'UMNO akan selesaikan isu berkaitan Felda' - Presiden UMNO
UMNO akan menyelesaikan isu berkaitan Felda dan memastikan tiada sebarang masalah yang timbul daripada warganya.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia termasuk isu khususnya pembayaran buah kelapa sawit yang sering ditangguhkan dan isu penyata hutang tanam semula.
"Tidak lama lagi adalah pengumuman berita baik untuk meleraikan kekusutan, sebab itu saya tidak lupa peneroka Felda merupakan 'bank' kepada UMNO dan BN.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Solidariti UMNO dalam isu Rohingya - Presiden UMNO
Pengumuman kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya pada Ahad membuktikan UMNO sebuah parti yang mewakili 31 juta rakyat di negara ini, adalah sebuah parti yang berjiwa besar dan penggerak transformasi nasional.
"Pejabat Presiden Myanmar keluar kenyataan isi kandungan itu katanya saya sebagai Perdana Menteri hadir dalam rapat umum, dia anggap saya campur tangan dalam urusan Myanmar.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Ahli UMNO perlu berkorban dan setia kepada parti - Hishammuddin
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien menegaskan, pengorbanan dan taat setia anggota parti perlu diletakkan pada kedudukan tertinggi bagi mengelakkan perpecahan seperti yang berlaku setahun lalu.
Mengakui ia bukan perkara mudah untuk dilakukan, namun tegas Hishammuddin, ahli perlu sedia berkorban bagi memastikan tanah air tidak hilang kerajaan dan pada masa sama nasib Melayu terus terbela.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Wanita UMNO mahu ubah landskap
Landskap politik negara akan berubah sekiranya 30 peratus wanita menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan pergerakan itu akan mempersiapkan diri sekiranya hasrat melihat 30 peratus calon wanita bertanding dalam pilihan raya umum akan datang direalisasikan.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
'Wala' UMNO bukan kesetiaan membuta tuli - Khairy
Prinsip wala' yang diperkenalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diperjelaskan supaya tiada pihak tersalah tafsir istilahnya.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia bukan konsep kesetiaan membuta tuli kepada presiden dan pimpinan parti.
"Di luar sana ada suara anak muda yang tertanya-tanya soalan tentang konsep wala', ada yang bersangka buruk mengatakan bahawa wal'a ini adalah kesetiaan membuta tuli.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Puteri sedia gempur PRU-14
Puteri UMNO menggesa semua pihak bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Menurut Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, sayap parti itu menubuhkan sekretariat unit khidmat pilihan raya bagi membantu parti memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, meskipun berlaku pelbagai pertembungan antara harapan, kesetiaan dan penderhakaan, ugut serta sabotaj... Puteri UMNO tetap memilih untuk setia bersama Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Graduan diharap jangan lupa jasa UMNO
Graduan Melayu diingatkan supaya tidak lupa daratan selepas berjaya dalam profesion diceburi dengan mempertikaikan dasar pendidikan negara.
Wakil Pemuda UMNO Melaka, Zali Mat Yasin, berkata graduan Melayu perlu menginsafi jasa UMNO dalam memartabat pendidikan orang Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga kini.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Pyan Habib menjual buku
@501Awani Warna warni #PAU2016: Pemuisi, Pyan Habib turut menjual dua buah bukunya di booth ITBM. pic.twitter.com/iNIEeweaxl
— NisaKasnoon AWANI (@NisaAWANI) December 3, 2016
Mencari rezeki
@501Awani Warna warni #PAU2016: Tradisi setiap tahun, hari terakhir PAU, pastinya acara lelongan menjadi tumpuan pengunjung. pic.twitter.com/AJXDlGXFvr
— NisaKasnoon AWANI (@NisaAWANI) December 3, 2016
Kombo Penjara Malaysia meriahkan suasana
@501Awani Warna warni #PAU2016: Kombo Penjara Malaysia mengadakan persembahan memeriahkan suasana di PWTC. pic.twitter.com/KnVNgZewer
— NisaKasnoon AWANI (@NisaAWANI) December 3, 2016
UMNO Pulau Pinang bimbang kerakusan Guan Eng
"Ratusan ekar tanah yang dahulunya digazetkan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) untuk pembinaan pelbagai tujuan yang memberi manfaat kepada rakyat, kini didakwa sudah dijual.
"Tanah milik kerajaan negeri pada 2008 dianggarkan sebanyak 18 peratus, kini hanya tinggal enam peratus. Di manakah wang hasil jualan tanah itu? Di manakah tanah ganti? Perubahan apa sedang berlaku ini?"
Itu persoalan yang disuarakan jurucakap Pulau Pinang yang mewakili UMNO bahagian Bukit Bendera, Rafizal Abdul Rahim.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
MCA gagal kerana takut DAP
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak seharusnya mengatakan kegagalan MCA dalam memperolehi undi kaum Cina dalam pilihanraya adalah masalah Barisan Nasional (BN).
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, realitinya MCA tidak berani untuk menyaingi DAP dalam segala segi sehingga isu pilihan raya.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Pelajar bukan bahan uji kaji dasar dan format peperiksaan
Kementerian Pendidikan diminta tidak menjadikan para pelajar sebagai bahan 'uji kaji' dalam pelaksanaan sebarang dasar atau format baharu peperiksaan kerana ia boleh mengelirukan mereka, demikian saran seorang perwakilan Perak.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata sebarang perubahan format peperiksaan sewajarnya dimulakan daripada awal tahun persekolahan dan bukannya secara tiba-tiba.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
MCA gagal kerana takut DAP - Pemuda UMNO
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, realitinya MCA tidak berani untuk menyaingi DAP dalam segala segi sehingga isu pilihanraya.
"Kenyataan yang saya buat pada tempoh hari sewaktu Persidangan Pemuda di PWTC telah mendapat perhatian dan reaksi dari Presiden MCA.
"Saya rasa tidak wajar bagi Tiong Lai untuk 'terlebih melatah' dan menuding jari kepada kepimpinan BN jikalau pemimpin-pemimpin MCA sendiri takut berhadapan dengan pemimpin DAP," ujarnya.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
Bukan gelanggang puji PM Najib
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar dakwaan seorang pemimpin kanan parti pembangkang yang menuduh Perhimpunan Agung UMNO 2016 sebagai gelanggang memuji kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, perwakilan UMNO terutamanya ketiga-tiga sayap parti bukannya dangkal untuk menzahirkan pujian dan sanjungan kepada Perdana Menteri jika ia tidak berasas.
Untuk berita penuh, sila BACA DI SINI.
14 pembahas
@501Awani #PAU2016: Seramai 14 pembahas akan membahaskan usul agama dan pendidikan sebelum sesi penggulungan pada sebelah petang.
— NisaKasnoon AWANI (@NisaAWANI) December 3, 2016
Usul agama dan pendidikan
Perhimpunan Agung UMNO 2016 memasuki hari terakhirnya hari ini selepas dua hari bersidang.
Perbahasan disambung semula dengan perbahasan usul ekonomi wakil Pergerakan Puteri UMNO Armizadonna Wirdawati Mohd Radzi.
Ia diikuti usul agama dan pendidikan dengan 14 pembahas sebelum sesi penggulungan pada sebelah petang.
Sesi penggulungan tahun ini menyaksikan ia kembali kepada tradisinya iaitu ucapan penggulungan akan dilakukan oleh pucuk pimpinan utama parti berbanding tahun lepas yang hanya dilakukan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Perhimpunan agung dijadual tamat pada 6.30 petang dan diikuti sidang media oleh pimpinan utama parti.
Sesi perbahasan disambung
@501Awani #PAU2016: 8:30am - Sesi perbahasan disambung pagi ini dgn usul Agama & Pendidikan oleh wakil Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad. pic.twitter.com/QfOauXEd5Z
— NisaKasnoon AWANI (@NisaAWANI) December 3, 2016
Ucapan penggulungan pucuk pimpinan
@501Awani #PAU2016: Sesi penggulungan kali ini kembali kepada tradisi - ucapan penggulungan oleh pucuk pimpinan parti berbanding tahun lalu.
— NisaKasnoon AWANI (@NisaAWANI) December 3, 2016
Kemuncak persidangan
Perhimpunan Agung UMNO 2016 pada semalam (Jumaat) diakhiri dengan pelbagai pengisian, dan antara yang menarik adalah apabila Ahli Parlimen Kemelah, Datuk Ayub Rahmat, bercakap tentang budi.
Menurut beliau, orang Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO sebaliknya parti itu yang terhutang budi kepada orang Melayu.
Ayub antara lain menegur agar UMNO berhenti daripada bersikap retorik.
Untuk mengimbas semula intipatinya, sila ikuti BERITA PENUH DI SINI.
Selain itu, turut disuarakan adalah tentang mengutamakan parti, gerak kerja menjelang PRU14, dan soal menangani politik fitnah.
BACA: Mengutamakan parti faktor kemajuan sesebuah kawasan
BACA: Pemuda UMNO mula gerak jentera di luar bandar
BACA: Politik fitnah di media sosial perlu ditangani segera