UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2016 (Hari Kedua)

Hari kedua perjalanan acara Perhimpunan Agung tiga sayap UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur (29 Nov - 3 Dis 2016).

Astro Awani
Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. - Foto mAstro AWANI/Shahir Omar

Naib Presiden singgah di ketiga-tiga lokasi perbahasan

Wed Nov 30 2016

Dr @Zahid_Hamidi, Naib Presiden yg jalankn tugas Timb Presiden, singgah di tiga lokasi Perbahasan @WanitaUMNOMsia @PPUMOnline @PuteriUMNOMy pic.twitter.com/3jsJrUmaKA

— DPM Office Malaysia (@DPMOMalaysia) November 30, 2016

Tiga usul sayap akan dibawa ke Presiden UMNO

Wed Nov 30 2016

Persiapan jentera menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah antara tiga usul yang akan dibawa kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merujuk kepada perbahasan ketiga-tiga sayap parti, yang memfokuskan isu berkenaan ketika ucapan dasar.

"Ketiga-tiga sayap parti memfokuskan isu yang sama - kesiapsiagaan menghadapi PRU14," ujar beliau.

BACA: Tiga usul sayap akan dibawa ke Presiden UMNO - TPM Ahmad Zahid

Biro Kebajikan UMNO akan bawa pulang tiga mangsa keldai dadah

Wed Nov 30 2016

Biro Kebajikan UMNO Malaysia dijangka membawa pulang tiga daripada tujuh mangsa keldai dadah yang ditangkap pihak berkuasa Peru sejak tahun 2007.

Ketuanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, anggota misi itu dijadual berlepas ke Peru awal Januari tahun depan.

"Namun bukan semua tujuh boleh dibawa pulang serta-merta. Banyak proses perlu dibuat. Ada sebahagian boleh bawa pulang sebahagian parol Peru dan sebahagian belum selesai bicara.

"Jadi, mana boleh dibawa pulang kita buat proses dokumentasi dan sebahagiannya tunggu bicara," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

BACA: Biro Kebajikan UMNO akan bawa pulang tiga mangsa keldai dadah

Giliran Khairy sampaikan ucapan penggulungan

Wed Nov 30 2016

Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB @Khairykj memulakan Ucapan Penggulungan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia #PAU2016 pic.twitter.com/Td0QQZSoqe

— PPUM Online (@PPUMOnline) November 30, 2016

Ucapan penggulungan Naib Ketua Pemuda UMNO

Wed Nov 30 2016

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia @azwanbro memulakan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda UMNO Malaysia 2016. pic.twitter.com/HOPQvyHw11

— PPUM Online (@PPUMOnline) November 30, 2016

Suasana dalam Persidangan Sayap Puteri UMNO

Wed Nov 30 2016

Suasana masih hangat dalam Persidangan Sayap Puteri UMNO di Perhimpunan Agung UMNO. #PuteriPeduli #PAU2016 #PuteriUMNO pic.twitter.com/keXnKX3AvH

— mas ermieyati (@emysamsudin) November 30, 2016

Ketua Puteri UMNO di Majlis Apresiasi SWINAS

Wed Nov 30 2016

Turut hadir ke Majlis Aspirasi SWINAS. Tahniah @HazeHashim! Unstoppable! Keep it up ? #PuteriPeduli #PAU2016 #MahasiswiBersamaUMNO pic.twitter.com/C1FGhDditq

— mas ermieyati (@emysamsudin) November 30, 2016

Jangan pandang ringan serangan bekas pemimpin

Wed Nov 30 2016

UMNO tidak boleh sama sekali memandang ringan setiap serangan yang dihadapi daripada musuh tradisi parti dan bekas rakan seperjuangan UMNO sendiri.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Mizma Appehdullah berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah perjuangan 'hidup atau mati' bagi melihat kelangsungan parti selepas proses demokrasi itu berlangsung.

"Mereka yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, menjadi sebahagian daripada kita memimpin kita dan tahu cara kita bergerak, beroperasi dan berfikir," jelasnya.

BACA: 'Jangan pandang ringan serangan bekas pemimpin' - Wanita UMNO Sabah

Martabatkan institusi mahkamah syariah

Wed Nov 30 2016

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, sudah tiba masa institusi mahkamah syariah dimartabatkan, setaraf dengan mahkamah sivil.

Susulan itu, Wanita UMNO menggesa lima hierarki mahkamah syariah yang telah diluluskan majlis kebangsaan hal ehwal agama islam dipercepatkan.

"Melalui resolusi itu, cadangan supaya undang-undang berkaitan dengan perwarisan orang islam dipinda, untuk mengkhususkan isu perwarisan harta pusaka orang islam, diletakkan di bawah bidang kuasa mahkamah syariah, dan satu peruntukan penalti di dalam undang-undang jenayah syariah bagi sesiapa yang engkar perintah itu," katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO sempena Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO 2016 di PWTC di sini, hari ini.

BACA: Sudah tiba masa institusi mahkamah syariah dimartabatkan

Wanita UMNO kritik kemesraan Tun Dr Mahathir - Lim Kit Siang

Wed Nov 30 2016

'Hari paling gelap dalam hidup saya...'

Wed Nov 30 2016

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menggunakan pentas Perhimpunan Pergerakan itu untuk mengkritik kemesraan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan seterunya dari DAP, Lim Kit Siang.

Beliau pada masa sama, sedih dengan tindakan Dr Mahathir yang sebelum ini dianggap sebagai pemimpin yang disegani dan sanggup susah senang bersama anggota parti sebelum ini.

Shahrizat menegaskan, Bekas Perdana Menteri itu tidak sepatutnya bersekongkol dengan pembangkang yang sebelum ini tidak sebulu dengan beliau.

BACA: 'Comolot Tun M-Kit Siang, hari paling gelap dalam hidup saya' - Shahrizat

'Tun M lupa pepatah sendiri'

Wed Nov 30 2016

Pepatah 'Melayu Mudah Lupa' yang pernah dilaungkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu, dibidas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan ucapan dasar Pemuda UMNO.

Dengan terbuka dan lantang, Khairy menentang tindakan Tun Mahathir yang berpaling tadah dan belot kepada parti.

Ketika membidas pepatah berkenaan, Khairy bagaimanapun menyatakan dalam sebuah puisi, bahawa pemuda tidak akan lupa jasa yang pernah disumbangkan bekas Presiden UMNO itu.

BACA: 'Tun M lupa pepatah sendiri' - Khairy

UKP Puteri susun atur pergerakan

Wed Nov 30 2016

Unit Khas Pilihanraya (UKP) Puteri UMNO akan memastikan segala perancangan yang telah disusun atur bergerak secara berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan gerak kerja yang merangkumi Skuad IT, Skuad Penerangan dan Skuad Puteri Peduli.

"Unit IT dan Penerangan akan memperkasa lagi jentera untuk PRU 14. Unit IT akan mempunyai dua lagi sub-unit lain iaitu Unit Sistem Pengundi yang akan menjadi rujukan bagi mengenali pengundi tempatan dan Unit Siber yang akan memperkukuh pasukan dalam mempromosi calon dan agenda nasional selain mendepani fitnah-fitnah yang ditabur pihak tidak bertanggungjawab.

BACA: UKP Puteri susun atur pergerakan menjelang PRU - Mas Ermieyati

Balu bekas MP Kuala Kangsar yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak terima penghargaan

Wed Nov 30 2016

@501Awani 9:47 am: @Khairykj menyampaikan penghargaan kepada balu bekas MP Kuala Kangsar yang terlibat nahas helikopter di Sarawak. pic.twitter.com/MV0bygulgU

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) November 30, 2016

Semangat Pemuda UMNO dirasai di PWTC

Wed Nov 30 2016

@501Awani 9:40 am: Para Perwakilan dengan semangat menyanyikan lagu Pemuda sebelum membentangkan usul. pic.twitter.com/0NRDE5wWFM

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) November 30, 2016

Ucapan pembukaan oleh Datuk Saripah Aminah Syed Mohamed

Wed Nov 30 2016

@501Awani 9:35 am: Tim Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Datuk Saripah Aminah Syed Mohamed memulakan ucapan. pic.twitter.com/PbRApYs0y9

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) November 30, 2016

Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO bermula

Wed Nov 30 2016

@501Awani 9:25 am: Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO 2016 dimulakan dengan bacaan suci ayat Al-Quran.

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) November 30, 2016

Ketiga-tiga sayap UMNO mula bersidang

Wed Nov 30 2016

Perhimpunan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 dirasmikan secara serentak malam tadi oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti.

Ketiga-tiga perhimpunan agung itu bermula pada 8 pagi melibatkan seramai 993 perwakilan Wanita, Pemuda (992) dan Puteri (991).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI






Khairy Jamaluddin tiba di Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO 2016

Wed Nov 30 2016

@501Awani 9:13 am: Ketibaan Ketua Pemuda UMNO, @Khairykj pada Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO 2016. @501Awani pic.twitter.com/6ayoPQH8T2

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) November 30, 2016

Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO bermula

Wed Nov 30 2016

9:06 am: Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO 2016 dimulakan dengan bacaan surah An-nisa oleh seorang perwakilan.@501Awani pic.twitter.com/fQuoI4epKc

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) November 30, 2016

Perwakilan Wanita tiba di Dewan Merdeka

Wed Nov 30 2016

8:30 am: Perwakilan Wanita mula memasuki Dewan Tun Hussein Onn untuk Perhimpunan Pergerakan Wanita 2016. @501Awani pic.twitter.com/ehCQCXmVKR

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) November 30, 2016

Ketiga-tiga sayap UMNO berkumpul di PWTC

Wed Nov 30 2016

8:44 am: Wanita, Pemuda dan Puteri mula memenuhi dewan bagi Perhimpunan Pergerakan itu pada bila-bila masa. @501Awani pic.twitter.com/ngUf6zvT0i

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) November 30, 2016

Lautan Merah di PWTC

Wed Nov 30 2016

830 am: Anggota Wanita UMNO membanjiri ruang khas di PWTC bagi mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2016. @501Awani pic.twitter.com/4iQciqUYPt

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) November 30, 2016

Pemuda mula membanjiri Dewan Merdeka untuk Pergerakan Pemuda UMNO

Wed Nov 30 2016

8:30 am: Pemuda mula memasuki Dewan Merdeka untuk Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO 2016. @501Awani pic.twitter.com/WY1qYm73Fh

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) November 30, 2016

Perhimpunan Agung sayap-sayap parti dan mesyuarat Majlis Tertinggi Khas

Wed Nov 30 2016

Berikut adalah perjalanan acara pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur:

Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung serentak pada jam 8 pagi.

Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO akan dilangsungkan di Dewan Tun Hussein Onn (Aras 2); Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka (Aras 4); manakala Pergerakan Puteri UMNO pula di Dewan Tun Dr. Ismail (Aras 2).

Sementara itu, Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas akan dilangsungkan pada pada jam 8 malam, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 39, Menara Dato’ Onn.

Imbasan intipati ucapan Naib Presiden UMNO malam tadi

Tue Nov 29 2016

Perasaan cemburu pelbagai pihak terhadap UMNO menjadi antara cabaran utama parti Melayu itu dalam menjamin keharmonian dengan bangsa lain berkekalan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perasaan cemburu itu bukan hanya oleh pihak luar tetapi turut melibatkan pihak dalam negara.

Jelasnya, pihak berkenaan juga sentiasa mencipta pelbagai jalan cerita untuk menghancurkan pemimpin UMNO selain persepsi negatif kepada parti.

Ahmad Zahid berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka pada Selasa malam.

BACA: UMNO dicemburui kerana usaha kekal keharmonian kaum - TPM Ahmad Zahid

##PAU2016##UMNO2016#pau2016#Perhimpunan Agung UMNO#UMNO#umno2016
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.