BN kekal kerusi Parlimen Sungai Besar dengan majoriti 9,191 undi
Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi P.093 Sungai Besar pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu hari ini.
Calonnya, Budiman Mohd Zohdi yang merupakan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 9,191 meraih jumlah undi sebanyak 16,800 undi.
BN kekal kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 undi
Barisan Nasional (BN) hari ini berjaya mengekalkan kerusi P.067 Kuala Kangsar pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu hari ini.
Calonnya, Datin Mastura Yazid yang merupakan isteri kepada Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, telah menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 6,969, meraih jumlah undi sebanyak 12,653 undi.
BN kekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar
#AWANInews [TERKINI] Rasmi: BN kekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar dengan majoriti 9,191.
— Astro AWANI (@501Awani) June 18, 2016
SPR umum keputusan PRK Sungai Besar
BN kekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar
#AWANInews [TERKINI] Rasmi: BN kekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969. #PRKKualaKangsar
— Astro AWANI (@501Awani) June 18, 2016
SPR umum keputusan PRK Kuala Kangsar
PRK Sungai Besar: BN mendahului dengan majoriti 7,229 undi
Penjumlahan terkini PRK Sungai Besar selepas 69/93 peti undi diterima @501Awani pic.twitter.com/AKqNcjV2gN
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
PRK Sungai Besar: BN mendahului dengan majoriti 4,619 undi
Penjumlahan terkini PRK Sungai Besar selepas 46/93 peti undi diterima @501Awani pic.twitter.com/7FJYFizSPS
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
PRK Kuala Kangsar: BN mendahului dengan majoriti 1,017 undi
PRK Kuala Kangsar: BN mendahului dengan majoriti 1,017 undi - daripada 12 peti undi @501Awani pic.twitter.com/RsiMYFj3mp
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Perkembangan PRK Kuala Kangsar dalam Buletin Awani745
Perkembangan PRK Sungai Besar dalam Buletin Awani745
PRK Kuala Kangsar: Lebih banyak kotak undi tiba
Kotak-kotak undi terus tiba bagi penjumlahan Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar @501Awani pic.twitter.com/w7KM3aF0qz
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
PRK Kuala Kangsar (Keputusan tidak rasmi): BN menang di Pusat Daerah Mengundi Seberang Manong
(Tidak Rasmi) #PRKKualaKangsar: BN menang di Pusat Daerah Mengundi Seberang Manong dengan majoriti 171 undi @501Awani
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Kotak undi (undi awal) tiba
2 kotak undi (undi awal) tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Jubli Perak @501Awani pic.twitter.com/dYimBn89hI
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Kuala Kangsar 71 peratus pada jam 5 petang
P.067 KUALA KANGSAR: Peratusan Keluar Mengundi sehingga jam 5.00 petang
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Jumlah : 71% (Tidak Termasuk Undi Pos) - SPR @501Awani
Sungai Besar 74 peratus pada jam 5 petang
Peratusan keluar mengundi PRK Sungai Besar setelah proses pengundian ditutup pada jam 5ptg ialah 74% - SPR @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
5 petang: Pusat pengundian di Parlimen Sungai Besar ditutup
Pusat pengundian ditutup jam 5pm - SPR @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
5 petang: Pusat pengundian di Parlimen Kuala Kangsar ditutup
Semua Pusat Pengundian di Parlimen Kuala Kangsar ditutup tepat jam 5 petang. @501Awani
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Sungai Besar 71 peratus setakat 4 petang
Peratusan keluar mengundi di PRK Sungai Besar setakat jam 4pm ialah 71% - SPR @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
Kuala Kangsar 69 peratus setakat 4 petang
P.067 KUALA KANGSAR: Peratusan Keluar Mengundi sehingga jam 4.00 petang
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Jumlah : 69%
Sumber : SPR @501Awani
Sungai Besar 65 peratus setakat 3 petang
Peratusan keluar mengundi di PRK Sungai Besar setakat jam 3pm ialah 65% - SPR @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
Tinjauan udara
PRK Kuala Kangsar: Unit Udara @PDRMsia turut melakukan tinjauan dan pemantauan dari udara @501Awani pic.twitter.com/kCWfq5r08t
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Wakil media bantu pengundi
PRK: Wakil media turut sama membantu pengundi menunaikan tanggungjawab mereka. foto Diyana Zamri @501Awani pic.twitter.com/ff0s8ac3MK
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Kuala Kangsar: Proses pengundian lancar, hampir 60 peratus keluar mengundi
Proses pengundian pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berjalan lancar dengan 59 peratus atau 19,253 daripada 32,632 pemilih berdaftar keluar mengundi setakat 2 petang ini.
BERITA PENUH DI SINI
Kuala Kangsar 59 peratus setakat 2 petang
P.067 KUALA KANGSAR: Peratusan Keluar Mengundi sehingga jam 2.00 petang
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Jumlah : 59%
Sumber : SPR @501Awani
Sungai Besar 58 peratus setakat 2 petang
Peratusan keluar mengundi di PRK Sungai Besar setakat jam 2pm ialah 58% - SPR @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
Kesesakan jalan utama Kuala Kangsar
Kesesakan di jalan-jalan utama sekitar Kuala Kangsar, rancang waktu mengundi anda @501Awani pic.twitter.com/fidis7zFWJ
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Kuala Kangsar 53 peratus setakat 1 petang
P.067 KUALA KANGSAR: Peratusan Keluar Mengundi sehingga jam 1.00 tengah hari
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Jumlah : 53%
Sumber : SPR @501Awani
Sungai Besar 53 peratus setakat 1 petang
Peratusan keluar mengundi di PRK Sungai Besar setakat jam 1pm ialah 53% - SPR @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
Kuala Kangsar 46 peratus setakat 12 tengah hari
P.067 KUALA KANGSAR - Peratusan Keluar Mengundi sehingga jam 12.00 tengah hari
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Jumlah : 46%
Sumber : SPR @501Awani
Sungai Besar 45 peratus setakat 12 tengah hari
Peratusan keluar mengundi di PRK Sungai Besar setakat jam 12pm ialah 45% - SPR @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
Zambry dan Dr Hatta
PRK Kuala Kangsar: @ZambryOfficial bersalaman dengan Dr Hatta di SK Ulu Kenas @501Awani pic.twitter.com/1b5bx7Ei4x
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Sungai Besar 34 peratus setakat 11 pagi
Peratusan keluar mengundi di PRK Sungai Besar setakat jam 11am ialah 34% - SPR @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
Kuala Kangsar 36 peratus setakat 11 pagi
P.067 KUALA KANGSAR: Peratusan Keluar Mengundi sehingga jam 11.00 Pagi
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Jumlah : 36%
Sumber : SPR @501Awani pic.twitter.com/7ZuNENvOVW
Sungai Besar 22 peratus setakat 10 pagi
Peratusan keluar mengundi di PRK Sungai Besar setakat jam 10am ialah 22% - SPR @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
Kuala Kangsar 24 peratus setakat 10 pagi
P.067 KUALA KANGSAR: Peratusan Keluar Mengundi sehingga jam 10.00 Pagi
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Jumlah: 24 %*
Sumber : SPR @501Awani
Dr Termizi bersama peraih undi PAS
Calon Amanah Dr Termizi bersalaman dan berpelukan dengan peraih undi PAS di Talang, Kuala Kangsar @501Awani pic.twitter.com/YS8xdWLYGp
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Penyokong berkumpul
Suasana sekitar bandar Kuala Kangsar, penyokong parti berkumpul dan meraih undi di tepi jalan @501Awani pic.twitter.com/61WzZFUd2p
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
Kuala Kangsar 11 peratus setakat 9 pagi
P.067 KUALA KANGSAR: Peratusan Keluar Mengundi Biasa sehingga jam 9.00 Pagi
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Jumlah : 11%
Sumber : SPR @501Awani pic.twitter.com/aACxdphvqQ
Sungai Besar 10 peratus setakat 9 pagi
Peratusan keluar mengundi di PRK Sungai Besar setakat jam 9am ialah 10% - SPR @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
Peraih undi PAS
Peraih undi drpd penyokong PAS mengucapkan terima kasih kepada pengundi di luar Sek Raja Perempuan Muzwin @501Awani pic.twitter.com/pPGBIBg874
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
Calon Amanah Azhar Abd Shukur tiba
Calon Amanah, Azhar Abd Shukur tiba di SK Seri Utama utk melawat pusat mengundi @501Awani pic.twitter.com/0Wcf2L6pPB
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 18, 2016
Pasangan kembar
Nadia dan pasangan kembar, Nana & Nia mengundi di SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar @501Awani pic.twitter.com/NAvuImh9Pa
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 18, 2016
Hanya BN mampu
Datin @MasturaYazid_ sebelum ini berkata hanya BN yang mampu meneruskan kemajuan di Kuala Kangsar @501Awani pic.twitter.com/d9rLZVpWUq
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
Bukti mengundi
Datin @MasturaYazid_ menunjukkan jari yg sudah dicelup dakwat slps mengundi di Sek Raja Perempuan Muzwin @501Awani pic.twitter.com/dCXzlUYt80
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
Mastura buang undi
Calon BN PRK KK, Datin @MasturaYazid_ membuang undi di Sek Raja Perempuan Muzwin pada pukul 8.40 pagi @501Awani pic.twitter.com/ytLoaBTxpl
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
PRK Kuala Kangsar: Mastura mengundi di SK Raja Perempuan Muzwin
Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, di sini, hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Mastura beratur
Datin @MasturaYazid_ beratur sebelum membuang undi di Sek Raja Perempuan Muzwin @501Awani pic.twitter.com/ziYWwsUOcF
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
Warga emas
Datin @MasturaYazid_ bermesra dengan beberapa warga emas sblm membuang undi di Sek Raja Perempuan Muzwin @501Awani pic.twitter.com/P3IiKTI8PI
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
Ke pusat pembuangan undi
Datin @MasturaYazid_ menuju ke pusat pembuangan undi di Sek Raja Perempuan Muzwin @501Awani pic.twitter.com/40iUaA6f7k
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
PRK Sungai Besar: Budiman mengundi di SK Sungai Limau
Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Limau, di sini.
BERITA PENUH DI SINI
Ditemani anak-anak
Calon BN, Datin @MasturaYazid_ ditemani anaknya ke pusat pembuangan undi di Sek Raja Perempuan Muzwin @501Awani pic.twitter.com/rhn1jl0eY1
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
Calon BN Mastura Yazid tiba
Calon BN Datin @MasturaYazid_ tiba di pusat pembuangan undi di Sek Keb Raja Perempuan Muzwin @501Awani pic.twitter.com/BSkfuFCsFl
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
Penghargaan kepada pengundi
Petugas Puteri UMNO mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang keluar dari pusat mengundi @501Awani pic.twitter.com/yrByU9Mq0A
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
Pengundian bermula
Petugas SPR memeriksa daftar nama pemilih pengundi di Sek Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar @501Awani pic.twitter.com/bOy1vqMY1D
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 18, 2016
PRK Kuala Kangsar: 23 pusat mengundi dibuka 8 pagi
Sebanyak 23 pusat mengundi dengan 69 saluran mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dibuka bermula 8 pagi ini.
BERITA PENUH DI SINI
Pengundi kurang upaya
Petugas SPR membantu menolak kerusi roda seorang pengundi kurang upaya membuang undi di PRK Kuala Kangsar @501Awani pic.twitter.com/7B2vjoYA89
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 17, 2016
Semak daftar pemilih
Pengundi menyemak daftar pemilih di SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar @501Awani pic.twitter.com/lPAoOpTHzv
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 17, 2016
Pengundi mula tiba
Pengundi mula tiba di SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar sejak pukul 7.30 pagi lagi @501Awani pic.twitter.com/kl9Y1yfH3A
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 17, 2016
Taklimat penugasan
Taklimat penugasan polis sebelum proses membuang undi di PRK Kuala Kangsar bermula pada pukul 8 pagi @501Awani pic.twitter.com/3P9HkMJuqT
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 17, 2016
Semak daftar pemilih
Pengundi di Kuala Kangsar mula menyemak daftar memilih utk membuang undi yg bermula pada pukul 8 pagi @501Awani pic.twitter.com/VcWGjzISJr
— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) June 17, 2016
Kerusi roda
PRK Kuala Kangsar: Petugas SPR membuat persiapan akhir sebelum pusat pengundian dibuka @501Awani pic.twitter.com/ekjKuglpXl
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 17, 2016
Persiapan akhir
PRK Kuala Kangsar: Petugas SPR membuat persiapan akhir sebelum pusat pengundian dibuka @501Awani pic.twitter.com/ekjKuglpXl
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) June 17, 2016
Kuala Kangsar, Sungai Besar memilih
Hari ini merupakan hari penentuannya.
Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor diadakan serentak hari ini.
Di Sungai Besar, sejumlah 42,655 pemilih berdaftar bagi kerusi itu akan menjalankan tanggungjawab mereka bagi memilih Ahli Parlimen yang baharu, hari ini.
Dua puluh sembilan pusat mengundi dengan 92 saluran akan dibuka bermula 8 pagi.
Sementara itu, di Kuala Kangsar pula, sebanyak 32,949 pemilih berdaftar bakal membuang undi di 69 saluran di 23 pusat mengundi Parlimen yang akan dibuka tepat jam 8 pagi.