Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Mohd Hilmie Ibrahim dinasihat cermin diri sendiri sebelum mengata individu lain terutama mengenai isu sikap dan moral masing-masing.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Mohd Hilmie turut dinasihat untuk lebih kerap menghadiri mesyuarat UMNO bahagian sebelum meminta sebarang agensi menyiasatnya terhadap sebarang tuduhan salah laku.
"Saya ingin sarankan budak hingusan ini (Mohd Hilmie) cermin muka sendiri. Saya lebih kerap dan rajin hadiri program UMNO Bahagian Batu Kawan serta mesyuarat-mesyuarat bahagian jika dibandingkan dengannya.
"Hilmie senditi tidak hadir mesyuarat pengurusan bahagian sebanyak empat kali berturut-turut.
"Walaupun saya tinggal di Kuala Lumpur, saya tetap balik ke kawasan hampir setiap minggu," katanya ketika mengubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Khairuddin mengulas tindakan Mohd Hilmie yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada minggu lalu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir memaklumkan telah menerima salinan surat pelucutan jawatan Khairuddin sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan daripada ibu pejabat UMNO.
Jelasnya, pelucutan jawatan itu adalah selaras dengan Perlembagaan UMNO dan peraturan-peraturan persidangan UMNO.
Bagaimanapun, Khairuddin memberitahu tidak terkejut langsung dengan berita dilucutkan jawatan itu selain hairan dengan sikap Ibu Pejabat UMNO yang tidak pernah memanggilnya untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar kes tersebut yang hakikatnya sedang diselesaikan.
Tegas Khairuddin lagi, Mohd Hilmie turut dikatakan seorang yang sebenarnya merosakkan nama baik UMNO di Pulau Pinang sebelum ini.
"Hilmie adalah salah seorang yang menceroboh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun lepas yang kini juga telah menjadi satu kes mahkamah.
"Dia jelas tidak memahami serta menghormati undang-undang negara sekal igus tidak layak untuk memberi komen terhadap diri saya
"Dia juga tidak menghormati etika dan peraturan parti kerana sehingga kini masih tidak menjawab surat tunjuk kerana gagal menghadiri mesyuarat pengurusan bahagian sebanyak empat kali berturut turut," jelasnya.
Dalam pada itu, Khairuddin turut mencabar Mohd Hilmie untuk berdebat mengenai isu 1MDB secara terbuka di Batu Kawan seandainya mempunyai pengetahuan mengenai isu berkenaan.
"Jangan hanya belagak dan cakap pandai sahaja, jangan kalut kalau diri sendiri tidak faham serta tidak tahu mengenai permasalahan isu 1MDB," katanya.
Wan Syamsul Amly
Tue Mar 03 2015
KHAIRUDDIN: Lucut jawatan UMNO: Hilmie, cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain - Gambar fail
Tiket Glastonbury habis dijual dalam masa kurang 40 minit
Pas masuk mula dijual pada 9 pagi dan penganjur acara memaklumkan pada 9:35 pagi Ahad (0935 GMT), semua tiket habis dijual.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Pelancong asing lega dapat terbang semula
Beberapa penumpang yang sebelum ini terkandas di lapangan terbang akibat ancaman letusan gunung berapi Lewotobu Laki-Laki gembira apabila mereka akhirnya dapat terbang semula ke destinasi masing-masing.
Kontena hempap kereta: Pemandu treler didakwa hari ini
Ketua Polis Daerah SPT ACP Helmi Aris mengesahkan lelaki berusia 51 tahun itu akan didakwa hari ini selepas tamat reman pada Ahad.
Penerbangan ke Bali disambung semula
Beberapa syarikat penerbangan menyambung semula perkhidmatan ke Bali pada Ahad, selepas membatalkan perjalanan ke dan dari pulau peranginan Indonesia itu akibat letusan besar di gunung berapi berhampiran.
Taufan Man-yi sebabkan banyak pokok tumbang di Filipina
Taufan Man-yi yang membawa bersama angin kencang berkelajuan 185 kilometer sejam dan melanda Filipina menyebabkan banyak pokok tumbang, bekalan elektrik terputus dan besi bumbung tercabut.
New Delhi perketat sekatan kenderaan
India akan memperketatkan sekatan ke atas aktiviti pembinaan dan pergerakan kenderaan di New Delhi serta kawasan sekitarnya mulai Isnin untuk menangani kemerosotan kualiti udara.
Langkah baharu ini termasuk larangan trak diesel memasuki Delhi, penutupan institusi pendidikan, dan pelaksanaan kerja jarak jauh seperti disarankan oleh pentadbiran tempatan.
Langkah baharu ini termasuk larangan trak diesel memasuki Delhi, penutupan institusi pendidikan, dan pelaksanaan kerja jarak jauh seperti disarankan oleh pentadbiran tempatan.
Konflik Bangladesh: 1,500 terbunuh dalam protes jatuhkan PM Hasina
Kira-kira 1,500 orang maut dalam protes yang menjatuhkan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina tahun ini.
Rusia - Ukraine: Biden benarkan Ukraine guna senjata A.S serang rusia - Laporan
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah membenarkan Ukraine menggunakan senjata buatan Amerika Syarikat untuk menyerang jauh ke dalam Rusia.
Xi tegaskan kerjasama dengan Trump dalam pertemuan Biden
Presiden China, Xi Jinping, menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat yang dipimpin Donald Trump.
Xi menegaskan bahawa China kekal berusaha untuk hubungan stabil, sihat, dan mampan dengan Amerika, walaupun selepas kemenangan Trump.
Xi menegaskan bahawa China kekal berusaha untuk hubungan stabil, sihat, dan mampan dengan Amerika, walaupun selepas kemenangan Trump.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.