Dua tokoh besar politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai kata sepakat menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat.
Dalam satu kenyataan bersama Mahathir dan Anwar menegaskan bahawa dua tahun lalu mereka berdua tidak berputus asa membawa suara rakyat.
"Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.
"Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya," kata Ahli Parlimen Langkawi dan Port Dickson itu dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Harapan.
Kedua-dua pemimpin itu turut menegaskan mereka tidak mengiktiraf kerajaan yang ada hari ini kerana ia ditubuhkan tanpa mendapat mandat rakyat.
Hujah mereka, kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan secara rundingan itu tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi di dalam pilihanraya.
"Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika kami untuk menyokong kerajaan hari ini," kata keduanya.
Mahathir dan Anwar turut mengimbau ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara dengan mendakwa telah melakukan reformasi dan institusi.
Mereka berdua turut mendakwa ketika pemerintahannya, PH memastikan demokrasi itu subur dan salah satunya ialah kebebasan bersuara yang tidak pernah rakyat miliki sebelum ini.
"Jika rakyat bersuara, wakil rakyat harus sahut dan tiada seorang pun dihalang bersuara dengan alasan ‘tindakan undang-undang’.
"Kebebasan bersuara: itu antara hadiah paling besar buat negara 2 tahun yang lalu. Rakyat sedar, bahawa tanggungjawab mentadbir negara ini adalah tanggungjawab bersama dan Ahli Parlimen hanyalah sekadar wadah yang membawa suara rakyat," jelas Mahathir dan Anwar.
Namun jelas Mahathir dan Anwar, mandat yang diberikan rakyat kepada Pakatan Harapan akhirnya dijatuhkan pada Februari lalu tatkala wabak COVID-19 mula melanda negara.
"Kerajaan hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa. Jawatan besar mula diagih, kuasa dan pangkat terus ditagih," katanya keduanya.
Mahathir dan Anwar juga mengingatkan bahawa tarikh 9 Mei harus diingat sebagai tarikh keramat mengangkat nasib dan masa hadapan rakyat serta melawan ketidakadilan dalam negera.
"9 Mei 2018 bukanlah satu peristiwa untuk memperingati penyatuan Mahathir atau Anwar," tegas dua pemimpin itu.
Astro Awani
Sat May 09 2020
Mahathir dan Anwar juga mengingatkan bahawa tarikh 9 Mei harus diingat sebagai tarikah keramat mengangkat nasib dan masa hadapan rakyat serta melawan ketidakadilan dalam negera. - Gambar fail
Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat
Ahmad Fahmi mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik.
Tumpuan Isnin – 18 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Krisis kemanusiaan: Semakin banyak negara luah kebimbangan mengenai Gaza
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vasily Nebenzya mengecam keras sokongan politik Amerika Syarikat terhadap Israel, yang dianggap faktor utama di sebalik bencana kemanusiaan itu.
Konflik Asia Barat: Ketua Media Hezbollah terkorban - laporan
Serangan itu disasarkan ke kawasan kejiranan Ras al-Nabaa, yang menempatkan ramai orang awam yang berpindah dari pinggir selatan Beirut akibat pengeboman Israel.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat
Kirtadze, ahli parti pembangkang UNM pimpinan bekas Presiden Mikheil Saakashvili, menyimbah cat ke muka Kalandarishvili ketika dia dan wakil semua parti yang bertanding dalam undian 26 Oktober lalu, bertemu untuk mendengar keputusan akhir pemilihan yang menjadi pertikaian.
Rakyat Senegal undi pilih anggota Dewan Kebangsaan
Senegal mengadakan pilihan raya awal pada Ahad, apabila rakyat akan memilih 165 anggota Dewan Kebangsaan untuk tempoh lima tahun.
Jepun rancang perkenal sistem tram tanpa landasan ke Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun merancang untuk memperkenalkan sistem tram tanpa landasan dengan tayar getah, keluaran syarikat China, CRRC, bagi mengurangkan karbon dan kesesakan di Gunung Fuji.
PTPTN akan keluar kenyataan rasmi - Zambry
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung cadangan untuk menghentikan pembiayaan bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang daripada 30 peratus.
Agensi kerajaan siap siaga namun adakah sektor lain bersedia?
Antara yang perlu diberi perhatian adalah mereka yang berada di barisan hadapan ketika bencana di kawasan tertentu seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
PM Anwar tiba di Brazil sempena lawatan rasmi, hadiri Sidang Kemuncak G20
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Galeao Rio De Janeiro di Brazil pada pukul 10.24 malam 16 Nov waktu tempatan.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Dunia menanti tindakan tegas pemimpin G20 terhadap perubahan iklim
Simon Stiell berharap pemimpin-pemimpin G20 yang akan berkumpul di Rio de Janeiro dapat melakukan tindakan iklim yang lebih berani untuk kelangsungan ekonomi.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
Lawatan PM ke Peru buka potensi eksport RM1.24 bilion
Syarikat-syarikat Peru menunjukkan minat terhadap import bahan binaan, peralatan serta produk perubatan, selain produk makanan dari Malaysia.
Anwar ucap takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Ibrahim Saad
Anwar berkata beliau berduka atas kehilangan Allahyarham, yang disifatkannya sebagai seorang sahabat yang baik.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Brazil, hadiri Sidang Kemuncak G20
Kehadiran Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20 adalah atas jemputan Presiden Brazil Inacio Lula da Silva.