Terkenal dengan kelantangannya, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau ‘kurang ajar’ kerana Tun Dr Mahathir Mohamad ‘mengajarnya’ menjadi begitu.
Menurutnya, dia tidak pernah melupakan tindakan bekas perdana menteri itu melawan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan bersikap ‘kurang ajar’ kepada Bapa Kemerdekaan Malaysia itu.
Tambah beliau, orang Melayu selalunya terkenal dengan kesopanan terutamanya apabila berdepan pemimpin namun apa dilakukan Tun Mahathir sangat berbeza.
“Masa itu saya berumur 15 tahun dan sebagai orang muda, saya melihat ia merupakan fenomena baru. Saya tengok Mahathir ni lain jadi saya terikut-ikut dengan dia.
“Saya kira pada hari ini kalau saya kurang ajar, dia laa (Tun Mahathir) yang ajar saya. Dia kurang ajar dengan perdana menteri (Tunku Abdul Rahman) tapi saya kurang ajar dengan bekas perdana menteri.
“Tapi saya bagus sikitlah sebab saya tak kurang ajar dengan perdana menteri. Itu pun selepas dia (Tun Mahathir) lawan kita. Banyak benda dia ajar jadi saya ikut apa dia ajar sampai sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Kayuhan Sayang Malaysia Visit MyKampung di Dataran Labu Kubong, di sini, pagi tadi.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri menempelak dakwaan mengatakan BN bertanggungjawab kepada pembubaran Bersatu seperti diumumkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) baru-baru ini.
Tegasnya, Bersatu tidak mahu mengaku salah lantas menuding jari kepada Umno sedangkan keputusan itu ditetapkan Ros kerana parti itu gagal mematuhi beberapa syarat ditetapkan.
“Saya dah kata banyak kali dah, kita (BN) tak mahu menang dengan cara tidak elok. Kita nak rakyat ada pilihan dan sokong kita kerana memang betul-betul sokong kita.
“Saya dah kata pun yang parti ini (Bersatu) gigit kita macam nyamuk saja. Walaupun Rafidah (Tan Sri Rafidah Aziz) kata nyamuk gigit boleh mati tapi dalam cerita ini, nyamuk gigit kita tapi nyamuk yang mati.
“Macam nyamuk aedes, dia gigit kita, manusia mati tapi ini nyamuk yang mati. Itulah Umno. Umno ni keramat, jangan khianat Umno,” ujarnya.
Sinar Harian
Sat Apr 07 2018
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau kurang ajar kerana Tun Dr Mahathir Mohamad mengajarnya menjadi begitu. - Gambar fail
Fahmi minta MCMC teliti laporan dakwa pendirian Malaysia berubah
Fahmi akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti laporan media yang memberi gambaran seolah-olah pendirian negara berubah berhubung isu berkaitan.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Fahmi mengkritik tindakan sesetengah pihak, yang mengambil hanya satu bahagian daripada wawancara bersama Perdana Menteri dan kemudian menyebarkan fitnah, beri gambaran seolah-olah Malaysia iktiraf kewujudan Israel.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Empat penuntut ditahan, ganja hampir dua kilogram dirampas
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat penuntut sebuah universiti dan merampas ganja, seberat hampir dua kilogram di sebuah rumah di Seri Iskandar, petang Khamis. Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat dalam kenyataannya berkata, dua penuntut lelaki dan dua perempuan, kesemuanya warga tempatan, berumur antara 20 hingga 22 tahun itu ditahan di sebuah rumah kira-kira jam 1.40 petang.
Bedah siasat mayat wanita warga emas dibunuh anak kandung masih dijalankan
Memasuki hari ketiga, mayat seorang mayat seorang wanita berusia lingkungan 80-an yang dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya sebelum disumbat di dalam peti sejuk beku di Taman OUG, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, masih lagi dijalankan.
Tiga lemas semasa sertai aktiviti di Sungai Kampar
Tiga individu lemas ketika menyertai aktiviti berakit redah jeram (white water rafting) di Sungai Kampar, dekat Gopeng, pada petang Jumaat. Difahamkan mangsa sedang mengikuti program ‘team building’ yang diadakan di lokasi berkenaan.
Nama Allahyarham Tun Daim 'berkemundang' di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia perhalusi perkenal aliran TVET seawal tingkatan satu - Ahmad Zahid
Malaysia mempertimbangkan menurunkan had umur buat pelajar aliran TVET bagi membolehkan pelajar mencapai tahap kemahiran yang diiktiraf pihak industri.
Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour
Ikhmal Nour diumumkan sebagai pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori Rising Star of The Year pada Ahad.
Petugas AVSEC biadab: Malaysia Airports mohon maaf, ambil tindakan tatatertib
Malaysia Airports berkata pihaknya telah menjalankan siasatan segera setelah menerima maklumat kejadian itu, selain turut mengesahkan kejadian berkenaan adalah seperti yang dilaporkan.
'Patik minta ampun, patik derhaka...'
Firdaus membuat status 'Warkah Memohon Ampun Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah' sambil disusuli dengan permohonan maaf.
'Mahathir yang ajar saya jadi kurang ajar' - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau kurang ajar kerana Tun Dr Mahathir Mohamad mengajarnya menjadi begitu.
Padah menunggang melulu, 10 mat rempit ditahan polis
Lagak samseng, kurang ajar dan mengabaikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain seperti tidak memberi kesan kepada sekumpulan anak muda yang gemar merempit.
Hotel larang pakai tudung: Kurang ajar - Nazri Aziz
Syarikat rangkaian hotel antarabangsa dianggap tidak menghormati Malaysia sebagai negara yang majoritinya beragama Islam sekaligus melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Penganjur perhimpunan Bersih 4 "kurang ajar" - Mustapa
Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengutuk perhimpunan Bersih 4 di ibu negara hari ini dan esok kerana ia boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan keamanan negara.