Mahkamah Tinggi pada Jumaat mengumumkan kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal dan tidak sah serta mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.
Hakim Azizah Nawawi berkata calon DAP, M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN ) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Ahli Parlimen C Sivarraajh dari Barisan Nasional (BN) didapati bersalah memberikan suapan kepada pengundi Orang Asli dalam pilihan raya 9 Mei lalu.
Hakim Azizah berkata M Manogaran berjaya membuktikan calon BN itu melakukan aktiviti rasuah semasa mesyuarat pada 28 April serta pada 3, 6, 7, 8 dan 9 Mei tahun ini.
Dalam petisyennya yang difailkan pada 4 Jun lalu, Manogaran menamakan Sivarraajh sebagai responden tunggal.
Beliau mendakwa Sivarraajh ketika berkempen telah memberi rasuah antara RM30 dan RM1,000 kepada masyarakat orang asli melalui ketua kampung untuk memastikan mereka mengundi calon BN.
Pada PRU14 Mei lalu, calon BN itu memperoleh 10,307 undi mengalahkan Manogaran yang mewakili Pakatan Harapan dengan 9,710.
Calon PAS, Wan Mahadir Wan Mahmud pula memperoleh 3,587 manakala calon PSM dan Berjasa hilang wang pertaruhan.
Astro Awani
Fri Nov 30 2018
Suasana di Tanah Rata, Cameron Highlands. Mahkamah umum kerusi Parlimen itu terbatal dan tidak sah serta mengarahkan agar pilihan raya diadakan semula. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (3 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Syria: Iran akan melakukan apa sahaja demi mewujudkan keamanan
Iran akan melakukan apa sahaja dalam usaha mewujudkan keamanan dan keselamatan bagi menjamin keselamatan dan integriti wilayah semua negara.
Konflik Syria: AS akan berusaha tamatkan konflik demi kepentingan orang awam
Amerika Syarikat akan berusaha melakukan proses rundingan secara politik dalam usaha menamatkan perang saudara yang berlaku di Syria ketika ini.
Blinken akan bertemu Dermer dalam usaha realisasi gencatan senjata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Strategik Israel Ron Dermer sebagai usaha merealisasikan gencatan senjata di Gaza.
36 korban baharu, angka kematian meningkat kepada 44,502
36 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam operasi ketenteraan berterusan rejim Zionis di wilayah itu dalam tempoh 24 jam lepas.
Bali Nine: Pemindahan lima banduan ke Australia diharap dapat diselesai segera
Rundingan penghantaran pulang baki lima ahli kumpulan penyeludupan dadah Bali Nine ke Australia masih memerlukan banyak perkara yang diteliti, kata Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Indonesia, Yusril Ihza Mahendra.
Jendela: Fasa1 perlu dirombak sepenuhnya sebelum pelaksanaan Fasa 2 - Fahmi
Sistem dan proses yang digunakan dalam Jendela Fasa 1 perlu dirombak sepenuhnya sebelum pelaksanaan Fasa 2 Program Jendela yang dijangka melibatkan antara 2,500 hingga 3,000 tapak di seluruh negara.
Pelayaran ke selatan Perancis adalah percutian peribadi- Najib
Beliau berkata, selain keluarganya, Tan Sri Bustari Yusuf dan anak-anaknya turut menyertai percutian peribadi itu.
Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahwa beliau secara konsisten menyokong TIA kekal berada di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.
Masidi beri keterangan secara sukarela di SPRM
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun telah memberi keterangan secara sukarela di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu pada Selasa berhubung dakwaan video tular memaparkan perbualannya dengan seorang individu berkaitan dana RM300,000.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.