Tanda tanya mengenai senarai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kedah yang berkemungkinan besar dirombak berikutan pelantikan Menteri Besar baharu bakal terjawab Isnin ini.
Ia susulan satu jemputan media untuk menghadiri majlis angkat sumpah Exco Kerajaan Kedah oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri diedarkan kepada media, malam tadi.
Majlis itu dijadual berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar dan berdasarkan jemputan itu, majlis terbabit dijadual diadakan di balai penghadapan Istana Anak Bukit pada jam 10 pagi Isnin ini.
Kesemua barisan Exco akan mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.
Bagaimanapun, jemputan itu tidak memaklumkan secara khusus mengenai sama ada akan berlaku perubahan atau rombakan dalam senarai barisan Exco.
Sebelum ini, pelbagai spekulasi tersebar kemungkinan berlaku perubahan pada barisan senarai Exco kerajaan negeri berikutan pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu awal bulan ini.
Difahamkan, sekurang-kurangnya tiga Exco yang dikatakan 'setia' kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang meletakkan jawatannya pada 3 Februari lalu akan digugurkan.
Exco Kerajaan Negeri Kedah ketika ini, antaranya termasuklah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Tajul Urus Mat Zain, Datuk Norsabrina Mohd Noor dan Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.
Astro Awani
Wed Feb 17 2016

Pelbagai spekulasi tersebar kemungkinan berlaku perubahan pada barisan senarai Exco kerajaan negeri berikutan pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah. - Gambar fail

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Senator wakili masyarakat Siam gembira pelantikan semula Exco Kedah
Senator Datuk Seri Boon Som Inong berkata langkah diambil Ahmad Bashah dapat mengekal dan mengukuhkan perpaduan dalam jentera pentadbiran dan parti.

Majlis angkat sumpah barisan Exco Kedah berlangsung Isnin ini
Tanda tanya mengenai senarai ahli Exco negeri yang berkemungkinan besar dirombak berikutan pelantikan Menteri Besar baharu bakal terjawab Isnin ini.