Isu menjadikan kepentingan Melayu sebagai agenda utama parti politik turut mendapat perhatian pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Mereka sependapat bahawa kepentingan Melayu perlu menjadi agenda utama bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagi UMNO, agenda Melayu semestinya menjadi kepentingan utama perjuangan parti tersebut, namun mereka tidak melupakan tugas untuk membela nasib kaum-kaum lain di negara ini.
"Hakikat sebenarnya UMNO adalah parti yang sejak dulu berjuang untuk kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. Namun sangat jelas kita juga adalah parti yang membela dan menjaga kaum-kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
"Maknanya, kita adalah parti yang bukan hanya berjuang untuk kepentingan orang Melayu tetapi untuk kaum lain juga dan ini telah terbukti sejak sekian lama dan dipersetujui oleh semua," kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah kepada Astro AWANI.
Pakatan Harapan juga menyedari bahawa untuk memperolehi kemenangan pada PRU14, mereka perlu mengangkat agenda Melayu.
"Untuk Pakatan Harapan memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang, untuk membentuk kerajaan, amat penting untuk agenda Melayu ini diangkat kerana saya percaya kerusi-kerusi yang majoriti Melayu itu sangat penting sebab akan berlaku persaingan tiga penjuru ini di kerusi-kerusi majoriti Melayu," kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Muhammad Faiz Fadzil.
Agenda Melayu terbukti menjadi kepentingan BN dan PH untuk memastikan kemenangan pada PRU14 nanti.
Irwan Muhammad Zain
Wed Jan 10 2018

Agenda Melayu terbukti menjadi kepentingan BN dan PH untuk memastikan kemenangan pada PRU14 nanti. - Gambar Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Tiada lagi rundingan pintu belakang bentuk kerajaan - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO tidak akan mengkhianati rakyat Malaysia yang telah memilih kerajaan baharu pada 9 Mei lepas.

#MalaysiaMemilih: BN dan PH bersaing angkat agenda Melayu
Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menyedari bahawa kepentingan Melayu perlu menjadi keutamaan.

#MalaysiaMemilih: Agenda Melayu perlu jadi keutamaan semua parti - penganalisis
Setiap parti sedang membuat persiapan peringkat akhir untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka pada PRU14 akan datang.