Barisan Nasional (BN) mengumumkan Datin Mastura Yazid, isteri kepada Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar
Perkara tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di hadapan ribuan penyokong BN di Safari Resort, di sini hari ini.
Mastura merupakan graduan jurusan undang-undang daripada universiti terkemuka perundangan dunia, Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai peguam selama enam tahun.
Ibu kepada empat orang anak itu juga juga pernah bergiat dalam dunia politik dan menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan berehat dan menumpukan kepada keluarganya.
Meskipun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi namun ramai mengetahui Mastura merupakan penasihat serta peneman setia Wan Khair-il Anuar dalam menggerakkan kerjanya sebagai wakil rakyat di Bukti Chandan dan seterusnya mewakili Parlimen Kuala Kangsar.
Malah, ramai turut mengakui Mastura merupakan seorang yang berani mengeluarkan pendapat dan lantang bersuara untuk sebarang perihal melibatkan kebajikan penduduk di sekitar Kuala Kangsar.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan penyandangnya Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK dijalankan serentak pada 18 Jun nanti.
Nazialita Geynna Maharan
Sat May 28 2016
Mastura merupakan graduan jurusan undang-undang daripada universiti terkemuka perundangan dunia, Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai peguam selama enam tahun. - Gambar fail
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Nie Ching
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
Perjanjian JS-SEZ dijangka dimeterai Isnin ini - MB Johor
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dimeterai di Putrajaya Isnin ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Berhati-hati laman web palsu MDAC - Imigresen
Jabatan Imigresen menasihati pelancong asing berwaspada dengan laman web palsu membabitkan urusan pendaftaran Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC).
Polis rakam keterangan 3 individu
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor memaklumkan setakat ini, tiga orang sudah dipanggil bagi merakam percakapan.
8 maut, 15 cedera dalam kebakaran pasar di Hebei, utara China
Lapan maut dan 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah pasar di Daerah Qiaoxi, Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei, utara China, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Januari 2025.
Atlet paragliding meninggal dunia ketika jalani latihan di Thailand
Ruslan Mehat berkata anak bongsunya itu telah memberikan sejumlah wang pada hujung tahun lepas dan awal tahun ini sebelum kejadian.
Itooka dari Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Seorang wanita Jepun yang dipercayai individu tertua di dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 116 tahun.
Kekejaman zionis: AS, negara barat terus butakan mata - Iran
Araghchi menyatakan Iran terbuka untuk menyokong sebarang perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel, selagi ia diterima oleh Palestin.
Junta tentera Myanmar akan bebaskan 6,000 banduan
Kerajaan junta tentera Myanmar akan membebaskan hampir 6,000 banduan dalam tradisi pengampunan tahunan sempena Hari Kemerdekaan negara itu.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.