Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar hari ini diumumkan sebagai ahli baru Parti Keadlian Rakyar (PKR).
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Menurut Azizah, Kamaruddin yang sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan memperkukuh dan memperdayakan Pejabat Ketua Umum PKR.
"Kamaruddin juga akan berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada Presiden dan Timbalan Presiden.
"Beliau juga akan berperanan memperkukuhkan rangkaian dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk membawa perubahan," jelas Azizah.
Manakala bagi Muhammad Taib yang dikenali sebagai Mat Taib akan berperanan memperkasa Biro Penerangan dan Komunikasi, khususnya bagi mengangkat martabat masyarakat luar bandar.
"Mat Taib boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya di desa dan luar bandar termasuk komuniti Felda. Penyertaan Mat Taib ini diyakini dapat membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) untuk pilihanraya umum (PRU) akan datang," tambah Azizah.
Kata Azizah lagi, sebagai parti yang mendapat jumlah undi kedua terbesar dalam PRU yang lalu,PKR meraikan serta membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang komited dengan agenda reformasi.
Sementara itu, Mat Taib berkata, penyertaannya itu adalah untuk mengukuhkan reformasi yang ada dalam Pakatan Rakyat.
“Barisan Nasional kini bercelaru kepimpinannya. Apa mereka buat, semua serba tidak kena. Duit semakin jatuh, pelaburan semakin jatuh.
"Negara kita sebenarnya sedang mengalami krisis. Namun mereka (BN) terus meuar-uarkan kononnya mereka mendapat sokongan, terutama mereka di luar bandar. Jadi, saya fikir negara ini perlukan pembaharuan, reformasi dan PKR adalah parti yang boleh melakukan reformasi itu," kata Mat Taib.
Bagi Kamaruddin yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai setiausaha kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, beliau berasakan pengukuhan PR bermula daripada pengukuhan dalam parti itu sendiri.
"Saya akan terus aktif dalam PR seperti sebelum ini untuk melakukan perubahan dalam negara ini," jelasnya.
Mariah Ahmad
Fri Sep 11 2015

Penyertaan mereka diumumkan oleh Wan Azizah dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini. - Gambar Astro AWANI/MARIAH AHMAD
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Selepas Mat Taib, lebih ramai pemimpin pembangkang akan sertai UMNO - Annuar Musa
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan ramai lagi anggota politik Pakatan Harapan (PH) akan menyertai UMNO susulan kembalinya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

'Biarlah PAS bertanding di Sungai Besar, Kuala Kangsar' - Mat Taib
Bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menasihatkan pemimpin Pakatan Harapan untuk membiarkan PAS bertanding di kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun, 2016.

Mat Taib, Kamaruddin Jaafar sertai PKR
Bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar hari ini diumumkan sebagai ahli baru Parti Keadlian Rakyar (PKR).

Krisis PR: Tony Pua, tolong jangan beri tekanan kepada Azmin - Mat Taib
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dinasihatkan supaya tidak memberi tekanan kepada Timbalan Presiden Parti Keadlian Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali sama ada memilih untuk bersama DAP atau PAS.