Ibarat sebuah ‘kata kunci’ yang membuka peti berisi harta karun, perkataan ‘Felda’ meniti di setiap bibir yang membicarakan perihal isu politik di negara Pahang, tambah hangat apabila kini adalah musim pilihan raya.
Menjadi negeri dengan jumlah penempatan Felda terbesar negara, Pahang turut mencipta sejarah sebagai lokasi penempatan Felda pertama iaitu di lurah Bilut, Bentong.
Terdapat lebih 54 kerusi Parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di kawasan Felda. Daftar pengundi menunjukkan sejumlah 570,000 pengundi baharu terdiri daripada warga Felda.
Ini bermakna, secara purata, setiap kawasan parlimen mempunyai pengundi Felda melebihi 1,000 pengundi.
Lima kawasan Parlimen dengan jumlah pengundi Felda tertinggi adalah di Rompin, Kuala Krau, Jempol, Kota Tinggi dan Pengerang.
Di Pahang, 27 dari 42 kerusi Negeri dan 12 dari 14 kerusi Parlimen berada dalam kawasan penempatan Felda.
Semestinya pengundi Felda mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan keputusan pilihan raya.
Selama ini, Pahang dilihat sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) rata-rata disumbang hasil kesetiaan pengundi peneroka dan penerokawati yang kebanyakannya mempunyai sentimen menghargai usaha kerajaan pada zaman pemerintahan Allahyarham Tun Abdul Razak yang membuka perancangan Felda.
Peneroka generasi pertama membina keluarga dan sehingga kini Felda mempunyai peneroka dari golongan generasi ketiga yang merupakan cucu-cucu kepada peneroka dan penerokawati asal.
Walau bagaimanapun keadaan sudah jauh berubah.
Felda pada PRU13
Pada Pilihan Raya Umum (PRU13) yang lalu, Pahang kehilangan satu kerusi parlimen yang mempunyai penempatan Felda iaitu Raub, dikatakan berpunca dari pertukaran calon BN pada saat-saat akhir bagi menggantikan mantan ahli Parlimen Tan Sri Ng Yen Yen yang sudah memegang kerusi parlimen tersebut selama tiga penggal.
Umumnya dari 54 kerusi Parlimen kawasan Felda, BN kehilangan Raub dan Dungun di Terengganu waktu itu.
Parlimen Bera pula merupakan kawasan kuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri sejak kerusi parlimen tersebut diwujudkan pada 1999. Terdapat lebih 53,000 pengundi di kawasan tersebut dan peneroka Felda mewakili 23,300 orang atau lebih 40 peratus pengundi.
Namun pada PRU13, Ismail menang dengan majoriti undi tipis sebanyak 2,143 undi sahaja. Kemungkinan besar, kemenangan BN di kerusi tersebut disumbangkan oleh peneroka Felda semata-mata.
Sementara itu bagi kerusi DUN di kawasan Felda, pembangkang memenangi kerusi DUN Triang di Raub dan Sabai, Ketari dan Bilut di Bentong.
Aroma perubahan ini mungkin sudah boleh dihidu Pakatan Harapan (PH) kali ini yang meletakkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai pengemudi jentera di kawasan-kawasan pedalaman dan Felda.
Malah, PPBM meletakkan calon-calon yang kebanyakannya adalah peneroka atau generasi kedua dan ketiga peneroka Felda.
Memahami psikografi tiga generasi Felda membuka perspektif baru kepada bibit-bibit perubahan corak undian pengundi di kawasan Felda.
Mengambil analogi skim pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat (MLM), generasi pertama peneroka Felda merupakan pembenih pertama. Kebanyakan mereka merupakan penyokong kuat BN secara tradisi. Di bawah mereka adalah generasi kedua iaitu anak-anak mereka. Bayangkan sebuah keluarga tipikal dengan lima orang anak.
Lima anak-anak generasi kedua ini kebanyakannya sudah berumur 40 tahun ke atas dan masing-masing berkeluarga. Ada di antara mereka yang berjaya mendapat pendidikan tinggi dan membina kerjaya di Kuala Lumpur. Sementara ada yang tinggal di kampung mengusahakan tanah ibu dan ayah.
Bayangkan dalam lima adik beradik, tiga berjaya di Kuala Lumpur, seorang di kampung berjaya mengusahakan tanah, manakala seorang lagi menjadi penganggur.
Mereka mempunyai ‘downline’, iaitu anak-anak yang membesar di kawasan bandar dan kampung.
Menurut PH, 60 peratus dari pengundinya berumur 40 tahun dan ke bawah. Pengundi generasi kedua dan ketiga Felda rata-rata tergolong dalam kategori ini.
Pada masa sama, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 3.6 juta golongan muda berumur 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pengundi.
Hampir 1.8 juta atau 45 peratus yang tidak mendaftar adalah anak muda Melayu.
Suara anak peneroka
Mohamad Zamri Basri, 46 tahun adalah anak peneroka Felda Jengka 11 yang berjaya sebagai penjawat awam di Pahang.
Beliau berpendapat bahawa meskipun beberapa isu berbangkit berkaitan Felda di peringkat nasional dan kejatuhan harga komoditi dianggap besar, generasi kedua dan ketiga Felda yang merasa kecewa dan marah harus melihat kepada faktor sikap sebagai salah satu penyumbang masalah sosioekonomi yang dihadapi mereka.
“Isu yang dihadapi masyarakat Felda memang besar. Isu perumahan bagi generasi kedua yang rata-rata tidak mempunyai pekerjaan tetap meskipun slip gaji untuk meneruskan pinjaman rumah harus dilihat dengan teliti.
“Kami menghargai usaha yang dilakukan untuk memberi perumahan tetapi mesti ada perancangan yang melihat semua faktor seperti punca pendapatan peneroka generasi kedua dan sebagainya,” katanya yang juga Pengerusi Kami Anak Felda (KAF).
Mohamad Zamri berkata KAF mencadangkan supaya pinjaman rumah buat generasi kedua dan ketiga peneroka boleh dibuat menerusi Yayasan Felda.
Sementara itu, Mohd Farid Abu Bakar, 40 tahun, peneroka generasi kedua Felda, berkata sudah lebih setahun peneroka mendapat bayaran hasil ladang dalam tempoh yang lambat.
“Dahulu boleh dapat dalam sebulan dua kali tetapi sekarang lebih sebulan baru dapat bayaran. Memang susah sekarang sebab bayaran lambat.
“Saya harap pendapatan peneroka dapat diselesaikan dengan segera,” katanya mengharapkan akan ada perubahan.
Mana-mana parti politik yang mahu memenangi kawasan pedalaman tidak boleh mengenepikan kepentingan pandangan dan sentimen masyarakat Felda yang mempunyai kuasa untuk membawa perubahan kuasa.
Kebanyakan mereka tidak berkongsi perasaan mereka di laman media sosial dan lebih menghargai wakil rakyat yang sentiasa hadir untuk melawat kawasan dan membantu mereka menyelesaikan isu-isu tempatan seperti pembaikan jalan, pemberian bantuan kebajikan dan sebagainya.
Maka tidak mengejutkan jika kempen Pakatan Harapan di kawasan pedalaman dipacu sendiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri yang menjadikan antara agenda penting beliau adalah dengan membuat lawatan ke kawasan Felda sepanjang tempoh berkempen.
Namun adakah usaha mereka yang giat dijalankan baru-baru ini mencukupi untuk menawan hati masyarakat Felda yang sudah sekian lama bersama BN?
*Noradilla Noorazam adalah wartawan Astro AWANI.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Nuradilla Noorazam
Thu May 03 2018
Halimah Haji Husin, 82, dan Maimunah Mat Yaman, 82, sudah hidup berjiran di Felda Lembah Klau sejak lebih 50 tahun. - Foto Astro AWANI/Nuradilla Noorazam
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.