Masyarakat Semporna melihat kepentingan mengutamakan UMNO adalah melebihi mana-mana pemimpin yang pernah menerajui parti.
Bendahari UMNO Bahagian Semporna, Datuk Razak Tun Sakaran berkata, sokongan terhadap parti dilihat mampu memberi kesan positif secara keseluruhan kepada sesebuah kawasan.
"Saya lihat masyarakat Semporna matang. Walaupun telah berjasa, tetapi demi memilih masa depan anak cucu akan wujud perkiraan lain", katanya.
Selain itu, Razak mengakui rakyat juga kini lebih matang dalam menilai perspektif lanskap politik daripada hanya bergantung harap kepada perjuangan pemimpin mengkhianati parti.
Sebelum ini, Pemangku Ketua UMNO bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata, UMNO bahagian itu masih berjalan seperti biasa walaupun bekas ketuanya Datuk Seri Shafie Apdal telah keluar parti.
Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senallang berkata, dakwaan kononnya UMNO semporna tidak lagi wujud adalah tidak benar dan tidak berasas.
Dalam pada itu kata Razak, rakyat kini terbuka dan memilih untuk bersama dengan kepimpinan parti yang baharu selain mengakui UMNO Semporna masih mendapat sokongan serta dipercayai rakyat.
Wan Syamsul Amly, Khairunnisa Kasnoon, Hans Yusoff
Fri Dec 02 2016

UMNO bahagian Samporna masih berjalan seperti biasa. - Gambar fail
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Mengutamakan parti faktor kemajuan sesebuah kawasan
Sokongan terhadap parti dilihat mampu memberi kesan positif secara keseluruhan kepada sesebuah kawasan.