Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal tidak akan berucap pada sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 Sabtu ini.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mesyuarat tersebut memutuskan hanya Najib akan berucap pada sesi penggulungan perhimpunan itu nanti.
"Saya akan duduk dalam mesyuarat sampai selesai, sebab saya Timbalan Presiden (UMNO) dan hak saya sebagai Timbalan Presiden saya akan terus duduk dari awal sampai akhir," katanya selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini hari ini.
Sebelum ini, Najib mengumumkan MT telah memutuskan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO hanya akan dirasmikan ketua sayap masing-masing dan bukannya Muhyiddin.
Keputusan itu memyebabkan Muhyiddin sedih dan kecewa sekali gus mendakwa dirinya tidak lagi berpeluang menyampaikan amanat kepada ahli UMNO yang disayanginya.
Menurut Muhyiddin lagi, beliau sudah meminta untuk diberi peluang berucap pada persidangan itu.
Bagaimanapun, konsensus MT UMNO memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang dibuat sebelum ini.
"Cuma yang saya kecewa, saya merayu dengan Datuk Shafie supaya diberikan peluang berucap, nampaknya dia kata tidak boleh juga daripada perbincangan MT itu menghalang saya.
"Saya tidak tahu mengapa tetapi itulah keputusan, saya tidak berapa bersetuju, sepatutnya berilah peluang dan MT dah buat keputusan apa saya nak kata," ujar beliau.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal juga membangkitkan rayuan untuk berucap pada persidangan itu.
"Mesyuarat berjalan lancar daripada selagi aturan tidak ada apa berbangkit tentang usul seperti disebutkan, pemecatan atau apa, saya cuba minta rayuan saya supaya memberi peluang kepda saya berucap dan keputusan MT supaya saya boleh berucap itu sahaja," tambahnya.
Wan Syamsul Amly, Rahimah Abdullah
Wed Dec 09 2015
Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO memutuskan, hanya Najib akan berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2015 nanti.
Tiada sistem air di dunia dapat tangani kebakaran Los Angeles - Pakar
Dalam usaha pihak berkuasa berusaha menilai kerosakan dan mencari punca kebakaran, persoalan timbul adakah tahap kemusnahan itu boleh dikurangkan atau ia adalah normal baharu dalam era bencana berkaitan perubahan iklim.
Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi dilaporkan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang ibu muda bersama bayi perempuannya yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumah di Felda Sungai Kelamah di sini, awal pagi semalam.
Satu kes Mpox dikesan dalam negara
Satu kes baharu jangkitan Mpox dikesan dalam negara menjadikan kes keseluruhan kini 12 kes sejak kali terakhir dilaporkan pada Julai 2023.
Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.
Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN
Kerjasama pintar serta hubungan baik antara perkhidmatan awam dengan pengamal media penting dalam usaha memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat.
4,500 kes amputasi di Gaza - Pegawai kesihatan
4,500 kes amputasi direkodkan akibat serangan udara dan darat berterusan oleh Israel ke atas Gaza, sehingga akhir 2024.
[TERKINI] Satu kes baharu mpox dilaporkan di Malaysia
Satu kes baharu jangkitan Mpox dilaporkan pada 10 Januari 2025, menjadikan jumlah keseluruhan kes Mpox sebanyak 12 kes sejak Julai 2023.
Latihan percubaan bermula Ahad, 130 pelatih sukarela lapor diri
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali semula tahun ini selepas Kementerian Pertahanan bersetuju melaksanakannya dengan konsep dan format baharu.
Lebih banyak pusat pemindahan sementara di Johor dibuka
Setakat ini 18 PPS dibuka empat daerah di Johor, 12 jalan terputus hubungan akibat banjir yang melanda Kota Tinggi.
OIC kecam peta Israel tuntut hak ke atas wilayah Arab
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam penerbitan peta Israel yang mendakwa mempunyai "hak wilayah bersejarah" di Palestin dan sebahagian besar Jordan, Lubnan dan Syria.
MKT UMNO adakan mesyuarat khas isu politik esok - Ahmad Maslan
UMNO akan mengadakan satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi secara dalam talian esok (3 Ogos) bagi membincangkan mengenai isu politik terkini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Bersatu, Pas sepakat bersama Perikatan Nasional hadapi PRU15
Pas dan Bersatu tegas menolak sebarang bentuk 'penjajaran baharu' untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.
'Dalang kerjasama DAP, PH lebih teruk daripada pembocor rahsia' - Ketua UMNO Bachok
Sikap mana-mana pemimpin UMNO yang berunding dengan Anwar diibarat lebih teruk berbanding individu yang dikatakan membocorkan maklumat mesyuarat MT parti di Janda Baik baru-baru ini.
PN lebih retak jika Kabinet UMNO digugurkan - Dr Mazlan
Sebarang pengguguran Kabinet dari UMNO jika ada, akan menyebabkan keretakan lebih besar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Rombak UMNO, ketengahkan pemimpin disukai ahli dan rakyat
UMNO perlu dirombak semula dan kemudian mengetengahkan pemimpin yang diterima ahli dan rakyat.
'UMNO sedia ubah keputusan pecat Muhyiddin' - Mohamad Hasan
Mohamad berkata UMNO boleh mengubah keputusan tersebut sekiranya Muhyiddin berhasrat untuk kembali ke pangkuan parti terbesar orang Melayu itu.
Hentikan polemik pelantikan Kabinet - Annuar Musa
Annuar gajak semua pemimpin Barisan Nasional agar memberi tumpuan dan sokongan dalam usaha kerajaan menangani penularan wabak COVID-19.
Mula-mula Apandi terima, lepas beberapa jam tolak pelantikan sebagai ahli MT UMNO
Apandi menolak pelantikan itu kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai persepsi negatif.
Reezal Merican umum pertahan jawatan anggota MT UMNO
Reezal berkata tidak boleh terlalu ramai menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi UMNO kerana ia akan mewujudkan keadaan cacamarba.
Exco Pemuda UMNO tanding Majlis Tertinggi
Armand Azha berkata pertandingan calon muka baharu dan lama perlu dalam memastikan UMNO terus relevan.