Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz dilihat perlu memberi lebih sokongan kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu perselisihan dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Md Saleh Ahmad berkata pertalian darah di antara Mukhriz dan Dr Mahathir menjadi asas kukuh sokongan kepada seorang bapa yang tidak boleh dipertikaikan sesiapa.
"Kita tidak boleh menghalang sokongan seorang anak kepada bapa dan itu semangat yang harus Mukhriz tunjukkan.
"Ikut mana pun, Mukhriz akan menyokong bapanya. Selama ini dia sudah menunjukkan rasa hormat kepada pandangan bapanya.
"Walaupun saya bukan menyebelahi mana-mana pihak, namun ketaatan Mukhriz tidak akan membenarkan sesiapa menjatuhkan Dr Mahathir," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Md Saleh berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Mukhriz yang hanya akan menyatakan pendirian rasmi UMNO Kedah tentang sokongan terhadap kepimpinan Najib pada 24 April selepas bermesyuarat dengan pemimpin UMNO negeri di ibu negara.
Bagaimanapun Khamis lepas, ketiga-tiga sayap UMNO Kedah, selepas bertemu dengan Mukhriz, meminta Menteri Besar membatalkan hasratnya itu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada urusan pentadbiran negeri.
Dalam pada itu, kata Md Saleh, sehingga kini masih tidak ada pihak yang nampak Mukhriz memberi sokongan kepada Najib secara berterus terang.
"Walaupun sebagai pemimpin UMNO Kedah, dia tidak tunjuk sokongan kepada Najib dengan terang.
"Walau apa situasi sokongan Mukhriz tetap kepada Dr Mahathir, itu jelas dari segi perasaannya," ujarnya.
Namun begitu jelasnya, sokongan Mukhriz juga boleh ditafsir dalam aspek memihak kepada Najib.
"Dari segi mentaati pemimpin jelas sebagai seorang rakyat dan pengikut jemaah dia akan menghormati pemimpin selain perlu mengenepikan sentimen bapa dan anak.
"Mengikut sistem demokrasi dan hubungan di antara pengikut dengan pemimpin maka sepatutnya Mukhriz akan menyokong kepimpinan Najib atas sifat kelompok UMNO itu sendiri," jelasnya.
Sebelum ini, penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamad berkata, Mukhriz perlu bersikap profesional dan tampil menyatakan kesetiaannya kepada Najib sebagaimana yang dinyatakannya sebelum ini.
Sikap diam diri Mukhriz dilihat semakin meruncing apabila 69 daripada 86 Ketua UMNO Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada menyokong penuh kenyataan ADUNnya, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mahu Mukhriz melepaskan jawatan sekiranya tidak menyokong terhadap kepimpinan Najib.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyifatkan Mukhriz tidak perlu dipaksa untuk menyatakan sokongannya terhadap Najib selain berkata Menteri Besar Kedah itu merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman.
Wan Syamsul Amly
Mon Apr 20 2015
Pertalian darah di antara Mukhriz (gambar) dan Dr Mahathir menjadi asas kukuh sokongan kepada seorang bapa yang tidak boleh dipertikaikan sesiapa. -Gambar fail
Agenda AWANI: JS-SEZ: Kerjasama unik, saling untung
Bagaimana Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat mengubah dinamik ekonomi rentas sempadan dan apa mekanisme yang diperlukan untuk memastikan limpahan ekonomi yang berkesan dan kerjasama saling untung buat Malaysia dna Singapura? Diskusi 8.30 malam
Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Jumlah kematian akibat nahas udara global meningkat mendadak pada 2024, dengan 334 orang terkorban dalam kemalangan membabitkan penerbangan awam.
Menjelang pendakwaan, tahap keselamatan penjara dipertingkat
Wakil Astro AWANI Kelantan turun padang masuk ke Narathiwat, Selatan Thailand bagi melihat pelbagai aspek dan sudut khususnya mengenai keselamatan penjara menjelang pendakwaan enam rakyat Malaysia yang ditahan kerana kes dadah dan bakal didakwa 14 Januari ini.
Bekas pramugara dan dua rakan dipenjara seumur hidup, edar, tanam ganja
Mereka didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 707.05 gram dan menanam pokok ganja, empat tahun lepas.
WFP kecam serangan Israel terhadap konvoinya di Gaza
Sebuah konvoi WFP jelas memaparkan logonya dan membawa lapan anggota ditembak tentera Israel berhampiran Wadi Gaza walaupun mendapat kelulusan awal.
Malaysia, Singapura terus berbincang, cari solusi holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.
AI bakal pengaruhi 30 peratus pekerjaan di Malaysia dalam 10 tahun
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menjelaskan, lebih 30 peratus pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 10 tahun akan datang.
"Scammer" guna hotline IPD PD perdaya mangsa
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson mengesan insiden penyalahgunaan talian hotline IPD oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.
Bumbung bocor cemari Terbuka Malaysia
Beberapa perlawanan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 terpaksa ditangguhkan akibat bumbung Axiata Arena, Bukit Jalil bocor sehingga air membasahi gelanggang.
Perbezaan ideologi PAS, DAP tidak mampu dikompromi - Ahmad Martadha
Dr Ahmad Martadha berkata ikatan terdahulu hanya bersifat sementara dan menunggu masa sahaja untuk terlerai.
'Mukhriz pilih yang mana, Najib atau ayahnya?' - Pendakwah bebas
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz dilihat perlu memberi lebih sokongan kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu perselisihan dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak.