Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengakui beliau telah ditawarkan jawatan Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun beliau menolak tawaran berkenaan.
"Perdana Menteri telah menawarkan jawatan Timbalan Menteri... 'of course not'," katanya dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Mukhriz sebaliknya berkata beliau akan terus menjadi wakil rakyat di kawasannya bagi meneruskan legasi kepimpinannya di Kedah dan pada masa yang sama akan terus setia bersama UMNO.
BACA: Mukhriz letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah
BACA: Ahmad Bashah diumum Menteri Besar Kedah yang baharu
BACA: Kronologi krisis Menteri Besar Kedah
BACA: Isu MB Kedah: Tindakan Jemaah Diraja memanggil semua ADUN wajar - Guan Eng
BACA: Tiada keputusan dibuat - Datuk Seri Ahmad Bashah
"InsyaAllah saya setia dengan UMNO, pada masa yang sama saya juga berharap kepimpinan perlu melakukan tindakan drastik, sekiranya kita berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang."
"Kalau ini tidak dilakukan, saya bimbang masa depan UMNO sebagai parti yang memerintah," katanya.
Mukhriz juga berkata, beliau turut bersedia melepaskan jawatan pengerusi perhubungan UMNO Kedah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah.
Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.
Astro Awani
Wed Feb 03 2016
Mukhriz juga berkata, beliau turut bersedia melepaskan jawatan pengerusi perhubungan UMNO Kedah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah. - Foto Bernama
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
KFA kenal pasti pengganti Tan Cheng Hoe
KFA telah mengenalpasti beberapa nama yang bakal menggantikan Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe nanti.
Mukhriz tolak tawaran jadi Timbalan Menteri
Mukhriz sebaliknya berkata beliau akan terus menjadi wakil rakyat di kawasannya bagi meneruskan legasi kepimpinannya di Kedah dan pada masa yang sama akan terus setia bersama UMNO.
Ahmad Bashah diumum Menteri Besar Kedah yang baharu
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din mengumumkan Adun Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.