Menjelang pemilihan PAS Jun depan, muktamar kali ini dilihat banyak pihak sebagai satu muktamar bagi menentukan saf kepimpinan yang mantap.
Walaupun ada yang berpandangan muktamar kali ini sebagai penentu saf kepimpinan, sama ada golongan ulama terus memimpin atau golongan profesional mendominasi PAS ke alaf baru.
Bagi Ketua PAS kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron, beliau mengakui tidak begitu senang dengan pemilihan di peringkat pucuk pimpinan parti kerana pada hematnya lebih baik tumpuan diberikan kepada memantapkan parti termasuk pentadbiran di negeri.
Katanya, sekiranya pemimpin berebut jawatan di pusat, ia memungkinkan berlaku keciciran di peringkat negeri.
Namun, katanya dalam PAS, pertembungan dalam politik golongan ulama dan golongan profesional sudah lumrah berlaku, namun kesemuanya akur dengan wadah dan dasar perjuangan parti iaitu kepimpinan ulama.
Katanya, sebagai ahli parti, sememangnya menaruh harapan pada muktamar Jun depan supaya dapat dirungkai segala persepsi dan wujud satu keputusan yang baik untuk parti.
“Saya harap muktamar ini akan berlaku keputusan yang bijak dan matang daripada perwakilan, sebab kalau kita tengok peringkat awal ini, rasa takut dan gerun dengan nada sumbang di antara pemimpin.
"Tapi biasanya jawatankuasa PAS pusat ucapan parti isi kandungan yang baik dan boleh dibahaskan dengan selesa dan saya yakin dalam muktamar ini semua perwakilan telah matang daripada segi kerenah dalaman parti,” katanya.
Abdul Fatah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku dan pernah menyandang jawatan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan menjelaskan wadah perjuangan PAS adalah menegakkan Syiar Islam.
Mutakhir ini, banyak pihak dengan lantang menghentam PAS termasuk presiden dan pimpinan berkaitan isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, termasuk kritikan daripada sekutu PAS sendiri, DAP.
Menurut Abdul Fatah lagi, berkemungkinan ada usul yang ditimbulkan perwakilan di muktamar berhubung perkara tersebut yang melibatkan pendirian parti dan kedudukan dalam pakatan.
Namun keputusan dibuat oleh Majlis Perwakilan Presiden.
“PAS tak perlu bincang hasil desakan DAP, PAS perlu bincang hasil kajian yang dibuat oleh PAS sendiri.
"Kalau bincang hasil dari luar itu buang masa, tapi kalau rasa perkara itu penting maka mandat perlu dibuat.
"Muktamar mesti buat satu keputusan sebelum muktamar di Ipoh yang mana keputusan dibuat dalam muktamar kita,” kata beliau.
Katanya, soal sebegini, sekiranya menjadi duri dalam daging dan menjadi barah, perwakilan mempunyai ruang untuk meluah dan menyuarakannya.
Beliau berpandangan akan ada satu keputusan dibuat pada muktamar kali ini.
Sementara itu, Setiausaha PAS Kawasan Rantau Panjang, Abdul Rasul Mohamed menjelaskan setiap muktamar yang berlangsung akan ada keputusan yang dibuat untuk kebaikan parti.
“Jadi golongan baharu tak berapa faham, sengaja ditimbulkan isu golongan profesional dan ulama oleh golongan anti perpaduan.
"Hakikatnya, kita di peringkat pimpinan tiada pasukan,” katanya.
Beliau yang juga ADUN Bukit Tuku menjelaskan, pendirian PAS jelas iaitu memperjuangkan Islam.
Jika ada pihak mempertikaikan hasrat dan dasar PAS, tidak kira sama ada di pihak rakan dan sebagainya sudah pasti pimpinan PAS mempunyai keputusan yang akan meletakkan agenda Islam sebagai utama dan kepentingan politik sebagai jalan kedua.
Bagi bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Nik Baharom Nik Abdullah, muktamar kali ini dilihat sebagai muktamar yang merungkai segala persoalan.
Katanya pemilihan dalam sesebuah parti merupakan satu proses demokrasi yang mengikuti perlembagaan parti.
“Pemilihan itu di mana ahli melihat kepada hala tuju pemimpin yang tidak lari dari dasar. Berdasarkan itu, saya percaya ahli di bawah bagi isyarat yang jelas iaitu berdasarkan pencalonan dari kawasan masih kepada pemimpin sekarang ini,” kata beliau.
Katanya muktamar kali ini juga dijangka dapat menjelaskan kedudukan PAS pada masa akan datang dan mungkin ada perubahan yang berlaku kerana PAS sebuah parti yang sudah sekian lama mempunyai jati diri.
Jelasnya lagi, walau pun pemimpin boleh berubah, namun wadah dan dasar PAS tetap sama iaitu memartabatkan Islam dan meletakkan Islam sebagai asas perjuangannya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat mungkin akan diusul oleh perwakilan pada muktamar itu nanti.
Muhafandi Muhamad
Mon May 25 2015

Mutakhir ini, banyak pihak dengan lantang menghentam PAS berkaitan isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan termasuk kritikan dari sekutu PAS sendiri, DAP.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Muktamar PAS jadi penentu hala tuju parti
Menjelang pemilihan PAS Jun depan, muktamar kali ini dilihat banyak pihak sebagai satu muktamar bagi menentukan saf kepimpinan yang mantap.