Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) mengintai satu kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya, Tan Sri M. Kayveas.
Kavyeas berkata MyPPP telah pun mengenal pasti kerusi yang ingin ditandinginya, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tentang kawasan pilihan raya bagi parti itu menurunkan calonnya.
"Dalam pilihan raya umum lepas, kami (MyPPP) sudah pun bertanding satu kerusi parlimen dan empat kerusi DUN," katanya kepada pemberita di luar Festival Ponggal Wilayah Persekutuan 2017, di sini pada Rabu.
"Kami telah pun mengenal pasti kerusi berkenaan dan amat positif akan menyumbang kemenangan kepada Barisan Nasional kali ini."
Kavyeas berkata anggota parti itu kini mula turun padang dan memperkenalkan diri mereka kepada bakal pengundi.
Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 2013, MyPPP kalah kerusi Parlimen Kepong selain kerusi DUN Kota Laksamana (Melaka), Pasir Bedamar (Perak), Kota Alam Shah (Selangor) dan Guchil (Kelantan).
Ditanya sama ada terdapat kemungkinan PRU14 diadakan tahun ini, Kayveas berkata kira-kira 3,900 cawangan MyPPP akan menyelesaikan mesyuarat mereka menjelang akhir bulan ini.
"Kami tidak menumpukan kepada pilihan raya ketika meminta cawangan mengadakan mesyuarat mereka.
"Kami mahu mereka menyudahkan mesyuarat masing-masing secepat mungkin bagi membolehkan 122 bahagian mengadakan mesyuarat menjelang April," katanya, dan menambah, mesyuarat peringkat negeri dan dan Ogos tahun ini.
Terdahulu, Kayveas menyertai upacara memasak nasi manis Ponggal bersempena Festival Ponggal itu yang berlangsung di Jalan Bunus, Masjid India, di sini. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 01 2017

KAYVEAS: "Kami telah pun mengenal pasti kerusi berkenaan dan amat positif akan menyumbang kemenangan kepada Barisan Nasional kali ini." - Gambar fail
Inisiatif mengangkat martabat penghibur jalanan
Menteri JPM (Wilayah Persekutuan) akan mempertimbangkan dan dalam usaha mengangkat martabat penghibur jalanan di bandaraya kuala lumpur
“Ini tumpuan pelancongan bukan sahaja pelancongan antarabangsa tetapi pelancong domestik”
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Ini tumpuan pelancongan bukan sahaja pelancongan antarabangsa tetapi pelancong domestik”
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara

Komen negatif media sosial ancaman halus kepada kesihatan mental - Pakar psikologi
Katanya, tindakan itu juga berupaya membuat seseorang pengguna media sosial mengambil tindakan ekstrem.
AWANI Ringkas: RUU Majlis Media Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini
Majlis yang dijadual bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 262 orang
Seramai 251 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Telupid.
KL Rangers FC: Penjenamaan semula meluaskan penglibatan belia KL
Penjenamaan semula ini membawa peluang besar kepada generasi muda KL untuk berkecimpung dalam dunia bola sepak, bukan hanya sebagai pemain tetapi juga sebagai pemangkin perubahan dalam arena sukan negara.

"Yulia bukan pembantu rumah, dia sebahagian daripada keluarga kami"
Rafidah Partiman dan Ahmad Hakimi Tajuk Arus antara majikan bertuah yang pernah menerima kehadiran pembantu rumah yang bertanggungjawab.
Malaysia, Pintu Masuk kepada Inovasi ASEAN
Temubual eksklusif bersama Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, mengenai kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi dan teknologi di rantau ini. Ketahui kekuatan utama Malaysia, sektor yang menjanjikan, dan cabaran yang perlu diatasi untuk memperkukuh ekosistem inovasi negara. Saksikan juga peranan Malaysia di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2025 dan visi masa depan teknologi Malaysia.

Kenapa wajah berubah? Ini jawapan Fathia Latiff...
Kata Fathia, faktor umur ada kemungkinan menyebabkan wajahnya berubah.

Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh
Langkah itu secara langsung dapat menyokong usaha ke arah memastikan kelestarian dan kestabilan kewangan serantau.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.