Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dahulunya seorang negarawan terbilang, telah menderhaka kepada UMNO, bangsa dan negara.
Dalam nada kecewa, Najib, yang juga Perdana Menteri, berkata bekas Presiden UMNO itu sudah berpaling tadah terhadap parti keramat yang diterajuinya selama puluhan tahun.
"Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau (Dr Mahathir) yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan DAP, perhimpunan haram Bersih, Parti Amanah Negara dan PKR," kata Najib.
Bahkan lebih teruk lagi, bekas pemimpin negara itu turut bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti George Soros, yang pernah dibenci dan digelar sebagai penyangak mata wang, jelas Najib, yang juga Menteri Kewangan.
Dalam ucapan yang membidas bekas pemimpin parti yang belot, Presiden UMNO itu secara tidak langsung mengingatkan perwakilan kepada sajak 'Melayu Mudah Lupa' yang pernah disampaikan Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO 2001.
"Lalu, saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya Melayu Yang Mudah Lupa itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu UMNO yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi dan tidak mengkhianati parti!," tegas Najib.
Hakikatnya, inilah satu bentuk kemuncak penderhakaan pada UMNO, bangsa dan tanah airnya, tegas Presiden UMNO itu di hadapan 2,729 perwakilan ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Mengimbas kisah perjuangan bersama Dr Mahathir, Najib yang memegang jawatan Ketua Pemuda pada 1987, telah menyatakan taat setia beliau di belakang bekas pemimpin UMNO itu ketika episod pertembungan antara Team A dan Team B semasa pemilihan Presiden UMNO pada 1987.
"Hinggakan Tengku Razaleigh (Hamzah) ketika itu berkecil hati dengan saya,atas keputusan saya dan pasukan yang berpihak kepada Dr Mahathir," jelas Perdana Menteri.
Selain itu, beliau turut berdiri teguh menyokong dan membantu Dr Mahathir selaku Presiden ketika episod hitam pada 4 Feb 1988 yang menyaksikan UMNO diisytihar sebagai pertubuhan haram.
"Episod selanjutnya, ketika negara berdepan dengan krisis kegawatan kewangan Asia pada sekitar 1997-1998, sekali lagi, parti dan siapakah yang tetap setia menyokong apa pun jua keputusan Presiden UMNO? Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan, kita inilah orang UMNO yang setia.
"Namun, sayang sejuta kali sayang, saya secara peribadi berasa amat kecewa, dan pastinya saudara dan saudari juga berkongsi rasa kehampaan yang sama, atas apa yang sedang terjadi sekarang," kata Najib.
Presiden UMNO itu menjelaskan beliau menggunakan perhimpunan itu bukan untuk menghentam bekas pemimpin parti sebaliknya lebih kepada menegur perbuatan kebanyakan mereka yang merupakan bekas pemimpin, menteri bahkan negarawan.
Walaupun ramai yang memintanya supaya lebih bernada keras bagi menjawab segala tohmahan dan cemuhan Dr Mahathir dan konco-konconya, Najib menegaskan mahu terus berpegang pada kata-kata Rasulullah SAW kepada isteri baginda iaitu "agar berlembutlah dalam kata-kata, walaupun terhadap lawanmu."
Dalam nada sebak, Najib berkata beliau sedar ada segelintir pihak turut menghina serta mengeji anak isteri serta keluarganya dan lebih menyedihkan lagi, mereka juga mencela parti UMNO dan kerajaan keseluruhannya.
"Oleh itu pada hemah dan pendirian saya, kita tidak perlu membuang masa,apatah lagi menghabiskan tenaga melayan atau melawan segelintir pengkhianat bangsa dan negara yang tidak bertanggungjawab ini," kata beliau.
Bernama
Thu Dec 01 2016
Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dahulunya seorang negarawan terbilang, telah menderhaka kepada UMNO, bangsa dan negara. - Najib Astro AWANI/Shahir Omar
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
'Ada pihak cetuskan kemelut politik, mahu saya campuri urusan mahkamah' - PM Muhyiddin
Terdapat beberapa pihak yang cuba menangguh di air keruh, dan cuba mengambil kesempatan dengan mencetuskan kemelut politik, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
16 Senator mahu Dewan Negara bersidang, perbetulkan keadaan di Dewan Rakyat
Kumpulan Senator berkenaan berpandangan, titah Agong yang telah mengangkat ketinggian Parlimen sebagai institusi rakyat perlu dihormati.
UMNO Kelantan tetap desak PM letak jawatan
Badan Perhubungan UMNO Kelantan kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang didakwa melakukan penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen
Ahmad Zahid berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.
Polis siasat laporan mengenai kenyataan Takiyuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata setiap aduan dan laporan polis yang diterima akan disiasat dengan teliti tanpa mengira darjat.
'Derhaka keluar UMNO, pulangkan kembali kerusi'
Lima ahli Parlimen Umno yang meninggalkan parti didesak memulangkan semula kerusi mereka kepada Umno.
Maszlee dilema, tidak mahu derhaka dan bazirkan duit cukai rakyat
Dr Maszlee Malik menyifatkan terpaksa mengambil tanggungjawab sebagai presiden UIAM kerana tidak mahu derhaka.
Ahli politik pembangkang Uganda berdepan pertuduhan derhaka dibenar ikat jamin
Kyagulanyi, yang hanya menduduki kerusi parlimen tahun lepas, didakwa tidak mampu berdiri selepas dibelasah ketika dalam tahanan.
Pemuda UMNO gesa calon bertanding buat aku janji kesetiaan
Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata aku janji itu bertujuan memastikan mereka terus berjuang di dalam UMNO dan sebagai lambang kesetiaan kepada parti.