Tun Dr Mahathir Mohamad akan merosakkan namanya sendiri seandainya tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November ini.
Ahli Jawatankuasa DAP Perak, Datuk A Sivanesan menjelaskan, peralihan kuasa itu merupakan janji Dr Mahathir selain ia langkah demi kepentingan negara sendiri.
"Seandainya Dr Mahathir tidak serahkan kuasa, beliau akan merosakkan namanya sendiri sebab ini adalah janjinya kepada rakyat. Pada usia 94 tahun, saya tidak menjangka Dr Mahathir akan menghancurkan namanya.
"Beliau berada dalam politik bukan satu atau dua tahun, satu dunia sudah mengenalinya," katanya semasa dihubungi di sini.
BACA: Anwar jawab isu pengunduran Tun Mahathir
BACA: Hormati konsensus, jangan bicara soal peralihan kuasa secara terbuka- Anwar
Sivanesan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Saifullah Baiduri yang menyambut baik keputusan DAP untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH) apabila kerajaan mengambil keputusan tidak mengiktiraf mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai satu peperiksan rasmi dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Saifullah turut mengucapkan selamat menjadi pembangkang kepada DAP lantaran masih degil mempertahankan sikap mereka dalam mempertahan UEC.
Bagaimanapun, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menegaskan laporan oleh sebuah portal berita yang mengatakan DAP akan meninggalkan kerajaan jika Putrajaya tidak mengiktiraf UEC adalah tidak betul dan telah disalah petik.
Kor Ming yang juga Ketua DAP Perak melalui ciapan di Twitter memberitahu, laporan yang diterjemahkan portal berita berkenaan sangat mengelirukan kerana kenyataannya diambil di luar konteks.
Dalam pada itu, Sivanesan menjelaskan, dalam politik, apa sahaja boleh berlaku termasuk nilai persahabatan dahulu yang kini berubah menjadi seteru dan sebaliknya.
Anwar sebelum ini mengakui, ada perjanjian bertulis yang menyatakan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr Mahathir.
Jelasnya, perjanjian itu bagaimanapun bukan hanya melibatkan pemimpin PH sebaliknya, dinyatakan secara umum dengan jelas sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Astro Awani
Fri Jan 31 2020

Sivanesan menjelaskan, dalam politik, apa sahaja boleh berlaku termasuk nilai persahabatan dahulu yang kini berubah menjadi seteru dan sebaliknya. - Gambar Instagram / @anwaribrahim

PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjalan banyak sangat'
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan pelaburan untuk menyelesaikan masalah pekerjaan dan meningkatkan keupayaan ekonomi negara serta rakyatnya.

Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja
Larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.
Lelaki Israel dihukum penjara tujuh tahun
Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Kompleks Penjara Kajang Rabu atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan enam senjata api tahun lalu.
28 Mei pindah kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Rabu menetapkan 28 Mei sebagai tarikh pemindahan kes seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau didakwa atas pertuduhan membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
[TERKINI] Mayat Hud Aryan ditemui, tujuh kilometer dari rumah
Mayat terbabit ditemui selepas 45 jam kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dengan lokasi penemuan kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Mayat Hud ditemui, dihanyutkan 7km dari rumah
Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang hilang dari rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu, ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di muara sungai.

Suspek OKU mental tetak bapa ditahan
Semasa tangkapan dibuat, senjata yang dipercayai digunakan pada hari kejadian (tetak) tiada dalam simpanan suspek.
AWANI Ringkas: Lelaki Israel dipenjara tujuh tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

50 peratus daripada 5,000 sampel beras import dicampur beras putih tempatan
Kajian menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) yang boleh membezakan antara beras putih tempatan dan import.

PM Anwar harap kerjasama Petronas-Petrovietnam dimeterai Mei ini
Beliau berkata kerjasama melibatkan pelaburan bernilai berbilion ringgit itu bakal memberi pulangan yang baik kepada kedua-dua negara.

Petronas, Petrovietnam percepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam - PM Anwar
Kerjasama ini melibatkan penjanaan kuasa dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia, dengan fokus pada tenaga boleh baharu.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.

Tidak timbul isu pemilik asal hartanah akan diusir secara paksaan - PM Anwar
Kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan, kata Perdana Menteri.

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.

PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Vietnam esok, sampai ucaptama pada ASEAN Future Forum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam bermula esok dan akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.