Sekalipun ramai pihak masih menunggu keputusan rasmi berhubung kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh, beberapa pemerhati politik melihat Nurul Nuha, anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim mula diketengahkan bagi meneruskan legasi keluarga itu di Permatang Pauh.
Nurul Nuha, 31, seorang suri rumah berkelulusan Ijazah Teknologi Seni dan Visual dari Universiti George Mason, Amerika Syarikat, diberikan "tugasan awal" dalam kempen terbaru perjuangan Anwar yang didakwa menjadi mangsa ketidakadilan.
Dalam sidang media di kediaman keluarga Anwar di sini hari ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah yang juga anak sulung Anwar memperkenalkan adiknya itu kepada pengamal media.
"Nurul Nuha akan memainkan peranan dalam kempen 'March to Freedom'. Fokus (kami kini) adalah untuk menubuhkan sekretariat (untuk kempen) dan kami akan berurusan dengan beberapa pihak dan personaliti dalam soal ini dan mahu memastikan Nurul Nuha menjadi wajah (bagi kempen)," katanya.
Bagaimanapun beliau menolak untuk menjawab soalan wartawan sama ada kempen tersebut bertujuan menonjolkan adiknya di pentas politik.
"Hari ini kami hanya menumpukan pada kempen 'March to Freedom' dan tiada pengumuman mengenai pencalonan pada sidang media ini. Saya fikir kami cuba memastikan setiap adik beradik kami berdikari dari segi kewangan," kata Nurul Izzah.
Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.
Keputusan itu sekali gus melucutkan kelayakan Anwar sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sejak 2008 berikutan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi Bernama semalam berkata SPR akan hanya mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik menerima surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.
Sementara itu, Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan berkata, penglibatan Nurul Nuha dalam kempen itu dilihat seperti usaha PKR untuk mengangkatnya sebagai calon kerusi Parlimen Permatang Pauh.
"Kalau ini benar, nampak seperti PKR ketandusan calon, walhal sebenarnya banyak calon lain yang berkelayakan dalam PKR sedangkan Nurul Nuha tidak nampak kewibawaannya," katanya.
Katanya, jika Nurul Nuha menjadi calon ia sekali gus menunjukkan keluarga Anwar mahu terus menguasai PKR dan meneruskan amalan nepotisme dalam parti itu.
Beliau berkata usaha menjadikan Nurul Nuha sebagai calon dilihat akan memberi kelebihan untuknya mendapat sokongan sepertimana yang diterima Nurul Izzah dalam pilihan raya sebelum ini.
Pensyarah Geo-Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali pula berpendapat, jika Nurul Nuha dicalonkan untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh, ia jelas menunjukkan amalan nepotisme dan kekeluargaan dalam PKR.
"Sesiapa sahaja yang melihat keadaan itu akan berkata itu adalah nepotisme dan kekeluargaan," katanya.
Dr Mohd Fuad menjelaskan, jika Nurul Nuha dicalonkan di Permatang Pauh, ia adalah kerana kerusi tersebut merupakan kubu kuat PKR dan mereka berkeyakinan tinggi mampu menang walaupun meletakkan calon yang kurang dikenali atau berkemampuan.
"Selain itu mungkin juga isu simpati akan digunakan untuk memastikan kemenangan Nurul Nuha nanti seperti yang pernah digunakan oleh isteri Anwar (Presiden PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika bertanding di kerusi tersebut dahulu," katanya.
Selain Nurul Izzah dan Nurul Nuha, Anwar mempunyai empat anak yang lain iaitu Mohd Ihsan, Nurul Ilham, Nurul Iman dan Nurul Hana.
Anwar, 67, dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang mula bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum keenam pada April 1982 atas tiket Barisan Nasional dengan mengalahkan calon PAS Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.
Beliau telah mempertahankan kerusi itu sehingga dijatuhi hukuman penjara pada 14 April 1999, dan kerusi tersebut dimenangi Dr Wan Azizah pada pilihan raya umum ke-10 pada November 1999.
Anwar yang dibebaskan daripada penjara pada 2 Sept 2004, tidak dibenarkan berpolitik selama lima tahun berkuat kuasa daripada tarikh pembebasan.
Dr Wan Azizah telah terus mempertahankan kerusi itu sehingga mengosongkan kerusi itu pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi itu dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh pada Ogos, 2008.
Anwar memenangi kerusi itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti 15,671 undi. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 11 2015
beberapa pemerhati politik melihat Nurul Nuha (tengah), anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim mula diketengahkan bagi meneruskan legasi keluarga itu di Permatang Pauh. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
[TERKINI] Komposer veteran Datuk S Atan meninggal dunia
Komposer tersohor, Datuk S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, meninggal dunia pada usia 75 tahun. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang Sabtu.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Fokus Minggu Depan: Antara Trump, multilateral dan kuasa tengah Malaysia
Amir Fareed Rahim mengulas berkenaan pasca Pilihan Raya AS, kembalinya Donald Trump ke White House dan bagaimana Malaysia boleh menjadi kuasa tengah dalam kerencaman geopolitik global.
Aplikasi ChatGPT untuk Windows kini terbuka kepada semua
Aplikasi ChatGPT Untuk Windows Kini Terbuka Kepada Semua
Hospital Petra Jaya sudah 80 peratus siap - Dr Dzulkefly
Hospital yang pernah dikategorikan sebagai 'projek sakit' itu dijangka beroperasi pada suku ketiga tahun depan.
Kegiatan punggah keluar hasil galian, Pahang beri kerjasama kepada SPRM
Kerajaan Pahang akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco
MAINJ melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti sedang meneliti keputusan MKI dengan melakukan proses semakan fatwa.
Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.
AWANI Ringkas: Vape: KPM turun padang ke sekolah-sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
Lawatan PM ke Peru buka potensi eksport RM1.24 bilion
Syarikat-syarikat Peru menunjukkan minat terhadap import bahan binaan, peralatan serta produk perubatan, selain produk makanan dari Malaysia.
Anwar ucap takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Ibrahim Saad
Anwar berkata beliau berduka atas kehilangan Allahyarham, yang disifatkannya sebagai seorang sahabat yang baik.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Brazil, hadiri Sidang Kemuncak G20
Kehadiran Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20 adalah atas jemputan Presiden Brazil Inacio Lula da Silva.
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
APEC 2024: ASEAN perlu manfaat sumber, capai kemapanan ekonomi - PM Anwar
Sasaran boleh dicapai melalui kerjasama konkrit dengan perniagaan yang boleh dihubungkan melalui Kaukus ASEAN di dalam ABAC.