Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden UMNO itu berkata oleh yang demikian, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu.
"Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?
"Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di sini, hari ini.
Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Najib berkata beliau memilih perkataan bangsat kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika UMNO hilang kuasa.
"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," katanya.
Oleh itu, katanya segala permasalahan yang berlaku dalam parti perlu diselesaikan bagi memastikan UMNO kekal berkuasa.
"Kalau ada masalah, cari penyelesaian, sama ada peringkat nasional, peringkat negeri, takkan tidak ada penyelesaian," katanya.
Katanya pelbagai dugaan dan masalah pernah dilalui parti itu sebelum ini, dan ia berjaya diselesaikan.
"Pengasas UMNO keluar UMNO dan tubuh parti lain, biro agama keluar dan tubuh parti PAS, UMNO diharamkan, presiden UMNO berlawan dan menang 41 undi sahaja, krisis kewangan 1997, zaman konfrontasi, komunis dan bermacam-macam...tapi kita berjaya melepasi daripada krisis-krisis tersebut," katanya.
Najib berkata dengan adanya penyatuan dalam parti, tidak ada sebab UMNO tidak boleh kekal sebagai parti yang memerintah.
"Sebagai sebuah parti, kita harungi lautan yang terbentang luas, adakala bergelora dan adakala dipukul badai.
"Bahtera UMNO sebenarnya kuat dan telah diuji sekian lama dan telah banyak berjasa mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial sehingga dunia menganggap Malaysia di bawah UMNO sebagai sebuah negara model dan berjaya," katanya.
Bernama
Sun Aug 23 2015

NAJIB: Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam? -Gambar fail
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa - Najib
Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa dan anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara, kata Najib.