Pembangkang tidak perlu meletakkan calon dan bertanding pada kerusi Parlimen Port Dickson yang dikosongkan hari ini oleh penyandangnya, kerana berdasarkan iklim politik semasa, mereka mustahil untuk memenanginya.
Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata sebaliknya, parti pembangkang sewajarnya menumpukan kepada usaha memperkukuhkan parti masing-masing.
Beliau menyifatkan keputusan meletakkan calon menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak akan memberikan impak yang besar walaupun meletakkan calon 'heavyweight' di kerusi itu.
Katanya, pendirian itu dibuat berdasarkan pemerhatian beliau pada peratusan keluar mengundi tiga pilihan raya kecil (PRK) lepas yang mengambarkan rakyat masih mengharapkan janji yang dibuat ketika Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
"Jika keputusan untuk tidak bertanding dibuat, ini bukan bermakna tidak menghormati demokrasi kerana mereka (UMNO) pernah lakukan dalam PRK Parlimen Gelugor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka dahulu," katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini mengumumkan pengosongan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar, dalam usaha PH mengangkat beliau sebagai perdana menteri kelapan.
Namun begitu, bagi Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, adalah lebih baik parti pembangkang meletakkan calon bagi memberikan kenyataan politik walaupun jangkaannya Anwar akan menang selesa.
"Kalau diikutkan PRK DUN Seri Setia, misalnya, kerjasama UMNO dan PAS berjaya meningkatkan jumlah undi sokongan kepada pembangkang dan walaupun tidak menang ia akan memperlihatkan sesuatu... berjaya kurangkan majoriti.
"Jadi, tidak semestinya automatik keputusan tiga PRK lepas memihak kepada PH dan pembangkang mengambil keputusan tidak mencuba walaupun nama yang bertanding itu Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Mengenai sama ada keputusan pembangkang meletakkan calon tempatan sebagaimana cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Tunku Mohar berkata ia bukan isu yang penting kerana ini melibat pertandingan seseorang yang mempunyai nama besar dalam politik.
Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata keputusan Anwar bertanding sebagai sesuatu yang tepat bagi Ketua Umum PKR itu untuk membina semula karier politik yang diperjuangkan sejak mula terjun ke dunia politik sekitar tahun 1982 bersama UMNO.
"Tindakan dan keputusan ini merupakan hak beliau kerana umum mengetahui sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, jawatan ketua negara itu akan diserahkan kepada Anwar dalam tempoh masa dua tahun pentadbiran PH.
"UMNO akan memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon yang akan bertanding di Parlimen itu, sudah tentu kita tidak akan biarkan PH menang kali ini," katanya.
Senada dengan Fathul Bari, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, berkata langkah berani tersebut membuktikan Anwar juga mahu mengembalikan kewibawaan beliau selain mengukuhkan kedudukannya dalam PKR.
"Jika Anwar menang pada PRK tersebut, ia melicinkan perancangan beliau untuk dilantik sebagai perdana menteri," katanya.
Bagaimanapun, bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan bahawa mengadakan pilihan raya dengan cara sengaja melepaskan jawatan yang dipilih rakyat seolah-olah mempersendakan undian rakyat pada PRU14.
Katanya, lebih buruk lagi apabila melibatkan pembaziran wang rakyat untuk mengadakan PRK yang sengaja diadakan ketika rakyat diminta berjimat cermat dan berkorban demi negara.
"Hakikatnya dengan peratusan keluar mengundi yang terlalu rendah dalam sejarah PRK di ketiga-tiga PRK lalu jelas mengisyaratkan bahawa rakyat sudah muak dan jemu dengan fenomena berpolitik dengan tiada perubahan janji kos sara hidup yang diharap menurun selepas perubahan kerajaan," katanya.
Pada PRU14 lalu, Danyal memenangi kerusi Port Dickson dengan majoriti selesa 17, 710 undi.
Danyal memperoleh 36,225 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional V.S. Mogan (18,515 undi) dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594 undi). -- Bernama
Bernama
Wed Sep 12 2018
Ada yang berpendapat, daripada meletakkan calon, parti pembangkang sewajarnya menumpukan kepada usaha memperkukuhkan parti masing-masing. - BERNAMA/Fail
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
[KOLUMNIS] Malaysia sebagai nakhoda ASEAN: Menangani dan mendepani cabaran global
Misi kepengerusian Malaysia pada tahun ini meletakkan beberapa keutamaan antaranya Visi Komuniti ASEAN 2045.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
Malaysia tidak akan tergesa-gesa respons ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global - PM Anwar
Malaysia ambil pendekatan bebas dan berkecuali, sekali gus membolehkan Malaysia menjalin hubungan dengan semua negara tanpa terikat kepada mana-mana blok kuasa.
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar - PM
Dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus pada Julai ini adalah tidak benar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.