Pakatan Harapan, gabungan baru pembangkang menggantikan Pakatan Rakyat, bersetuju memilih Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika ia berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Pengumuman itu dibuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, sambil menyifatkan Anwar mampu menangani krisis yang dihadapi negara pada masa kini.
"Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.
"Kami yakin bahawa beliau adalah antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya menerusi satu kenyataan pada sidang media di Persidangan Meja Bulat Pembangkang, pada Selasa.
Kenyataan yang dibaca Wan Azizah itu ditulis oleh beliau, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Wan Azizah yang juga Presiden PKR, turut memberitahu bahawa PAS telah dijemput dalam perbincangan hari ini.
"Mereka jawab terima kasih kerana menjemput tetapi tidak dapat sertai pusingan (rundingan) kali ini," katanya ketika ditanya tentang sikap PAS terhadap gabungan baharu ini.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, satu jawatankuasa khas terdiri daripada setiausaha agung dan wakil setiap parti akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi memperhalusi terma-terma Pakatan Harapan seperti dasar bersama, etika kerjasama sesama parti serta perjanjian bersama.
Terdahulu, perbincangan Persidangan Meja Bulat Pembangkang itu telah bersetuju menubuhkan sebuah pakatan baru yang dinamakan Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang "tidak lagi berfungsi'.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Sep 22 2015
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yakin Anwar mampu menangani krisis yang dihadapi negara pada masa kini. Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Adakah UMNO lupa jasa Najib? - Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan kepimpinan UMNO melarang ahlinya menyertai Himpunan Solidariti bersama Datuk Seri Najib Razak menimbulkan tanda tanya.
Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawalan
Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata, ia malah jauh lebih aman berbanding penganjuran demonstrasi bersih pada zaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi pembangkang dahulu.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar hari ini
Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak hari ini berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.
Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
Indonesia rancang kenalkan pertanian efisien air untuk tingkatkan pengeluaran padi
Teknik IPHA adalah kaedah penanaman padi yang menitikberatkan pengurusan tanaman, air dan tanah secara berkesan dan efisien.
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertanian terjejas banjir
Khalid berkata antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk kerosakan pintu kawalan air di Pasir Mas dan Pasir Puteh.
JPS bina tiga DSK di Melaka libatkan peruntukan RM1.5 juta
Pembinaan DSK itu bertujuan untuk memelihara dan memulihara sungai, selain mengatasi masalah banjir.
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.