Hanya Datuk Seri G. Palanivel mampu mengembalikan sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN) kata naib presiden MIC Tan Sri S. Balakrishnan.
Justeru, katanya Palanivel harus kekal menjadi Presiden parti itu untuk menjamin pengundi-pengundi masyarakat India kembali mengundi BN.
"Palanivel mesti menjadi Presiden... hanya beliau yang boleh memimpin MIC.
"Dan mesej ini harus disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 10,000 ahli MIC di Dewan Merdeka PWTC pada Sabtu.
Mengulas mengenai perhimpunan khas tersebut, katanya himpunan itu berjaya mencatat kehadiran sebanyak 10,000 itu dalam hanya notis 48 jam.
Perhimpunan khas itu diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap Palanivel yang telah disingkirkan oleh timbalannya Datuk Seri S. Subramaniam.
Subramaniam pada Selasa lalu mengumumkan menjadi pemangku Presiden MIC menggantikan Palanivel.
Bagaimanapun Palanivel pada Rabu pula menegaskan beliau masih Presiden MIC dan menafikan dakwaan jawatankuasa kerja pusat parti yang beliau telah hilang keanggotaannya secara automatik.
Haider Yutim
Sat Jun 20 2015
Perhimpunan khas itu diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap Palanivel yang telah disingkirkan oleh timbalannya Datuk Seri S. Subramaniam. - Foto Astro AWANI/Haider Yutim
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.
MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.
PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran
Perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini.
MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson
MIC akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Komunikasi berhubung mengawal selia penggunaan media sosial terutamanya TikToK bagi pengguna di bawah usia 18 tahun.
Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber
Sayap kanan MIC itu menegaskan sudah wujud keperluan mendesak untuk menangani ancaman dalam talian yang kian meningkat.
PRK Sungai Bakap: MIC akan turun beri sokongan kepada PH, raih undi masyarakat India
MIC akan turun padang berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.