Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering memberikan pandangan termasuk yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan berniat melemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata jika diteliti, kenyataan dan pandangan yang disuarakan oleh bapanya itu adalah untuk kebaikan UMNO dan BN sendiri.
Katanya apa yang berlaku, Dr Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, mempunyai pandangan sendiri yang lebih kepada untuk menguatkan lagi parti.
"Jika kita lihat kepada kenyataannya, beliau berharap BN akan menang (dalam pilihan raya kecil) di Rompin dan juga di Permatang Pauh. Apa sahaja pandangannya adalah untuk kekuatan parti dan tidak sesekali untuk melemahkan parti," katanya kepada pemberita selepas Program Kenduri Rakyat di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Tanah Liat Mukim 9, di sini hari ini.
BACA: 'Mukhriz pilih yang mana, Najib atau ayahnya?' - Pendakwah bebas
BACA: UMNO Kedah sokong PM dan MB, mahu Mukhriz batal keluar kenyataan
BACA: Mukhriz jangan dolak-dalik, UMNO Kedah mesti dahulukan rakyat - Mahfuz
Mukhriz ditanya tentang kritikan Dr Mahathir terhadap kerajaan dan Perdana Menteri yang menyebabkan pakatan pembangkang menganggapnya sebagai "De facto Opposition Leader".
Mukhriz yang juga Pengerusi BN Kedah berkata tindakan Dr Mahathir yang sering menyatakan pandangan yang berbentuk kritikan terhadap kerajaan, dijadikan modal dalam kalangan parti pembangkang kononnya bekas perdana menteri itu menyokong parti-parti pembangkang.
"Saya nampak poster nakal pembangkang yang dipasang, yang kata Tun nak datang Rompin dan Permatang Pauh untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat. Ada juga kata Tun nak berdemo depan (pasar raya) Sogo untuk gerakan anti-GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan).
"Ini karut belaka. Jangan harap dia nak lemahkan parti (UMNO dan BN) dan sokong Pakatan Rakyat. Tak timbul langsung isu dia nak menyokong pembangkang," tegasnya.
Bernama
Mon May 04 2015
MUKHRIZ: Jika kita lihat kepada kenyataannya, beliau berharap BN akan menang (dalam pilihan raya kecil) di Rompin dan juga di Permatang Pauh.
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
Indonesia rancang kenalkan pertanian efisien air untuk tingkatkan pengeluaran padi
Teknik IPHA adalah kaedah penanaman padi yang menitikberatkan pengurusan tanaman, air dan tanah secara berkesan dan efisien.
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertanian terjejas banjir
Khalid berkata antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk kerosakan pintu kawalan air di Pasir Mas dan Pasir Puteh.
JPS bina tiga DSK di Melaka libatkan peruntukan RM1.5 juta
Pembinaan DSK itu bertujuan untuk memelihara dan memulihara sungai, selain mengatasi masalah banjir.
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Skuad Insan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.
PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN.
PRN: Calon MB Kedah hanya boleh dicadangkan Setiausaha Agung Pas, PN- Sanusi
Sanusi berkata bahawa keputusan untuk menentukan calon bagi jawatan Menteri Besartidak boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti berkenaan di peringkat negeri termasuk dirinya.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pertemuan antara kepimpinan tertinggi Pas dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.
'Tak patut salahkan saya letak jawatan PM' - Tun M
Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan susulan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020 sehingga membawa kepada kemelut politik negara.