Aspirasi penubuhan parti berbilang kaum yang mendukung bangsa Malaysia yang bersatu padu, maju, adil, saksama dan bahagia menjadi teras Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sempena majlis pelancarannya di ibu negara hari ini.
Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, antara perkara yang mencetus penubuhan Ikatan adalah apabila beliau mendapati berlaku kelemahan dalam pentadbiran negara pada masa ini yang dipalit pelbagai isu negatif.
"Saya mahu lancarkan pergerakan Ikatan bagi pihak 'roh' para pemimpin terdahulu yang mengasaskan negara ini," ujar bekas Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka itu sambil memetik beberapa nama tokoh negara antaranya seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan.
Pemimpin pengasas negara tersebut, menurut Abdul Kadir, mengutamakan penyatuan rakyat yang berbeza latar budaya, agama dan kepercayaaan selain memastikan kemakmuran negara dikongsi bersama.
Matlamat Ikatan, menurutnya, adalah untuk menghidupkan kembali apa yang dikehendaki Datuk Onn Jaafar dan para pemimpin Parti Perikatan suatu ketika dahulu yang mahu menubuhkan parti berbilang kaum.
"Ikatan mahu mengaktifkan semula perjalanan ke arah Wawasan 2020 yang mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, adil dan saksama.
"Kita bukan pro Barisan Nasional, dan bukan juga pro pembangkang. Kita adalah parti yang pro rakyat dan masa depan negara serta akan menyokong hanya yang baik untuk negara ini," kata Abdul Kadir.
Ikatan yang berharap menjadi sebuah parti massa dengan majlis dan cawangan di setiap negeri akan mengambil tarikh Hari Malaysia pada 16 September 2015 untuk memperkenalkan barisan pimpinannya dari seluruh negara.
Tambah Abdul Kadir, penubuhan parti Ikatan bukan tentang memenangi pilihan raya, sebaliknya memperbaik hala tuju politik negara yang dilihat sudah tersasar.
"Kami buat masa ini tidak memikirkan tentang pilihan raya tetapi mahu menjuarai isu tertentu yang sedang banyak diperkatakan.
"Kami mahu membentuk semula acuan politik negara ini yang dilihat sudah tersasar dari landasan perjuangan asas.
"Parti Ikatan mahu mengembalikan hala tuju politik negara ini ke pangkal jalan," ujar beliau.
Hamzah Hamid
Fri May 15 2015
ABDUL KADIR: Kita adalah parti yang pro rakyat dan masa depan negara serta akan menyokong hanya yang baik untuk negara ini. -Gambar fail
Jenayah: Tiga lelaki ditahan terlibat kes ragut di Subang Jaya
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam kes ragut seutas rantai emas bernilai RM30,000 di Subang Jaya di sini pada 12 Okt lepas ditahan dalam serbuan berasingan pada Sabtu.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Jeram Badoh
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama 19 rakannya di Sungai Jeram Badoh, Buloh Kasap pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa kira-kira 4.30 petang.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa kira-kira 4.30 petang.
Gangguan air: 3,500 akaun terjejas gangguan bekalan air berjadual di Pulau Pinang
Sebanyak 3,500 akaun pengguna di kawasan Lorong Delima, Lintang Delima dan Cangkat Delima, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 22 dan 23 November nanti.
Rusia-Ukraine: Perlu lakukan semua termampu tamatkan perang tahun depan - Zelensky
Presiden Volodymyr Zelenskiy berkata, Ukraine mesti melakukan semua yang termampu untuk memastikan perang dengan Rusia berakhir tahun depan melalui diplomasi.
Kabinet Trump: Komuniti islam A.S sokong Trump kecewa kabinet dipenuhi pro Israel
Islam Amerika Syarikat yang menyokong Republikan Donald Trump untuk membantah Pentadbiran Biden terhadap perang di Gaza dan Lubnan, berasa kecewa dengan pilihan kabinet Trump.
Dua lagi anggota paramedik maut dibunuh Israel di Lubnan
Sekurang-kurangnya dua anggota paramedik dilaporkan maut dalam kempen serangan udara Israel di beberapa perkampungan di selatan Lubnan pada Sabtu.
Menurut kementerian kesihatan lubnan, serangan rejim israel di selatan lubnan secara berterusan memasuki hari kelima berturut-turut.
Menurut kementerian kesihatan lubnan, serangan rejim israel di selatan lubnan secara berterusan memasuki hari kelima berturut-turut.
Rumah Netanyahu dilempar objek dipercayai suar
Rumah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sekali lagi menjadi sasaran apabila sebuah objek dipercayai suar dilempar ke arah rumahnya pada Sabtu malam.
Menurut media tempatan yang memetik laporan radio tentera, insiden tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kerosakan dan kecederaan.
Menurut media tempatan yang memetik laporan radio tentera, insiden tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kerosakan dan kecederaan.
10 maut dalam serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah
Sekurang-kurang 10 maut manakala 20 cedera dalam serangan udara Israel yang mengenai sebuah sekolah yang dikendalikan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) di kem pelarian Shati, Gaza pada Sabtu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, terdapat mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan susulan serangan.
Menurut pihak berkuasa tempatan, terdapat mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan susulan serangan.
Masters Jepun: Jun Hao tewaskan juara All England 2024 untuk melangkah ke pentas final
Jun Hao terpaksa memerah keringat selama 77 minit sebelum menundukkan pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 10-21, 21-18, 22-20.
Program MyLesen B2 langkah lahirkan penunggang motosikal kompeten, celik undang-undang
Di bawah program ini, golongan belia dan B40 berpeluang dapat lesen B2 secara percuma dan kerajaan menyasarkan 35,000 penerima tahun ini.
Bicara kes saman bekas menteri terhadap Aliff Syukri bermula 2026
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 6 Jan 2026 untuk perbicaraan kes saman difailkan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, terhadap Aliff Syukri.
Ikatan desak polis haramkan himpunan Bersih, Baju Merah
Presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya bertindak mengharamkan perhimpunan anjuran kumpulan Bersih dan Baju Merah tersebut.
Ikatan tidak akan bekerjasama dengan parti baharu Tun Mahathir
Ikatan menolak sebarang kerjasama dengan parti baharu yang dirancang bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Parti Ikatan dilancar, ikrar hidupkan semula aspirasi pemimpin terdahulu
Antara perkara yang mencetus penubuhan Ikatan adalah apabila beliau mendapati berlaku kelemahan dalam pentadbiran negara pada masa ini yang dipalit pelbagai isu negatif.