Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengalu-alukan penubuhan parti politik baharu yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malah beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Dalam kenyataannya melalui Facebook, Datuk Abdul Rahman menyifatkan pengumuman itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
"Beliau (Tun Dr Mahathir) sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak menyerang BN, malah mereka yang ada bersamanya dalam sidang media hari ini terkenal sebagai individu yang sememangnya ada perbalahan peribadi dengan kepimpinan sedia ada," jelas beliau.
Katanya lagi, kehadiran gabungan politik baru ini membuktikan demokrasi yang sihat dalam negara.
"BN sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kita percaya gabungan politik baru ini hanya melemahkan pembangkang dan memperkukuh peluang BN untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahman turut menambah, BN akan terus berjuang untuk mempertahankan rekod yang telah dicapai biarpun terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum ini.
"BN akan terus mendekati rakyat untuk tidak memberikan kepercayaan kepada pakatan yang tidak sealiran untuk masa depan negara.
"Malah, ia sebagai 'perhubungan berbahaya' yang hanya berlandaskan kepada kekecewaan dan kegagalan dalam memenangi hati rakyat.
"Semoga berjaya!" tambahnya.
Astro Awani
Thu Jul 14 2016
![Parti politik baharu: Peluang untuk BN menang besar dalam PRU Parti politik baharu: Peluang untuk BN menang besar dalam PRU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61467207023_RahmanDahlan.jpg)
Datuk Abdul Rahman menyifatkan pengumuman itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. - Gambar fail
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
Dialog Tiga Penjuru: CPI: Kita boleh jadi top ‘25’
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57.
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
![KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024 KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698383331_KWAP.jpg)
KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan bersih tertinggi, mencecah rekod sebanyak RM12.9 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
AWANI Sabah+: Pacu sektor pendidikan demi kemajuan generasi muda
Menerusi inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Kerajaan Sabah terus komited dan menyokong sepenuhnya usaha memperkasa modal insan menerusi pembangunan sektor pendidikan.
AWANI Borneo [13/2/2025] – Banjir makin surut| 400 projek lewat| Hab penerbangan ASEAN
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Hanya tinggal dua PPS mangsa banjir, tiga PPS mangsa tanah runtuh di Sarawak
- Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan di Sabah
- AirBorneo buka lembaran baharu sektor pelancongan Sarawak
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Hanya tinggal dua PPS mangsa banjir, tiga PPS mangsa tanah runtuh di Sarawak
- Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan di Sabah
- AirBorneo buka lembaran baharu sektor pelancongan Sarawak
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739096699_FBScam.jpg)
Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah
Seorang pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.
![Parti politik baharu: Peluang untuk BN menang besar dalam PRU Parti politik baharu: Peluang untuk BN menang besar dalam PRU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61467207023_RahmanDahlan.jpg)
Parti politik baharu: Peluang untuk BN menang besar dalam PRU
Datuk Abdul Rahman Dahlan mengalu-alukan penubuhan parti politik baharu yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.