Pas dan UMNO menafikan kedua-dua parti itu akan menggunakan satu logo bersama pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pas dan UMNO pada Selasa adalah mengenai kerjasama penyatuan ummah dan bukan penyatuan parti.
Malah katanya, kerjasama berkenaan tidak akan meminggirkan mana-mana rakan dalam komponen parti masing-masing.
“Ia bukan penyatuan parti-parti. Ia berasaskan kepada kebersamaan dan isu yang mempunyai asas kepada parti. Tidak ada simbol parti baru. Kerjasama ini tidak akan meminggir mana-mana pihak,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pas-UMNO yang berlangsung lebih dua jam di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC) di sini.
Hala tuju perbincangan penyatuan ummah juga mengambil kira masyarakat majmuk tanpa meminggirkan agama dan bangsa lain.
Pada masa sama, penubuhan satu jawatankuasa khas atau teknikal bersama akan dibentuk untuk memperincikan bentuk kerjasama seterusnya selepas ini.
“Perbincangan juga bersetuju untuk meneruskan gerak kerja bersama dalam setiap PRK yang akan datang.
“Perbincangan juga bersetuju untuk memantapkan kerjasama di parlimen sebagai pembangkang,” katanya lagi.
Hasil perbincangan hari ini akan dibawa berbincang di peringkat tertinggi dengan rakan parti masing-masing.
“Mantapkan kerjasama kedua parti di Parlimen di atas satu kaukus pembangkang yang akan jadi semak dan imbang. Kita akan jadi pembangkang yang bahas apa saja isu dan beri sokongan kalau ia beri manfaat kepada negara dan tak setuju kalau tidak memanfaatkan negara. Kita akan bersama secara kaukaus pembangkan di Parlimen,” tambahnya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu kerjasama kedua-dua parti diteruskan untuk pembangunan ummah.
“Ini adalah kerjasama mengenai polisi masing-masing. Cuma kita nak cari titik penyatuan ummah,” ujar beliau.
Malah, beliau turut senada dengan UMNO bahawa ini bukan penyatuan dua parti sebaliknya menjurus kepada kebaikan dua parti.
Rahimah Abdullah
Tue Mar 05 2019
![Pas dan UMNO nafi satu logo pada PRU15 Pas dan UMNO nafi satu logo pada PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41551782472_TBUmnoPasMeeting.jpg)
Ini bukan penyatuan dua parti sebaliknya menjurus kepada kebaikan dua parti. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![PH buka ruang bincang kerjasama dengan BN pada PRU16 - PM Anwar PH buka ruang bincang kerjasama dengan BN pada PRU16 - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724558789_AnwarIbrahim.jpg)
PH buka ruang bincang kerjasama dengan BN pada PRU16 - PM Anwar
PM sifatkan hubungan kerjasama Pakatan Harapan dengan parti UMNO dan Barisan Nasional sangat memuaskan pada peringkat sekarang.
![Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714396531_TBThailandBrunei.jpg)
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
![Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683803151_TBBungMoktar.jpg)
Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.
!['Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang' - Puad 'Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang' - Puad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685850761_MuhyiddinYassin.jpg)
'Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang' - Puad
Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa kerjasama semula antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan faktor wang.
![Muhyiddin sedia bekerjasama dengan Tun Mahathir Muhyiddin sedia bekerjasama dengan Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71685676242_mashup.jpg)
Muhyiddin sedia bekerjasama dengan Tun Mahathir
Dalam satu kenyataan di media sosial, Muhyiddin berkata kerjasama itu adalah demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.
![Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685593891_TBMuhyiddinTunM.jpg)
Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
![BN belum tentukan kerjasama dengan siapa hadapi PRN - Mohamad Hasan BN belum tentukan kerjasama dengan siapa hadapi PRN - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668681074_TBTOKMAT.jpg)
BN belum tentukan kerjasama dengan siapa hadapi PRN - Mohamad Hasan
Barisan Nasional (BN) belum membuat keputusan mengenai kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.
![PRU15: Masih ada ruang untuk kerjasama UMNO, Pas - Annuar PRU15: Masih ada ruang untuk kerjasama UMNO, Pas - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665756084_TBANNUARMUSAKOTABHAR.jpg)
PRU15: Masih ada ruang untuk kerjasama UMNO, Pas - Annuar
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata masih ada ruang untuk kerjasama politik antara parti itu dengan Pas bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
![Perpaduan ummah: Pas terus komited erat hubungan dengan UMNO, Bersatu - Idris Perpaduan ummah: Pas terus komited erat hubungan dengan UMNO, Bersatu - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664090058_TBIDRISAHMADBOMBA.jpg)
Perpaduan ummah: Pas terus komited erat hubungan dengan UMNO, Bersatu - Idris
Pas masih lagi komited untuk mengeratkan hubungan dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sehingga kini.
![Muhyiddin tak mahu kleptokrat kembali berkuasa Muhyiddin tak mahu kleptokrat kembali berkuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652774750_MPN.jpg)
Muhyiddin tak mahu kleptokrat kembali berkuasa
Pejabat bekas Perdana Menteri Kelapan itu menyangkal laporan portal berkenaan dan menyifatkan kurang tepat.