Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari menyelar realiti perjuangan PAS kini yang disifatkannya hilang arah tujuan dan mengelirukan, lebih-lebih lagi mengenai tentang keinginan parti itu untuk menegakkan ideologi tanpa diiringi cita-cita kuat untuk memenangi pilihan raya terlebih dahulu.
Berikut adalah tulisan penuh daripada Zairil:
P. Ramlee pernah menggunakan ungkapan ‘pelik bin ajaib’ bagi menggambarkan keadaan yang amat menghairankan. Begitulah yang saya rasa apabila melihat kenyataan-kenyataan pemimpin PAS kebelakangan ini. Apakah PAS kini hilang arah tujuannya?
Tidak menang pilihan raya tidak mengapa
Ambil sebagai contoh kata-kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin yang baru-baru ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak meletakkan kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat utama perjuangan.
Beliau dipetik sebagai berkata: “Mencapai kemenangan yang dihitung semata-mata dengan memenangi pilihan raya ertinya matlamat perjuangan kita sangat singkat dan terhenti di pelabuhan dunia…. Kita tidak akan mencapai apa-apa kejayaan atau kemenangan sekiranya kita tidak dapat melaksanakan dasar dan tujuan sebenar kewujudan parti kita, apatah lagi tujuan penciptaan kita!”[1]
Hashim turut menambah, “Untuk apa sesebuah parti politik menguasai Putrajaya jika mereka tidak dapat menegakkan ideologi yang menjadi dasar mereka?”[2]
Kenyataan ini sangat membingungkan, kerana bagaimanakah sesebuah parti ingin menegakkan ideologi dan menterjemahkannya kepada dasar kerajaan jika tidak memenangi pilihan raya terlebih dahulu? Pada masa yang sama, ia juga tidak mencerminkan realiti sejarah dan perjuangan PAS selama ini.
Tiada kerjasama dengan parti ‘liberal dan sekular’
Hashim juga menyatakan PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menegakkan dasar liberal dan sekular.[3]
Walaupun tidak disebut, jelas kenyataan itu merujuk kepada parti-parti pembangkang lain yang pernah menjadi rakan kongsi PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat dan sebelumnya dalam Barisan Alternatif.
Kenyataan ini juga menimbulkan banyak persoalan dan kekeliruan kerana jika DAP dengan prinsip sekular dan demokrasi sosial begitu jijik, kenapa boleh PAS berganding bahu dengan DAP, bukan seketika tetapi selama 10 tahun dalam dua gabungan berbeza? Kenapa Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri boleh memuji dan pertahankan DAP pada ketika itu?
Sudah lupakah Hadi dengan kenyataannya dalam Muktamar PAS ke-59 pada tahun 2013 yang mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP serta memuji kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang ketika itu yang sentiasa memberi ruang kepada PAS meskipun PAS hanya menang satu kerusi di negeri itu.
Malah, sebelum itu lagi, Hadi sendiri beberapa kali membangkitkan fakta bahawa DAP sentiasa konsisten untuk berdialog dan bermuzakarah dengan PAS dalam semua isu berbanding UMNO yang jelas menolak untuk berunding? Kini, UMNO dipuji dan DAP pula yang dimomokkan.
Nik Aziz sendiri ketika hayatnya berkali-kali mempertahankan kerjasama dengan DAP.[4]
Kini, setelah pemergian Nik Aziz, Hadi menjadi penghadang paling keras terhadap permuafakatan dengan DAP kononnya atas alasan prinsip – apakah prinsipnya berbeza dengan Nik Aziz? Atau mungkin soalan yang lebih tepat, siapa sebenarnya yang lebih mengutamakan permainan politik berbanding prinsip?
Bagaimana pula PAS boleh mempertahankan keputusan tidak mahu bekerjasama dengan parti sekular dan liberal atas dasar prinsip apabila PAS sehingga kini masih kekal dalam kerajaan negeri Selangor yang turut dianggotai DAP?
Pada masa yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri tunggal PAS di Pulau Pinang pula lantang menyuarakan sokongannya terhadap kerajaan Pakatan Harapan di negeri tersebut.[5] Adakah pendirian ini juga atas dasar prinsip?
Apakah benar menegakkan Islam?
Lebih mencurigakan lagi, jika benar mahu berpegang kepada prinsip Islam, mengapa Hadi melindungi dan mempertahankan Najib dalam skandal kewangan 1MDB apabila sudah sah berlaku penyelewengan berskala besar?[6] Sedangkan umum mengetahui rasuah adalah salah satu perlakuan yang paling keji dalam Islam.
Dalam isu hudud pula, Hadi sendiri maklum bahawa UMNO selama ini tidak pernah berminat untuk menyokong agenda tersebut dan hanya baru-baru ini sahaja bersetuju apabila keadaan sudah terdesak dan sokongannya berkurangan.
Namun, Hadi pula dengan pantas membela UMNO kononnya bukan hak kita untuk mengukur tahap keikhlasan seseorang.[7] Apakah Hadi terlalu naif atau tidak mahu mengiktiraf realiti? Sememangnya keikhlasan itu bukan hak kita untuk tentukan tetapi kita boleh menilai berdasarkan sikap seseorang itu.
Umpamanya, jika UMNO ikhlas untuk memperjuangkan amal makruf dan mencegah kemungkaran, mengapa UMNO menolak sebarang cadangan untuk mencegah kemungkaran amalan rasuah dan salahguna kuasa?
Ambil sebagai contoh penolakan saranan Laporan Tun Dzaidin 2005 untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis sebagai badan pemantau agensi penguatkuasa yang bebas dan bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen. Mana keikhlasan UMNO apabila mereka menolak cadangan sebuah Suruhanjaya Diraja dengan sewenang-wenangnya?
Sebelum ini, cadangan amalan pengisytiharan harta sebagaimana dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Harapan juga ditolak oleh UMNO atas alasan khuatir rumah mereka akan dirompak atau keluarga mereka diculik, sepertimana jawapan beberapa menteri UMNO.
Jelas, UMNO tidak berminat untuk menegakkan prinsip amal makruf dan nahi mungkar yang menjadi dasar kepada syiar Islam. Walaupun demikian, tidak pula menjadi masalah bagi kepimpinan PAS untuk bekerjasama, malah menjadi ‘penasihat’ kepada kerajaan UMNO-BN.[8]
Parti politik atau jemaah tabligh?
PAS sebagai antara parti utama negara dengan sejarah perjuangan yang mulia tidak harus berpuas hati dengan peranan sampingan kepada UMNO semata-mata. Adalah sesuatu yang menyedihkan untuk melihat arah tuju PAS di bawah kepimpinan terkini, lagi-lagilah apabila mereka seolah-olah bersedia untuk mengorbankan prinsip yang lama dipegang.
Apabila PAS bercakap soal mendapat keredhaan Allah dan pembalasan akhirat yang lebih baik dan menolak kemenangan pilihan raya sebagai pertimbangan strategi, mengapa PAS tidak meninggalkan sahaja perjuangan melalui pilihan raya dan menjadi jemaah tabligh atau tarekat sufisme sahaja?
Sesungguhnya, sebuah parti politik harus bermatlamat untuk memberi impak terhadap dasar negara. Sementara kita tidak pernah menolak perlunya perubahan jati diri dan pembangunan masyarakat, namun bagi parti politik, jalannya adalah dengan mengubah dasar negara ke arah yang lebih insani, manusiawi dan adil kepada semua. Jika PAS tidak lagi memiliki wawasan ini, maka apa gunanya menggelarkan diri sebagai parti politik?
* Zairil Khir Johari ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera, yang juga memegang jawatan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang serta Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili sidang pengarang Astro AWANI.
Kenyataan Media
Fri Mar 10 2017
Hala tuju PAS< menurut Zairil, sering dikelirukan dengan kenyataan-kenyataan pemimpin tertinggi pasti berkenaan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Negeri Sembilan pula dilanda banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Johor beri rebat 30 peratus cukai harta melibatkan 10 PBT
Pemberian rebat 30 peratus daripada nilai penyelarasan baharu cukai harta melibatkan 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor akan bermula 1 Jan tahun hadapan.
'Jangan ambil mudah soal pembangunan negara' - Sultan Nazrin
Pembangunan negara tidak boleh lagi dipandang enteng dalam mendepani pelbagai cabaran global yang meningkat di peringkat nasional dan duniua.
Menerusi sebuah ucapan, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah bahawa bahawa dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks itu.
Menerusi sebuah ucapan, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah bahawa bahawa dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks itu.
Situasi terkini bencana banjir di Kelantan
Kita bersama wartawan kanan Astro AWANI, Firdaus Azil, yang telah beberapa hari berada di Pantai Timur.
Penduduk Kota Bharu bersengkang mata pantau paras Sungai Kelantan
Bimbang air sungai melimpah dan menyebabkan pusat bandar Kota Bharu lumpuh, penduduk di Kota Bharu sanggup bersengkang mata memantau paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Sejam berpaut pada pokok, motosikal dibawa arus
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia 34 tahun terpaksa berpaut pada dahan pokok kira-kira sejam sebelum diselamatkan pasukan bomba.
Lebih 80,000 mangsa di 9 negeri terjejas
Mangsa banjir meningkat di seluruh negara, dengan Kelantan paling teruk terjejas setakat jam 12 tengah hari Khamis.
Jumlah keseluruhan mangsa kini mencecah 80,414 orang daripada 24,841 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak, dan Selangor.
Sebanyak 522 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka untuk menampung mereka yang terjejas.
Jumlah keseluruhan mangsa kini mencecah 80,414 orang daripada 24,841 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak, dan Selangor.
Sebanyak 522 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka untuk menampung mereka yang terjejas.
Tiada petunjuk baharu, prospek dasar as asak Bursa Malaysia susut pada dagangan awal
Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.
PRK Mahkota: PH giat kempen tingkat kesedaran pengundi tunai kewajipan
Terdapat segelintir kecil penduduk tidak sedar PRK sedang berlangsung, menyebabkan jentera mereka membantu pengundi membuat semakan pusat mengundi.