PAS hari ini mengumumkan pembentukan blok pakatan pembangkang baharu bersama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Ia merupakan blok ketiga selain Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pakatan baharu itu mendukung prinsip dan pendekatan tidak ekstrem selain terus memperjuangkan pemerkasaan Perlembagaan iaitu agama Islam sebagai agama rasmi dan tidak mengetepikan hak agama lain.
Sebagai kuasa ketiga katanya, mereka mengamalkan prinsip membangkang secara matang, tidak membantah secara membuta tuli seperti Pakatan Harapan.
Bagaimanapun mereka tetap bertindak sebagai kumpulan pendesak terhadap kerajaan dengan pendekatan menasihati dan berdepan dengan mereka bagi membincang masalah rakyat serta kelemahan pentadbiran.
Setiap perkara baik yang dilaksana kerajaan akan disokong, manakala kepincangan mereka akan dinasihati dan didesak untuk tindakan segera, tetapi kekal berada di luar kerajaan.
"Waktu lawan (PRU), kita lawan. Tetapi waktu lain kita akan dekati kerajaan untuk nasihat mereka, ada masa-masanya.
"Agenda utama adalah perubahan kepada pemerintahan negara, iaitu sama ada kerajaan berubah secara positif atau kita ubah kerajaan," katanya pada sidang media pengumuman penubuhan pakatan baharu itu di sini, hari ini.
Dalam sidang media yang turut menyaksikan kedua-dua parti bertukar memorandum persefahaman yang telah ditandatangani, Abdul Hadi bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci hala tuju dan perancangan pakatan tersebut menuju PRU-14.
Namun, Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa satu sekretariat akan ditubuhkan, dianggotai oleh setiausaha agung, ketua penerangan, dewan muslimat dan pengarah pilihan raya daripada Pas, juga bersama lima orang pemimpin tertinggi Ikatan yang akan membincangkan beberapa isu dan hala tuju pakatan secara tersusun dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada agenda perjuangan pelaksanaan hudud akan tetap diteruskan, Abdul Hadi menjawab belum masanya lagi untuk berbincang mengenainya dan tumpuan ketika ini adalah untuk mendesak kerajaan berubah ke arah positif.
"Dalam Islam pun, kalau sesuatu perkara baik sekalipun, sekiranya perlu ditangguhkan untuk kebaikan yang lebih besar, ia tidak menjadi masalah," katanya.
Sementara itu, Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menegaskan bahawa penubuhan pakatan itu bukan semata-mata untuk terus berkelahi, tetapi menyelesaikan masalah negara yang disifatkannya semakin banyak dan besar.
"Kuasa ketiga ini dilahirkan bukan anti sesiapa, untuk lawan kerajaan atau Pakatan Harapan bermati-matian. Kita adalah pergerakan berasaskan isu dan kita akan segera dekati kerajaan dan desak mereka untuk berubah tanpa perlu tunggu pilihan raya," ujarnya.
Kerjasama dijalin bersama Pas kerana Abdul Kadir melihat Pas sebuah parti yang mengamalkan kesederhanaan dan sentiasa mendukung Islam dan ajarannya termasuk menghormati agama lain, sejajar prinsip yang dibawa Ikatan.
Parti Ikatan ditubuhkan pada Jun 2012 dan didaftarkan pada Mei 2015, membawa idea penubuhan sebuah negara bangsa yang dibawa Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Menafikan dakwaan mengatakan Ikatan menumpang kekuatan Pas untuk menjadi popular dan memenangi kerusi dalam pilihan raya, Abdul Kadir mengatakan perlu gerakan bersama sebuah parti yang besar dan berpengalaman untuk membetulkan kepincangan pentadbiran.
"Kami bukannya sebuah parti oppotunist, kita bergerak untuk selesaikan masalah rakyat," jelasnya.
Israr Khalid
Wed Mar 16 2016
Pakatan yang baru dibentuk ini mengambil pendekatan tidak ekstrem selain terus memperjuangkan pemerkasaan Perlembagaan mengikut lunas-lunas Islam. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.
The Economy with Ibrahim Sani: Kegiatan Seperti Bola Sepak Dorong Pertumbuhan Lestari
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membincangkan bagaimana kegiatan seperti bola sepak boleh mendorong pertumbuhan ekonomi yang lestari di peringkat akar umbi. Beliau menekankan pentingnya aktiviti komuniti dalam membina ekonomi yang mampan dan inklusif.
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain.
'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'
Spekulasi itu bukan cakap kosong kerana dimaklumkan terdapat perbincangan secara dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan tertinggi.
ADUN MUDA, Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor
MUDA yang mempunyai seorang ADUN di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 September 2023.
Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari
Ahli Parlimen Muar ,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Dewan Rakyat: "Kerajaan ambil langkah 'tempang' tarik balik rayuan kalimah Allah"
Memberitahu Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad berkata, tiada pemakluman awam dibuat terhadap keputusan tersebut.
DUN Sabah: Kedudukan berubah, Bung Moktar di blok pembangkang
Dr Yusof dalam sidang DUN itu menyatakan kekesalan beliau apabila ADUN di blok pembangkang tiada seorang pun yang hadir.
Usul undi percaya: Pembangkang gesa sidang khas Parlimen sebelum 9 Ogos
Mesyuarat khas di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3) itu adalah untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.
Mesyuarat Khas Parlimen: Cari pasal atau teroka sepakat? 'Dialog Tiga Penjuru' 8.30 malam ini di Astro AWANI
Bagaimanakah cara yang sehalus, seaman, secekap, dan seefektif mungkin untuk blok-blok dalam Parlimen bersama menyelesaikan krisis tanpa perlu menidakkan antara satu sama lain?
Apa berlaku pada satu jam pertama dalam Sidang Mesyuarat Khas hari ini?
Ini tiga perkara yang berlaku pada satu jam pertama berlangsungnya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.