PAS kekal dengan pendiriannya untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibentuk DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS juga tidak akan memberi ruang kepada DAP dan Amanah malah bersedia menentang kedua-dua parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
"Setakat ini pendirian kita tidak berubah kerana kita nampak tidak ada keperluan untuk bersama DAP dan Amanah. Kita tidak akan bersama dalam pakatan pembangkang baharu selagi ada DAP dan Amanah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan PKR sebelum ini yang masih mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang selain menggesa sekutu-sekutunya dalam pakatan itu menghentikan perbalahan sesama sendiri dengan tidak mencampuri urusan dalaman parti lain.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata pada masa ini, parti itu hanya menjalin kerjasama dengan PKR termasuk dari segi agihan kerusi agar tidak bertembung pada pilihan raya nanti.
"Kita dengan PKR masih meneruskan kerjasama termasuk dalam pengagihan kerusi. (tetapi) DAP dan Amanah kalau masuk kawasan PAS, kita akan lawan walaupun tiga atau empat penjuru," katanya.
Katanya PAS yakin DAP dan PKR tidak akan memberikan laluan kepada Amanah untuk bertanding di kawasan yang mereka kuasai pada pilihan raya akan datang.
"Saya yakin DAP tidak akan beri kerusi kepada Amanah, PKR juga akan bertindak sama. Selalunya orang akan tambah lagi kerusi, hendak bagi kepada orang lain, memang susahlah," katanya.
Mengenai kes kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang, Mohd Amar bersyukur dengan penemuan dua murid yang masih hidup manakala bersimpati terhadap mangsa yang ditemui meninggal.
Beliau turut menafikan tuduhan bahawa pencarian tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa sehingga penemuan mangsa mengambil masa lebih daripada sebulan sejak kehilangan mereka pada 23 Ogos lalu.
"Tuduhan itu tidak tepat sebab kita dengar laporan pihak berkuasa yang bertanggungjawab memang bersungguh-sungguh menjalankan operasi pencarian, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam hal ini," katanya.
Dua murid terbabit Miksudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat lepas, manakala Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia oleh anggota keluarga.
Dua rangka yang ditemui masih belum dikenal pasti manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui.
Mereka ialah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.
Tujuh murid berkenaan dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.
Bernama
Tue Oct 13 2015
MOHD AMAR: PAS juga tidak akan memberi ruang kepada DAP dan Amanah malah bersedia menentang kedua-dua parti itu pada pilihan raya umum akan datang. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.