Meneruskan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) sebagai siasah Pas mendepani politik negara, parti itu hari ini menegaskan akan memantapkan kerjasama dengan sekutu Gagasan Sejahtera, blok ketiga parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata gerakan Gagasan Sejahtera akan diperkemaskan dengan penyertaan kalangan rakyat awam, pimpinan masyarakat, bekas pegawai tinggi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).
Merujuk suasana politik semasa yang sarat dengan bicarawara PRU14, berikutan mandat tempoh kerajaan sedia ada akan tamat Jun 2018, beliau berkata agenda pemantapan Gagasan Sejahtera yang lebih sistematik dan kemas akan dirangka dalam masa terdekat ini.
Mengulangi pendirian asas perjuangan parti yang berlandaskan syariat Islam, beliau mengingatkan masyarakat tentang bahayanya mereka memilih parti yang secara terang-terangan menentang syiar Islam kerana ia merupakan ancaman besar terhadap negara yang boleh memecahbelahkan rakyat berbilang kaum.
"Mereka (parti politik tersebut) saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini.
"Tindakan sebegini sekiranya berterusan, adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan `Islam sebagai Agama Persekutuan''," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden Pas dan merasmikan Muktamar Tahunan Pas ke-63 di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut di sini, hari ini.
Turut hadir Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan wakil daripada beberapa parti politik dan pemerhati luar negara.
Dalam ucapan dasar bertema "Sejahtera Bersama Islam", Abdul Hadi turut menyelar kalangan umat Islam yang begitu teruja diri dipermainkan oleh mereka yang mempunyai agenda jahat terhadap Islam.
Menegaskan BPMS berkesan dalam masyarakat yang bencikan budaya keras, kasar dan politiking melampau sehingga semua perkara dilihat dalam perspektif negatif dan penuh kebencian, beliau memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak memaksa dan mengugut PAS dalam menyatakan pendirian, terutama yang melibatkan strategi politiknya.
Beliau menegaskan Pas hanya menentang sikap cauvinis dan perkauman sempit yang dimainkan parti tertentu.
Bercakap pada sidang media kemudian, Abdul Hadi berkata Pas menolak bekerjasama dengan DAP kerana konsep dan prinsip parti berasaskan kaum Cina itu yang rasis dan terang-terangan menolak Islam, sekali gus bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Majoriti penduduk Malaysia juga adalah orang Islam, sebab itu dalam sebuah negara pelbagai kaum mesti menghormati semua kaum. Apabila dia (DAP) membawa fahaman "cauvinisme" yang teras tujuannya ialah untuk satu kaum tanpa menghormati kaum lain, ini sudah bercanggah dengan konsep perjuangan kita (Pas) , " katanya.
Abdul Hadi memberi contoh tentang usul persendirian rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1963 atau RUU 355, yang ditentang DAP sejak awal lagi.
Mengenai konsep Gagasan Sejahtera, beliau berkata ia adalah gagasan baharu yang lebih bersifat setiakawan dan melibatkan parti-parti politik, NGO dan tokoh-tokoh pelbagai kaum dan masyarakat majmuk, dengan menonjolkan Islam sebagai penyelesai masalah menerusi pendekatan politik, ekonomi dan sosial.
"Ini yang perlu kita pertimbangkan melalui politik matang dan sejahtera. Ia sebagai satu alternatif kepada pakatan yang pernah kita (Pas) adakan apabila ada rakan-rakan politik yang tak menghormati pendirian Islam yang kita bawa," katanya.
Pada 16 Mac tahun lepas, Pas mengumumkan membentuk blok ketiga politik dengan Ikatan, sebuah parti pelbagai kaum pimpinan Abdul Kadir.
Mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Abdul Hadi berkata Pas telah menetapkan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan parti, pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita tak boleh layan parti yang tak sama dengan kita, kita dah buat penilaian, parti Pribumi tak ada ketentuan arah kerana pemimpin kita tak tahu, siapa imam, siapa makmum dan kita buat keputusan tak ada hubungan dengannya," katanya.
Mengenai PRU14, Presiden Pas itu berkata sasaran untuk menang 40 kerusi Parlimen dan menawan lima negeri - Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pahang -- pada PRU14 adalah tidak "ekstrem" jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang ditandingi Pas.
"Kita adalah parti yang berpijak di alam nyata. Kita ada 195 kawasan dari 222 kerusi Parlimen, jadi 40 kerusi itu tidak ekstrem dan munasabah, parti lain tak ada kawasan dan cawangan dan mereka sebelum ini bergantung dengan Pas," katanya.
Muktamar itu akan berakhir pada Isnin ini yang menjadi tumpuan ramai untuk melihat percaturan parti itu menghadapi PRU dan tahaluf siyasi atau kerjasama politik mereka dengan PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2017
![Pas mantapkan gagasan sejahtera, blok ketiga politik hadapi PRU14 Pas mantapkan gagasan sejahtera, blok ketiga politik hadapi PRU14](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41493447805_950x600.jpg)
residen PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut hari ini. - Foto Bernama
![22 individu, termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah 22 individu, termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739343004_GISB.jpg)
22 individu, termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
![Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726291341_AbdulHadiAwang.jpg)
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
![Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734257553_HadiAwang.jpg)
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
![Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734074944_TBAbdulHadi.jpg)
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
![Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731491114_DayangAbdullah.jpg)
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
![Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara - Saifuddin Nasution Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730978652_SaifuddinNasutionI.jpg)
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
![Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730869177_TBAnwarIbrahim.jpg)
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
![Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726292792_AbdulHadiAwang.jpg)
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
!['Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi 'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726283460_HadiAwang.jpg)
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
![Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727172767_KeluarSekejapKJ.jpg)
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
![Muktamar Pas: Biarlah dia cari dosa kering - Ahmad Zahid Muktamar Pas: Biarlah dia cari dosa kering - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726571151_ZahidHamidi.jpg)
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.