Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz disebut-sebut bakal diletakkan sebagai calon PAS di Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka yang dijadualkan pada 22 Mac nanti.
Sumber dalam PAS Kelantan memaklumkan kepada Astro AWANI, Nik Abduh kemungkinan dipilih kerana beliau satu-satunya anak Allahyarham Nik Abdul Aziz yang aktif dalam politik.
Nik Abduh juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas selepas memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu mengalahkan Datuk Ibrahim Ali.
"Siapa lagi yang nak dicalonkan di Chempaka kalau bukan Nik Abduh? Nak pilih siapa? Nak calon yang macam mana lagi?
"Ini bukan soal dia (Nik Abduh) anak Nik Aziz tetapi kerana dia memang layak untuk bertanding di situ.
"Nik Abduh calon terbaik tidak ada orang lain, kalau ada yang letak calon lain mungkin sebab rasa Nik Abduh dah jadi ahli parlimen tak perlu bertanding di DUN.
"Tapi itu bukan masalah, bukan satu kesalahan," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Selain disebut akan dinamakan sebagai calon untuk kerusi DUN Chempaka, Nik Abduh juga dilihat berpotensi untuk menduduki kerusi Menteri Besar Kelantan penggal akan datang.
"Kalau nak diletakkan Nik Abduh sebagai MB Kelantan penggal akan datang pun bukan satu kesalahan tetapi yang penting perlu bertanding di DUN," katanya lagi.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb lalu akibat kanser prostat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, Nik Abdul Aziz (PAS) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.
Allahyarham mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi. PRK DUN Chempaka adalah pilihan raya kecil kelapan diadakan selepas PRU13 pada 5 Mei 2013.
Tujuh PRK sebelum ini adalah PRK DUN Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK DUN Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2104) dan PRK DUN Pengkalan Kubor, Kelantan (25 Sept 2014).
Irwan Muhammad Zain
Thu Feb 19 2015
PAS mungkin calonkan Nik Abduh di DUN Chempaka
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
#PeristiwaHariIni: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia (2015)
Beliau merupakan tokoh yang cukup disegani dalam bidang agama serta di arena politik tanah air.
Kerajaan Pas Kelantan bakal tumbang - Tun Daim
Tanpa menamakan parti yang menjadi pengganti, bekas menteri kewangan itu berkata, ia berlaku disebabkan pendekatan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengelirukan ahli Pas sendiri.
'Keluarga Tok Guru halang Tun M ziarah kubur'
Hajat Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak kesampaian.
Selain Nik Omar, ada lagi cerita hangat di Kota Bharu
Di Kota Bharu, selain cerita anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar yang mendapat bacaan dan tontonan tertinggi di media sosial ada lagi suatu tarikan. Baca.
Ada apa dengan Nik Omar?
Sembang kedai kopi dan kalangan orang biasa yang minat politik, Nik Omar, 54 tahun, ini mirip bapanya dari segala segi.
UMNO Kelantan beri kebebasan anggotanya di DUN Chempaka mengundi esok
UMNO Kelantan memberi kebebasan kepada anggotanya yang menjadi pengundi untuk mengundi mana-mana calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka esok.
PAS senarai pendek tiga calon PRK Dun Chempaka
PAS Kelantan menyenarai pendek tiga nama sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang dijadual berlangsung pada 22 Mac.
Ibrahim Ali tidak berhasrat jadi calon Bebas di PRK DUN Chempaka
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.
Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka ditetapkan 22 Mac - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 22 Mac depan.