Pas merayu bantuan RM400,000 bagi menampung kos saman Sarawak Report di United Kingsom (UK), kata Naib Presidennya Idris Ahmad pada Khamis.
Idris berkata bayaran tersebut perlu dijelaskan kepada peguam di UK dalam tempoh dua minggu mulai sekarang.
"Minta tolong sangat-sangat. Bantuan untuk bayaran guaman saman Sarawak Report. Perlu RM400,000 lagi. Dalam masa dua minggu mesti jelaskan kepada peguam di UK.
"Wang terkumpul sekarang RM69,000. Perlu lagi RM331,000," katanya dalam satu kenyataan.
Pada April 2017, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung tulisan pada Ogos 2016 mendakwa pimpinan parti itu menerima dana RM90 juta yang masuk ke akaun mereka.
Wang itu didakwa diterima daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai dorongan bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Mahkamah Tinggi London awal tahun lalu mengetepikan pernyataan pembelaan Rewcastle-Brown dan memerintahkan editor Sarawak Report itu membayar hampir £29,000 (lebih kurang RM156,000) kepada Abdul Hadi yang menang semua lima permohonan interlokutori terhadapnya.
Saman Abdul Hadi terhadap Sarawak Reports itu ditetapkan untuk perbicaraan April ini.
Astro Awani
Thu Jan 03 2019
![Pas rayu bantu tampung kos saman Sarawak Report Pas rayu bantu tampung kos saman Sarawak Report](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51518087921_IdrisAhmad.jpg)
Idris berkata setakat ini Pas sudah mengumpulkan sebanyak RM69,000 dan memerlukan lagi RM331,000. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726291341_AbdulHadiAwang.jpg)
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
![Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734257553_HadiAwang.jpg)
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
![Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734074944_TBAbdulHadi.jpg)
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
![Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731491114_DayangAbdullah.jpg)
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
![Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara - Saifuddin Nasution Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730978652_SaifuddinNasutionI.jpg)
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
![Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730869177_TBAnwarIbrahim.jpg)
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
![Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726292792_AbdulHadiAwang.jpg)
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
!['Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi 'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726283460_HadiAwang.jpg)
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
![Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727172767_KeluarSekejapKJ.jpg)
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
![Muktamar Pas: Biarlah dia cari dosa kering - Ahmad Zahid Muktamar Pas: Biarlah dia cari dosa kering - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726571151_ZahidHamidi.jpg)
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.