Pas hari ini menyatakan sokongannya terhadap cadangan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) kerana ia dilihat mampu mengekang kegiatan politik wang dalam kalangan parti-parti politik di negara ini.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata cadangan itu, yang dikemukakan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada tahun lepas, amat diperlukan kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus yang memantau dana parti-parti politik.
Bagi menyokong penggubalan akta itu, beliau berkata Pas bersama-sama sekutu dalam blok pakatan yang dinamakan Gagasan Sejahtera telah menghantar dokumen yang merangkumi pandangan parti Islam itu terhadap PDEA termasuk cadangan pelan tindakan kepada JKNMPP pada April lepas.
"Pas mahu akta ini diwujudkan dan kita harapkan JKNMPP yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan akan membawa cadangan penggubalan akta itu ke Parlimen.
"Akta itu kelak dapat membendung pihak-pihak tertentu daripada terus mengamalkan politik wang yang akhirnya akan merosakkan parti-parti politik di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menutup program Munaqasyah Rakyat peringkat kebangsaan di sini, hari ini.
Program itu, yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Pas, dihadiri kira-kira 200 peserta terdiri daripada anggota gabungan Gagasan Sejahtera, badan bukan kerajaan, tokoh akademik dan aktivis masyarakat bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan terhadap ucapan dasar presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Muktamar Pas ke-63 di Kedah pada Mei lepas.
Empat panelis iaitu Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki, Timbalan Presiden Ikatan Dr Samarudin Rejab, bekas Presiden Ilmuan Prof Dr Badlisham Mohd Nasir dan pengerusi Kongres Rakyat Mohd Azmi Abdul Hamid mengemudi sesi selama empat jam di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam itu.
Pada Oktober 2016, JKNMPP membentangkan usul kepada Kabinet untuk menuntut ketelusan lebih tinggi daripada parti politik berhubung keperluan pelaporan dan pendedahan derma politik yang ketat, termasuk mencadangkan pengenalan PDEA.
Cadangan PDEA berfungsi sebagai platform untuk mewujudkan sistem berkesan bagi pembiayaan politik meliputi bidang pentadbiran derma politik, pembelanjaan dan pendedahan pembiayaan politik, pembiayaan negeri bagi aktiviti politik dan hubungan antara politik dengan peniagaan.
Akta berkenaan juga akan meningkatkan dan menambah baik undang-undang sedia ada termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009, Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pertubuhan, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Low sebelum ini dilapor sebagai berkata cadangan akta itu diharap dapat dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2017

TUAN IBRAHIM: Pas harap cadangan penggubalan akta itu ke Parlimen.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani isu sekolah padat - Fadhlina
Menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.

RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data
Kerjasama awam-swasta dijangka akan dipertingkat dengan kelulusan RUU itu, apabila infrastruktur data akan bersambung dengan baik.
![[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia [KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735485071_helimindef.jpg)
[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia
Inisiatif pajakan aset secara penswastaan atau lease-to-own bagi perolehan 28 buah helikopter oleh kerajaan Malaysia mencerminkan langkah inovatif.

Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar
Skim tersebut juga membolehkan rakyat dibiayai sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.

Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas

Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.

HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.

Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini
Penubuhan pusat data baharu dan perkhidmatan awan dapat menyokong dan memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah
Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami mereka khususnya komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan.