Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pas menyokong dan mempertahankan rasuah atas nama Islam dan selepas ianya gagal, parti itu cuba membuat spekulasi tentang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen.
Tegas Anwar, spekulasi usul undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir itu merupakan percubaan Pas untuk menanam benih-benih perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH).
Beliau juga menjelaskan tiada pemimpin dalam PH yang mengetahui tentang usul undi tidak percaya ini kecuali Pas.
"Menariknya perkara ini datang dari Pas, jadi kita tidak tahu sama ada mereka bercakap benar atau berbohong kerana itu mesej konsisten mereka, bohong itu dibenarkan.
"Hari ini saya bertemu Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada siapa antara kami mendengar tentang usul tersebut, yang tahu pasal itu cuma Pas.
"Memandang mereka gagal, mereka menyokong rasuah atas nama Islam, mereka mempertahankan rasuah atas nama Islam, pilihan yang mereka ada adalah membuat spekulasi tentang usul undi tidak percaya itu," katanya selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Thirukkal di Universiti Malaya pada Jumaat.
Isu mengenai undi tidak percaya dibangkitkan selepas pendedahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kononnya terdapat dua parti dalam PH yang merancang pembelotan terhadap Dr Mahathir.
BACA: Pembelotan dalam PH? Anwar dakwa Pas mahu elak isu dana RM90juta
BACA: Pas nafi dakwaan tidak sokong UMNO dalam PRK Semenyih
BACA: Pas akan sokong Tun M jika berlaku pengkhianatan dalam PH - Takiyuddin
Irwan Muhammad Zain
Fri Feb 22 2019
ANWAR: Tiada pemimpin dalam Pakatan Harapan yang mengetahui tentang usul undi tidak percaya ini kecuali Pas. - Astro AWANI/Fail
HMPV: Tidak perlu bimbang, ambil langkah jaga kebersihan diri
Jelas Dr Nurul, sama seperti influenza, HMPV adalah sejenis virus yang menjangkiti saluran pernafasan namun gejala influenza lebih teruk.
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
Adakah UMNO lupa jasa Najib? - Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan kepimpinan UMNO melarang ahlinya menyertai Himpunan Solidariti bersama Datuk Seri Najib Razak menimbulkan tanda tanya.
Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawalan
Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata, ia malah jauh lebih aman berbanding penganjuran demonstrasi bersih pada zaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi pembangkang dahulu.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar hari ini
Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak hari ini berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.
Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
Indonesia rancang kenalkan pertanian efisien air untuk tingkatkan pengeluaran padi
Teknik IPHA adalah kaedah penanaman padi yang menitikberatkan pengurusan tanaman, air dan tanah secara berkesan dan efisien.
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertanian terjejas banjir
Khalid berkata antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk kerosakan pintu kawalan air di Pasir Mas dan Pasir Puteh.
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.