Perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu merupakan mesej jelas supaya orang Melayu kembali bersatu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Syed Ali mengingatkan, orang Melayu sekadar ‘menang sorak kampung tergadai’ kerana terpengaruh dengan hasutan pihak berkepentingan.
“Apakah kelompok Melayu itu bangga melihat ribuan kaum Cina memenuhi jalanan sambil mengutuk dan mencerca pemimpin Melayu?
"Amat menyedihkan apabila ada segelintir Melayu sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.
"Sedangkan DAP merupakan pertubuhan politik rasis yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada orang Melayu," katanya dalam catatan di laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com miliknya.
Syed Ali turut mengingatkan, orang Melayu perlu menoleh ke belakang dan melihat peranan pemimpin DAP sehingga Singapura terpisah daripada Malaysia.
"Kita kena faham sejarah politik DAP dan kita kena insaf bahawa parti rasis itu sekadar menjadikan orang Melayu sebagai alat.
"Perhimpunan itu memberi tamparan hebat kepada orang Melayu di negara ini terutama warga kota.
"Kita telah melihat dengan jelas bagaimana kaum Cina mendominasi perhimpunan tersebut, mereka ini tidak sayangkan keharmonian negara kita," tegasnya.
Menurutnya, orang Cina terutama DAP jelas menguasai perhimpunan tersebut manakala kelompok Melayu sekadar ikutan.
"Kelompok Melayu hanya menjadi pak turut dan mereka mengikut telunjuk DAP, ini sesuatu yang amat menyedihkan.
"Ini bukan soal perkauman, tetapi ketaranya peserta Cina dan bukan Melayu memenuhi lapangan perhimpunan tersebut.
"Perhimpunan itu memberi isyarat bahawa pelampau bukan Melayu sanggup melakukan apa sahaja untuk menjejaskan kestabilan negara," ujarnya.
Katanya lagi, ia satu mesej jelas bahawa suatu hari nanti orang Melayu akan terpinggir di tanah airnya sendiri selagi mereka tidak bersatu.
"Orang bukan Melayu dan golongan anti-kerajaan akan menggunakan peluang di atas pergeseran sesama Melayu untuk menguasai negara ini.
"Mereka telah buktikan menerusi perhimpunan Bersih 4. Orang Melayu terlalu mudah bergeseran sesama sendiri dan terpedaya dengan sentimen persepsi dan kebencian melampau," jelasnya.
Syed Ali turut menyatakan rasa kecewa kerana ada kelompok Melayu tergamak membiarkan bukan Melayu menghina pemimpin Melayu.
"Perbuatan memijak gambar pemimpin seperti dilaporkan media membuktikan kebiadapan tersebut.
"Yang mereka pihak gambar pemimpin Melayu beragama Islam, tak kiralah daripada parti pemerintah atau pembangkang, ini sudah perbuatan melampau, penghinaan dan kurang ajar.
"Apakah kita (orang Melayu) sudah tidak ada lagi harga diri sehingga membiarkan gambar pemimpin sebangsa kita dipijak bukan Melayu,?" soalnya.
Katanya, walaupun timbul persaan kebencian terhadap pemimpin tetapi bukan cara sedemikian untuk menunjukkan rasa tidak puas hati.
"Golongan anti-kerajaan akan menggunakan peluang di atas pergeseran
sesama Melayu untuk menguasai negara ini.
"Itu bukan budaya orang Melayu dan rakyat Malaysia yang bertamadun, sesebuah kerajaan boleh dijatuhkan menerusi pilihan raya, bukannya berhimpun secara haram atau demontrasi di jalanan," tegasnya.
Sehubungan itu, Syed Ali mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya menguatkan benteng perpaduan dan permufakatan bagi menghadapi sebarang ancaman.
"UMNO merupakan parti mewakili majoriti orang Melayu dan kedudukan Melayu dan umat Islam perlu dipertahankan.
"Sengketa sesama sendiri dan kebencian melampau terhadap seseorang pemimpin hanya akan merosakkan perpaduan yang dibina puluhan tahun," jelasnya.
Astro Awani
Wed Sep 02 2015

SYED ALI: Pasca Bersih 4: 'Kenapa biar orang pijak gambar pemimpin kita?' - Gambar fail

AirAsia diharap mempertimbangkan semula keputusan gantung penerbangan Ipoh-Singapura - Exco
Katanya kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu dan ia diharap hanya pendekatan sementara bagi penyusunan semula strategi.
AWANI Ringkas: Rodrigo Duterte tiba di The Hague
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
2️⃣ Warga emas ditahan di LTAPP
3️⃣ Rodrigo Duterte tiba di The Hague
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
2️⃣ Warga emas ditahan di LTAPP
3️⃣ Rodrigo Duterte tiba di The Hague
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Amirul Aiman
- SPRM rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
- Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
- Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
#AWANIpagi #AWANInews
- SPRM rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
- Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
- Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
#AWANIpagi #AWANInews

All England: Wei Chong-Kai Wun tersingkir awal
Pasangan yang berada di ranking ketujuh itu tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-15, 21-8 dalam perlawanan berlangsung selama 32 minit.
"Keputusan ini tidak mudah" - PM Anwar
Perdana Menteri berkata beliau menentang "bailout" syarikat Sapura Energy yang melibatkan dana RM1.1 bilion.
"Menyelamatkan orang-orang hidupnya mewah dengan segala kemudahan. Kemudian, mengurus yang paling lembap menyebabkan kerugian besar ditampung oleh kerajaan". katanya
#AWANInews
"Menyelamatkan orang-orang hidupnya mewah dengan segala kemudahan. Kemudian, mengurus yang paling lembap menyebabkan kerugian besar ditampung oleh kerajaan". katanya
#AWANInews

Kanak-kanak ‘diculik’ bersama kereta curi, suspek panik dan lari
Guru tadika cemas apabila kereta 'dilarikan' bersama anaknya yang berusia enam tahun masih tidur dalam kenderaan.

TLDM selamatkan kapal layar Meridian of Sydney di perairan Pulau Perak
Kapal itu dipercayai hanyut selama empat hari dengan seorang individu, warga Australia Kepten Kelvin Holly, berada di atasnya.
Polis Johor rampas beras seludup bernilai hampir RM20,000
Dalam operasi di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Masai, Polis Johor berjaya merampas beras seludup dari India bernilai kira-kira RM19,975. Operasi ini melibatkan Cawangan Khas IPK Johor dan pegawai Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor.
Sebanyak 81 unit beras super import disita, dan seorang lelaki warga India berusia 48 tahun telah diperiksa.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10(1)(a) P.U (A) 624/96 Kawalan Padi dan Beras.
Sebanyak 81 unit beras super import disita, dan seorang lelaki warga India berusia 48 tahun telah diperiksa.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10(1)(a) P.U (A) 624/96 Kawalan Padi dan Beras.

Api kuali musnahkan khemah peniaga bazar Ramadan
Individu tersebut sedang merakam video di gerai jualan itu, tiba-tiba berlaku percikan api dari kuali memasak menyebabkan dia terkejut.

Tukar perspektif himpunan warna 'lampu isyarat'
Perhimpunan di negara ini mengikut tema warna lampu isyarat - Bersih dengan warna kuning, Himpunan Rakyat Bersatu dengan warna merah dan Himpunan 60 Ribu dengan warna hijau.

Pasca Bersih 4: 'Kenapa biar orang pijak gambar pemimpin kita?' - Syed Ali
Perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu merupakan mesej jelas supaya orang Melayu kembali bersatu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.