Puteri UMNO memberi jaminan tidak akan merajuk seandainya ada ahlinya yang tidak dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, mereka juga berjanji tidak akan berselisih faham serta menutup bilik gerakan pilihanraya demi kemenangan BN secara keseluruhannya.
"Menyedari bahawa pilihan raya umum ke 14 ini adalah getir, penting dan ibu kepada segala pilihan raya. Puteri akan terus memasakkan janji dan wala’ terhadap pemimpin dan parti UMNO ini bagi memenangkan Barisan Nasional.
"Sebab itu, Puteri tidak mendesak sebarang pemilihan calon. Cuma kami mengharapkan agar pemilihan calon akan turut mengambil kira wanita dan orang muda.
"Sudah tentu Presiden mempunyai metodologi sendiri sewaktu memilih calon namun pihak Puteri mengharapkan calon yang dipilih itu nanti mestilah juga menekankan pendekatan WLWC: (Winnable, Likeable, Workable, dan Capable)," katanya pada ucapan dasar Ketua Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.
Mas Ermieyati turut menerangkan, calon yang dipilih mestilah yang boleh menang, disukai pengundi, mampu bekerja dan berkebolehan.
"Bahkan, bagi calon langsung seperti yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, adalah kaedah yang terbaik, Puteri UMNO mengharapkan juga konsesus yang sama dapat dicapai oleh semua parti komponen BN," ujarnya.
"Pilihlah yang terbaik dari kalangan yang terbaik demi kemenangan dua pertiga majoriti pada PRU yang akan datang," jelasnya.
Katanya lagi, Puteri UMNO juga diminta sentiasa bersedia menangkis serangan sumbang pakatan pembangkang.
"Mereka sungguh licik dengan pelbagai dakyah. Mulut manis tetapi hatinya busuk. Yang benar didustakan, yang dusta dibenarkan.
"Oleh itu, Puteri UMNO mesti terus bekerja dengan memanfaatkan segenap ruang dan peluang untuk berhujah secara rasional.
"Setiap detik yang ada ini gunakanlah untuk mendekati golongan muda dan fahamilah aspirasi mereka," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Wed Dec 06 2017
MAS ERMIEYATI: Puteri UMNO tidak mendesak sebarang pemilihan calon namun mengharapkan agar pemilihan calon akan turut mengambil kira wanita dan orang muda. - Gambar AWANI / SHAHIR OMAR
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Jawatankuasa MIC Perak baharu bakal jana transformasi politik, pembangunan - Ramasamy
Ramasamy turut komited dalam menawan kepercayaan masyarakat terhadap parti itu serta Barisan Nasional.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.