Melihat kepada status quo, Malaysia perlu segera melaksanakan undang-undang yang mengawal pembiayaan politik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, berkata undang-undang itu adalah untuk memastikan ketelusan dalam setiap ahli politik dalam negara ini.
Menurutnya, undang-undang ini juga antara lain bertujuan untuk mengharamkan sumbangan atau derma dari luar negara yang bukan entiti atau warga negara Malaysia.
"Ada tiga perkara yang kita perlu lakukan. Ia merupakan amalan yang terbaik untuk semua parti politik.
"Pertama, kita perlu mengharamkan semua dana politik daripada sumber atau dana daripada mereka yang bukan entiti atau wargaranegara Malaysia.
"Yang kedua kesemua wang derma atas nama politik tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun individu tetapi ke dalam akaun parti politik. Tapi anda tahukan, ia sangat sukar untuk memastikan sama ada ianya rasuah atau bukan rasuah. Ianya hadiah, mungkin?
"Ketiga, kesemua penderma mesti didedahkan kepada umum," tambah Paul dalam ucaptamanya pada Sidang Tahunan Malaysian Institute Of Chartered Secretaries and Administrator (MAICSA) pada Khamis.
Jelasnya, tiada undang-undang dikenakan terhadap pembiayaan politik di Malaysia, walaupun terdapat beberapa peraturan mengenai perbelanjaan pilihan raya.
Sehubungan itu, katanya, terdapat keperluan mendesak untuk membendung gejala rasuah dalam politik yang akan menggugat proses dan nilai demokratik dalam negara ini.
Mariah Ahmad
Thu Aug 06 2015
PAUL: Undang-undang ini mencadangkan kesemua wang derma atas nama politik tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun individu tetapi ke dalam akaun parti politik. - Astro AWANI
Shinkansen berhenti kecemasan apabila koc tercabut dalam perjalanan ke Tokyo
Sebuah kereta api laju Shinkansen terpaksa melakukan hentian kecemasan dalam perjalanannya dari timur laut Jepun ke Tokyo selepas beberapa kocnya tercabut, kata JR East, pengendali kereta api tersebut
JKDM Selangor rampas kereta, dadah, cecair nikotin bernilai RM6.37 juta
Jabatan Kastam Selangor merampas kereta mewah, dadah, minuman keras, cecair nikotin dan televisyen bernilai RM6.37 juta dalam operasi berasingan.
Venezuela keluarkan waran tangkap terhadap Presiden Argentina
Kementerian Awam Venezuela mengumumkan bahawa waran tangkap sedang diproses terhadap Presiden Argentina Javier Milei dan dua pegawai lain atas dakwaan mencuri pesawat.
Kerajaan bincangkan kemungkinan senario lebih buruk
Kerajaan Luban bermesyuarat pada Khamis susulan gelombang baharu letupan alat komunikasi di negara itu dan membincangkan kemungkinan serta persiapan berdepan senario lebih buruk.
Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun tumbangkan juara dunia dari Korea Selatan
Pasangan di ranking ke-13 dunia itu menewaskan lawannya dalam dua set 21-18, 21-19 untuk melangkah ke pusingan suku akhir pada aksi berlangsung di Gimnasium Xincheng, China.
"Selamat hari jadi di syurga" - BCL titip ucapan hari jadi buat arwah Ashraf Sinclair
Bunga Citra Lestari memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Polis Sarawak pantau aktiviti GISBH
Pesuruhjaya Polis Sarawak,Datuk Mancha Ata,mengesahkan tiada sebarang tangkapan, malah tiada laporan polis diterima berkaitan aktiviti mereka di wilayah itu setakat ini.
Pembantu pengajar GISBH didakwa amang seksual pelajar
Tiga pembantu pengajar di premis yang mempunyai kaitan dengan GISBH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak lelaki sejak dua tahun lalu.
[TERKINI] Permohonan reman 19 individu pengurusan tertinggi GISB
Wanita hamil antara 11 individu didakwa tawar pekerjaan tidak wujud
Seorang wanita hamil antara 11 individu didakwa atas pertuduhan menipu dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud.
Paul Low cadang undang-undang mengawal pembiayaan politik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan cadang undang-undang mengawal pembiayaan politik.
SPRM perlu diberi kebebasan untuk laksana tanggungjawab - Paul Low
Agensi-agensi kerajaan seperti SPRM dan Bank Negara sepatutnya berdiri sendiri dan bertindak mengikut tanggungjawab institusi masing-masing kata Datuk Paul Low Seng Kuan.