Seorang anggota Parlimen hari ini membidas sikap pembangkang yang didakwanya sengaja mencanang maklumat tidak benar berhubung penahanan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar untuk kepentingan politik mereka.
Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) berkata puak pembangkang sengaja memutar-belit fakta apabila mendakwa siasatan polis terhadap Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai) bercanggah dengan kekebalan beliau sebagai anggota Parlimen.
"Sedangkan hakikatnya tindakan Nurul Izzah sendiri tidak menghormati peraturan Dewan Rakyat semasa berbahas pada 10 Mac lalu, apabila beliau telah melanggari Seksyen 36(8) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Dewan Rakyat, hari ini.
Di bawah Seksyen 36(8), anggota Parlimen dalam perbahasan mereka adalah dilarang menyentuh kelakuan atau sifat Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri atau hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau ahli Majlis Pasukan Bersenjata.
Che Mohamad Zulkifly berkata ucapan Nurul Izzah itu, yang menyelitkan ucapan bapanya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah ditegur Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee dan dibacakan peraturan tersebut.
"Malahan polis membuat siasatan terhadap Nurul Izzah setelah bekas rakannya, Zulkifli Noordin membuat laporan polis terhadap kenyataan (anggota Parlimen) Lembah Pantai (Nurul Izzah) itu," katanya.
Nurul Izzah, yang ditahan semalam mengikut Akta Hasutan 1948 untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac lepas dan kenyataannya pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara, telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Che Mohamad Zulkifly berkata hakikatnya anggota Parlimen tidak dilindungi oleh kekebalan sebagai anggota Parlimen seperti diperuntukkan mengikut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan.
"Kebalnya tidak mutlak, dia (Nurul Izzah) hanya baca separuh sahaja daripada keseluruhan penerangan di bawah Perkara Perkara 63(4)," katanya.
Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan mengetepikan peruntukan di bawah Perkara 63(2) berhubung kekebalan anggota Parlimen, membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah melakukan jenayah di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Artikel 10(4) Perlembagaan Persekutuan atau sebarang kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Nada sama turut disuarakan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) ketika mencelah perbahasan Cik Mohamad Zulkifly apabila turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan pembangkang yang mengembar-gemburkan maklumat kurang tepat itu dalam media sosial demi mencari publisiti.
"Dia (pembangkang) memperkatakan perkara yang tidak tepat dan tafsir perundangan atas kepentingan dia," katanya.
Persidangan dewan bersambung esok.
Bernama
Tue Mar 17 2015

CHE MOHAMAD : Tindakan Nurul Izzah sendiri tidak menghormati peraturan Dewan Rakyat semasa berbahas pada 10 Mac lalu - Foto www.parlimen.gov.my

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

Ahli Parlimen Besut sekali lagi diarah keluar Dewan
Berdasarkan keputusan dibuat pada minggu lepas, Che Mohamad Zulkifly digantung tiga hari dan hanya dibenarkan masuk semula ke Dewan pada Selasa.

Muhyiddin, Rafizi jadi contoh RUU Antiberita Tidak Benar
Wakil rakyat Setiu Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh menyindir ahli Parlimen pembangkang dengan memberi contoh paling mudah.