Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menasihatkan ahli-ahli dan perwakilan parti itu memilih pemimpin berdasarkan merit bukan senarai pilihan atau cai.
Menurut Mohamad seseorang pemimpin yang bakal dipilih perlu dilihat kebolehan dan kemampuan yang dimiliki kerana ia boleh membantu parti.
Jelas beliau, sistem cai boleh menyebabkan pemimpin yang berkebolehan akan tersingkir dari jawatan-jawatan penting hanya kerana tidak dalam senarai kumpulan tertentu.
"Sistem ini menyebabkan orang yang baik daripada kumpulan yang lain tak akan boleh menang, walaupun dia baik, dia bekerja tapi bukan dari kumpulan kita dia tak boleh menang.
"Kita mahu orang yang baik dipilih berdasarkan kerjanya, meritnya," katanya kepada Astro AWANI dalam satu temubual khas baru-baru ini.
Mohamad yang juga Menteri Pertahanan menasihatkan ahli-ahli Amanah melihat kembali apa yang telah berlaku kepada Pas yang menggunakan sistem cai menyebabkan pemimpin yang berkerja untuk parti tersingkir kerana tidak berada dalam senarai kumpulan tertentu.
"Parti Pas yang bertahan lama dulunya kerana dia melihat kepada merit, sebab itulah yang berkerja kuat itu selalunya top 10.
"Sehinggalah pada tahun 2015, tahun 2015 tidak berlaku begitu, dia (ahli Pas) lihat pada orang yang disenarai yang ini perlu dipilih, jadi soal kerja, soal pengorbanan kepada parti yang ini tidak diambil kira," katanya lagi.
Disember ini, Amanah bakal mengadakan pemilihan pimpinan parti peringkat nasional buat pertama kalinya selepas ditubuhkan empat tahun lalu.
Pemilihan di kawasan-kawasan yang akan berlangsung sehingga akhir Ogos, selepas itu pemilihan di peringkat negeri akan berlangsung pada Oktober.
Irwan Muhammad Zain
Tue Sep 17 2019
Mohamad berkata, sistem cai boleh menyebabkan pemimpin yang berkebolehan akan tersingkir dari jawatan-jawatan penting hanya kerana tidak dalam senarai kumpulan tertentu. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Pavilion MAHA di MAEPS lokasi lawatan delegasi ASEAN pada 2025
MAHA di MAEPS dikenal pasti sebagai satu daripada lokasi pilihan untuk lawatan delegasi ASEAN tahun depan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Pemilihan Amanah: Pilih berdasarkan merit bukan cai - Mat Sabu
Menurut Mohamad seseorang pemimpin yang bakal dipilih perlu dilihat kebolehan dan kemampuan yang dimiliki kerana ia boleh membantu parti.