Pemilihan PKR kali ini menyaksikan pertama kali pengundian dibuat secara dalam talian menerusi e-voting bagi melancarkan dan mempercepatkan proses mengundi membabitkan lebih 800,000 anggota parti itu di seluruh negara.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata parti sedang menjalankan ujian terhadap sistem e-voting itu bagi mengenal pasti sebarang masalah yang ada supaya dapat dikemas kini sebelum berlangsung pemilihan pada Ogos hingga September ini.
"Pada dua pemilihan parti sebelum ini PKR menggunakan kertas bagi proses mengundi, kali ini online.
"Anggota parti hanya perlu hadir di pusat pengundian dan tunjukkan kad pengenalan bagi mengesahkan keahlian sebelum terus ke gajet yang kami sediakan untuk mengundi serta klik calon yang mereka pilih," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Bayan Baru, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata menerusi sistem e-voting itu juga proses pengiraan undi akan dilakukan secara automatik dalam sistem dan keputusan penuh akan diumumkan oleh jawatankuasa pemilihan PKR selepas proses mengundi selesai.
Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata parti merancang menjalankan proses pengundian mengikut zon dan persiapan rapi sedang dijalankan supaya ia berjalan lancar kerana PKR satu-satunya parti yang memberi hak kepada setiap anggotanya memilih pemimpin parti.
"PKR menerima lebih 300,000 anggota baharu mendaftar menyertai parti itu sejak 9 Mei hingga 26 Jun lepas dan sekarang ini kami mempunyai lebih 800,000 anggota parti, semua mereka akan mengundi pada pemilihan kali ini," katanya.
Sementara itu, Saifuddin Nasution menafikan penetapan kadar yuran sehingga mencecah puluhan ribu ringgit yang dikenakan ke atas calon yang mahu bertanding pada pemilihan parti kali ini seperti yang tular di media sosial.
Katanya memang terdapat cadangan yuran dikenakan kepada calon bertanding dan ia telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan PKR kerana duit itu akan digunakan untuk membiayai serta menampung kos pemilihan PKR kali ini.
"Yuran itu untuk membiayai kos pemilihan parti kerana kami tiada sesiapa yang menaja serta perlu mencari sumber kewangan sendiri tetapi mereka yang mahu bertanding tidak perlu bimbang kerana jumlah (yuran) yang akan dikenakan adalah rendah dan mampu untuk calon bayar.
"Yang ditularkan itu bukanlah jumlah yang PKR telah tetapkan, ia dicadangkan serta masih di peringkat rundingan dan saya beri jaminan yuran dikenakan munasabah... kami akan keluarkan pekeliling (yuran dikenakan) dalam masa terdekat," katanya.'
Baru-baru ini, tersebar di media sosial berhubung peraturan pemilihan PKR yang menetapkan syarat kepada anggota yang ingin bertanding untuk membayar yuran mengikut kadar tertentu.
Difahamkan calon bagi jawatan presiden perlu membayar RM25,000, timbalan presiden (RM20,000), naib presiden (RM10,000) dan anggota Majlis Kepemimpinan Pusat (RM5,000) manakala di peringkat sayap, jawatan ketua (RM10,000), timbalan ketua (RM7,000), naib ketua (RM5,000) dan anggota Majlis Kepemimpinan (RM3,000) serta di peringkat cabang pula dikenakan yuran antara RM500 hingga RM200.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 07 2018
![Pemilihan PKR Secara e-voting - Setiausaha Agung Pemilihan PKR Secara e-voting - Setiausaha Agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41530951297_MENTERIPERDAGANGAN.jpg)
Saifuddin Nasution menafikan penetapan kadar yuran sehingga mencecah puluhan ribu ringgit yang dikenakan ke atas calon yang mahu bertanding pada pemilihan parti kali ini seperti yang tular di media sosial. --fotoBERNAMA
![Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712566563_TBsampah.jpg)
Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
AirBorneo: Detik bersejarah sektor pelancongan Sarawak - STB
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga PElancongan SArawak (STB), Sherzade Datu Salleh Askor berkata, pengambilalihan maswings adalah detik bersejarah dalam sektor pelancongan sarawak dan tepat pada masanya ketika Sarawak sedang giat mempromosikan produk pelancongannya.
AirBorneo diyakini mampu lonjakkan industri pelancongan Sarawak
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yakin AirBorneo membantu merancakkan aktiviti pelancongan di Sarawak, terutama dari segi segmen kehadiran pelancong.
AirBorneo bakal jadi hab penerbangan serantau di ASEAN
AirBorneo akan diperluaskan secara berperingkat ke destinasi strategik, termasuk Singapura, Kuala Lumpur, Kalimantan, Jakarta, Bali, Hong Kong, dan Shenzhen, bagi memperkukuh keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini.
AirBorneo inisiatif bantu ekonomi Sarawak - Abang Jo
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, penubuhan airborneo bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan, sebaliknya sebagai inisiatif memacu pembangunan ekonomi wilayah itu.
SMJE tambah hasil RM100 juta
SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) menambah hasil pendapatan jualan sebanyak RM100 juta menerusi kargo minyak mentah pertama tahun ini.
Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan
Isu tanah dan perbezaan kos anggaran awal dengan bajet sebenar dilihat antara punca kelewatan pelaksanaan lebih 400 projek pembangunan di Sabah.
![Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739446229_SaifuddinNasutionI.jpg)
Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.
Bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir Sarawak disalur secepat mungkin
Bantuan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) Yang terjejas banjir di sarawak akan disalurkan secepat mungkin selepas senarai penerima dimuktamadkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sarawak.
![Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724425922_TBsingapore.jpg)
Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.
![Daftar pemilih tambahan Januari 2023 dibuka untuk semakan - SPR Daftar pemilih tambahan Januari 2023 dibuka untuk semakan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671030209_DatukIkmalrudinIsh.jpg)
Daftar pemilih tambahan Januari 2023 dibuka untuk semakan - SPR
DPT BLN1/2023 mengandungi 39,604 nama warganegara berumur 18 tahun ke atas bagi tempoh 1 hingga 31 Jan yang didaftarkan secara automatik.
![DUN Sabah tidak akan terbubar automatik - Speaker DUN Sabah tidak akan terbubar automatik - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626252289_KADZIMMYAHYA.jpg)
DUN Sabah tidak akan terbubar automatik - Speaker
Speaker menyangkal dakwaan pihak tertentu mengatakan ada risiko pembubaran DUN secara automatik jika tiada persidangan dibuat sebelum 1 Ogos 2021.
![MEF cadang moratorium pinjaman automatik tanpa perlu permohonan MEF cadang moratorium pinjaman automatik tanpa perlu permohonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625217915_pusatkotabandar.jpg)
MEF cadang moratorium pinjaman automatik tanpa perlu permohonan
MEF turut berharap kemudahan untuk moratorium pinjaman tidak terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor.
![Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40 Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622539284_felokorporat.jpg)
Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40
Kelulusan secara automatik bagi permohonan moratorium serta pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus akan diberi oleh bank kepada golongan yang terjejas.
![Kuat kuasa undi 18 tahun pada PRU15 - Pemuda Gerakan Kuat kuasa undi 18 tahun pada PRU15 - Pemuda Gerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615566030_TBVOTINGxj.jpg)
Kuat kuasa undi 18 tahun pada PRU15 - Pemuda Gerakan
Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Wong Chia Zhen berkata penguatkuasaan tersebut termasuk pendaftaran pemilih secara automatik.
![Perbaiki proses undi pos antara tumpuan SPR - Azmi Perbaiki proses undi pos antara tumpuan SPR - Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598141924_AZMISHAROM.jpg)
Perbaiki proses undi pos antara tumpuan SPR - Azmi
Sebuah jawatankuasa khusus diketuai Ahli SPR Datuk Chin Phaik Yoong sedang mengkaji perkara berkenaan terutamanya dalam menyelesaikan pelbagai isu undi pos.
![Kanak-kanak lelaki enam tahun terperangkap dalam kereta Kanak-kanak lelaki enam tahun terperangkap dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41594568944_terperangkap.jpg)
Kanak-kanak lelaki enam tahun terperangkap dalam kereta
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terperangkap kira-kira 30 minit di dalam sebuah kereta selepas kenderaan itu terkunci sendiri ketika ibunya keluar ke rumah jiran.
![SPR, JPN tubuh pasukan petugas khas selaras undi 18 tahun SPR, JPN tubuh pasukan petugas khas selaras undi 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61570751489_TBSPR.jpg)
SPR, JPN tubuh pasukan petugas khas selaras undi 18 tahun
Jawatankuasa itu bertindak menyelaraskan maklumat warganegara dan perkara lain yang berkaitan.
![Pelaksanaan undi 18 tahun, pendaftaran automatik perlu masa - SPR Pelaksanaan undi 18 tahun, pendaftaran automatik perlu masa - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71563451885_AzharAzizanHarun.jpg)
Pelaksanaan undi 18 tahun, pendaftaran automatik perlu masa - SPR
Pengerusinya, Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa banyak perkara perlu dilakukan sebelum pihak terlibat sebulat suara untuk tentukan tarikh pelaksanaannya.
![PH setuju anak muda umur 18 tahun berhak undi, didaftarkan secara automatik PH setuju anak muda umur 18 tahun berhak undi, didaftarkan secara automatik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81562149498_MenteriBeliadanSu.jpg)
PH setuju anak muda umur 18 tahun berhak undi, didaftarkan secara automatik
Perdana Menteri memberitahu pemberita selepas mesyuarat majlis presiden PH itu di sini hari ini bahawa turut dipersetujui ialah pendaftaran pengundi berumur 18 tahun secara automatik.