Pergerakan Pemuda UMNO perlu bangkit menjadi anak jantan mempertahankan parti dan kepimpinan daripada terus ditohmah dan dihina.
Berdasarkan pandangan umum sekarang, ramai ahli Pemuda dilihat hanya berdiam diri dan membiarkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) diserang dari pelbagai sudut.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata sejak kebelakangan ini, UMNO dan BN menerima pelbagai cabaran daripada pembangkang yang sentiasa menghasut rakyat dengan fitnah dan tohmahan.
Menurutnya, ahli UMNO, khususnya Pergerakan Pemuda, tidak mampu lagi untuk berpeluk tubuh, sebaliknya bangkit sebagai anak jantan untuk mempertahankan maruah keluarga besar parti.
"Ada orang kata, bila anak jantan, kita mesti kurang ajar, kena bersifat kasar, tidak semestinya.
"Sifat anak jantan ini maknanya kita bersedia untuk mempertahankan maruah kita, mempertahankan keutuhan kita, nama baik parti kita, nama baik pemimpin kita, kita tidak mendiamkan diri," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk di Wisma UMNO Bagan Datuk di sini pada Sabtu.
Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Datuk Khairudin Tarmizi, Naib Ketua UMNO Bahagian Datuk Shahrul Zaman Yahya, dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dr Nik Mohd Azli Nik Ariffin.
Tajudin berkata, ahli UMNO tidak harus membiarkan pucuk pimpinan parti bekerja keras mempertahankan parti, sebaliknya mesti bersama menggembleng kekuatan bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Terdahulu, Dr Nik Mohd Azli dalam ucapannya mencadangkan supaya peranan dan jasa UMNO dalam pembangunan negara dimasukkan ke dalam silibus mata pelajaran di sekolah.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jul 01 2017
Tajuddin berkata sejak kebelakangan ini, UMNO dan BN menerima pelbagai cabaran daripada pembangkang yang sentiasa menghasut rakyat dengan fitnah dan tohmahan. -Gambar fail
Kolaborasi sektor swasta penting untuk capai karbon sifar 2050
Kerjasama sektor swasta adalah penting kepada komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050.
Banjir: Mangsa di empat negeri bertambah, Johor pulih
Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus memburuk dengan pertambahan mangsa malam ini.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Johor perhalusi cadangan safari malam di Zoo Johor
Kerajaan Johor sedang memperhalusi cadangan untuk membuka Safari Malam di Zoo Johor berikutan sambutan baik sejak pembukaan semula zoo berkenaan pada 31 Ogos lepas.
Parlimen Lubnan akan pilih presiden pada Januari
Speaker Parlimen Lubnan Nabih Berri menetapkan 9 Jan sebagai tarikh sesi bagi ahli parlimen memilih presiden baharu negara itu.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Negeri Sembilan komited bangunkan petak pengecasan EV
Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk membangunkan petak pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negeri ini.
PM sifatkan pemimpin guna sentimen perkauman sebagai golongan dangkal
Perdana Menteri berkata golongan ini turut mencerminkan sikap mereka yang berfikiran sempit dan berniat untuk menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
13 murid alami keracunan makanan
Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu.
Kos keseluruhan pembesaran LTAPP dianggar RM1.55 bilon, hampir keseluruhan dibiayai MAHB
Kos keseluruhan bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dianggarkan RM1.55 bilion dengan hampir keseluruhannya akan dibiayai melalui inisiatif pembiayaan swasta.
Pemuda UMNO mesti jadi 'anak jantan' - Tajuddin
Sejak kebelakangan ini, UMNO dan BN menerima pelbagai cabaran daripada pembangkang yang sentiasa menghasut rakyat dengan fitnah dan tohmahan.