Pemuda UMNO Pasir Gudang hari ini menyatakan kekesalan dengan tindakan seorang anggota wanita bahagian itu yang menghantar memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak sewaktu lawatan beliau ke sana semalam.
Menurut satu kenyataan oleh Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Azman Jaafar, isi kandungan memorandum yang dihantar kepada presiden parti itu langsung tidak menggambarkan pendirian sebenar UMNO Bahagian Pasir Gudang secara keseluruhan.
“Pendirian Pemuda Pasir Gudang adalah selari dengan pendirian YAB Ketua UMNO Bahagian yang UMNO hanya perlukan satu nakhoda untuk mengepalai bahtera perjuangan UMNO.
“Apa yang telah dibangkitkan oleh YAB Ketua Bahagian di hadapan YAB Presiden benar-benar mewakili suara akar umbi serta kegelisahan umum... oleh itu, YAB Presiden diberi masa dan ruang untuk setiap permasalahan diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Selain itu, katanya Pemuda UMNO Pasir Gudang turut berpandangan ada usaha untuk melaga-lagakan Najib dengan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Khaled Nordin.
“Ada usaha untuk melaga-kedua-dua pemimpin yang selama ini kita tahu mempunyai hubungan yang sangat baik dan akrab,” ujar Azman.
Katanya adalah menjadi adat kepada orang Johor untuk menghormati kepimpinan, serta turut mengingatkan bahawa UMNO adalah parti yang tidak bersandar kepada sebarang figura politik.
“Kita sebenarnya mahu mencari kebenaran dan penyelesaian kepada polemik yang sedang melanda kepimpinan UMNO dan negara ketika ini.
“Ini demi untuk memastikan bahawa UMNO mampu mempertahankan kewibawaannya sebagai sebuah pemerintahan dan Kerajaan,” tegasnya.
Tambahnya, Pemuda UMNO Pasir Gudang tidak akan sekali-kali memperjudikan UMNO sebagai sebuah institusi siasah atau mensia-siakan perjuangannya.
Portal berita The Rakyat Post hari ini melaporkan bahawa tindakan disiplin mungkin akan dikenakan ke atas seorang ahli wanita UMNO Pasir Gudang yang telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Memetik sumber, laporan itu berkata wanita berusia 40 tahun itu merupakan seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) negeri Johor.
Astro Awani
Mon Aug 10 2015

AZMAN: Presiden UMNO (gambar) wajar diberi masa dan ruang untuk setiap permasalahan diselesaikan dalam tempoh terdekat. - Gambar Astro AWANI
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Pemuda UMNO Pasir Gudang kesal tindakan ahli hantar memo kepada PM
Pemuda UMNO Pasir Gudang kesal dengan tindakan seorang anggota wanita bahagian itu yang menghantar memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak sewakti lawatan beliau ke sana semalam.